Tuesday, December 31, 2013

Cintaku Untukmu 6


Assalamualaikum. Today I continue CU part 6 lagi. Hope masih menanti..:)


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^





Tok! Tok! Tok!

“Masuk.” Suara Rafiq kedengaran di dalam bilik pejabatnya. Tangannya lincah menaip laporan di laptopnya. Matanya hanya terpaku di dada skrin laptopnya sahaja.

“Bos, ada orang nak jumpa.” Ujar Rozita, setiausaha Rafiq yang berdiri berhadapan dengan Rafiq.
“Siapa, kak Ita? Bukan hari ni saya tak ada appointment ke?” tanya Rafiq kepada Rozita. Tangannya yang tadi lincah menaip kini terhenti seketika memberi perhatian kepada Rozita.

“Tu yang akak dah cakap dekat dia. Tapi dia suruh cakap yang Cik Alisha dan Qaira Erlisya yang datang.” Balas Rozita.

“Qaira? Dia tak sekolah ke hari ni?” tanya Rafiq perlahan. Lebih kepada bercakap kepada dirinya sendiri. Hari ini bukanlah hari minggu. Walaupun Qaira Erlisya baru berusia 3 tahun, tetapi Alisha berkeras untuk menghantar Qaira ke pusat nursery khas.

“Apa bos?”

“Tak ada apa-apa. Awak suruhlah dia orang masuk.” Jawab Rafiq. Jika Alisha seorang yang datang, mana mungkin dia benarkan masuk tetapi ini, Alisha membawa Qaira. Kasihan Qaira, lagipun dia pun sudah lama tidak bertemu dengan Qaira. Rafiq segera menutup fail lalu dia duduk menunggu di ruang sofa.


“Hai, sayang.” Ucap Alisha sambil suaranya sengaja dilunakkan sambil matanya memberikan lirikan menggoda kepada bekas suaminya. Baju gaun sendat berwarna kuning yang terdedah di dada menjadi pilihan Alisha hari ini. Tangannya memimpin Qaira Erlisya untuk masuk ke bilik Rafiq. Alisha terus duduk di sofa bersama Qaira di hadapan Rafiq.

Rafiq hanya merengus sambil menggelengkan kepalanya . Dia sungguh tidak faham dengan Alisha. Perbuatan dan percakapannya langsung tidak sesuai dengan status mereka. Namun, Rafiq hanya mendiamkan diri sahaja.


“Daddy… Qaira rindu sangat dengan daddy. Kenapa daddy dah lama tak balik rumah? Hari-hari Qaira tunggu daddy tau.” Tanya Qaira sayu. Ayat terakhirnya dia menundukkan kepalanya. Penampilannya yang memakai gaun labuh separas betis berwarna turqoise serta penyepit rambut di tepi rambutnya membuatkan dia tampil comel dan cute.

Rafiq tidak sampai hati melihat Qaira. Qaira masih mentah untuk mengerti makna penceraian. Qaira tentu masih mengganggap dia dan Alisha masih suami dan isteri yang sah. Rafiq terus menarik Qaira ke dalam pelukannya.

“Qaira…mestilah daddy rindu…sangat dekat anak daddy yang comel ni.”

“Habis tu kenapa daddy dah lama tak balik rumah. Daddy marahkan Qaira ke?” tanya Qaira yang masih berada dalam pelukan ayahnya.

Alisha hanya memandang sepi ‘jejak kasih’ antara Rafiq dan Qaira. Sebenarnya dia yang meracuni pemikiran anaknya itu. Hanya senyuman sinis yang terukir di bibir Alisha. Dia harap rancangannya berjaya.

“Eh, tak lah. Qaira mana ada buat salah. Qaira yang anak yang baik. Takkanlah daddy nak marah dengan budak baik ni.” Rafiq terus mengangkat Qaira ke ribaannya. Sudah lama dia tidak bertemu empat mata dengan anaknya. Selama ini dia hanya menghantar duit nafkah anaknya melalui akaun bank isterinya sahaja.

“You…you tak nak ajak kitaorang makan ke? Kan tengah lunch hour ni.” Alisha mula memainkan peranannya.

“Hari ni… tak bolehlah. I nak lunch kat rumah. Lagipun, I dah janji dengan wife I nak lunch dengan dia.” Bisik Rafiq perlahan. Tidak mahu Qaira mendengar.

“Lunch? Jomlah daddy. Kita makan KFC nak? Dah lama tau Qaira tak makan KFC. Tadi mummy cakap daddy nak belanja Qaira makan KFC hari ni.” Kata Qaira bersungguh-sungguh.

Rafiq sudah serba salah. Kini, dia harus memilih antara isteri tercinta atau anak tersayang.

“Daddy…jomlah. Qaira dah lapar ni. Jomlah.” Qaira sudah turun dari ribaan Rafiq lalu dia menarik-narik tangan Rafiq untuk keluar.

“You…jomlah. Takkan you nak hampakan Qaira semata-mata untuk perempuan tu?” ujar Alisha mencuba untuk memujuk Rafiq.

“Hei! Perempuan yang you cakap tu… wife I tau.” Bisik Rafiq dengan nada marah sambil jari telunjuknya dihalakan ke tepat di hadapan wajah Alisha.

“Huh! Whatever. Dah jomlah.” Alisha mula mendesak Rafiq.

“Daddy…cepatlah.” Ajak Qaira lagi. Kali ini, Rafiq sudah tidak mampu untuk menolak kerana Qaira sudah mengheret  Rafiq ke lif. Alisha pula dengan selamba memegang lengan Rafiq.

“Hish…lepaslah. I dah kahwin tau.” Ujar Rafiq sambil menarik lengannya yang sedang dipegang oleh Alisha. Nasib baik berlapik.

“Ala…you ni. Nanti apa pulak kata Qaira tengok sorang ke utara, sorang ke selatan. You ingat I nak sangat ke pegang tangan you ni? I buat ni demi Qaira tau. Kalau I boleh kenapa you tak boleh?” kata Alisha beralasan. Nampaknya rancangan yang diaturnya mula menampakkan hasilnya. Hatinya mula bersorak keriangan.



Setibanya di KFC yang berdekatan dengan office Rafiq, Qaira sangat gembira kerana dapat makan bersama mummy dan daddynya.

“Daddy…daddy suaplah Qaira. Dah lama daddy tak suap Qaira.” Tiba-tiba Qaira bersuara selepas lama mereka duduk makan. Qaira menghulur pinggan yang mengandungi seketul ayam paha, beberapa batang French fries, sos tomato, dan kentang putar.

Rafiq tersenyum. Dia menyambut huluran pinggan dari Qaira lalu dengan senang hati dia menyuap Qaira makan ayam yang telah disiatnya. Qaira nampak ceria. Qaira juga duduk di sebelah Rafiq manakala Alisha duduk berhadapan dengan bekas suaminya. Alisha hanya memerhati Rafiq dan diselangi dengan suapan nasi ayam.

“Daddy, Qaira suap daddy pulak. Aaa…” Qaira menyudu kentang putar lalu disuapnya ke mulut Rafiq. Rafiq yang menyedari itu lalu mendekati Qaira lalu membuka mulutnya luas-luas.



Terdengar gelak tawa Qaira dan Rafiq manakala Alisha lebih senyap. Di dalam kepalanya sudah direncana rancangan.

“Daddy…daddy makan comot. Hahaha…” tawa Qaira pecah lagi.

“You…sini I lap.” Alisha terus mengambil tisu yang terletak berdekatan dengannya lalu disapu tepi mulut Rafiq yang comot itu diikuti dengan lirikan dan senyuman yang menggoda.

Rafiq yang seperti tersedar ketelanjurannya, terus menyambar tisu di tangan Alisha lalu dia mengelap mulutnya sendiri. Suasana sedikit canggung di antara mereka sekeluarga.

“Daddy…daddy suaplah mummy jugak. Pity mummy.” Suara Qaira memecah keheningan. Qaira mengoncang lembut lengan Rafiq meminta Rafiq menyuap Alisha apabila melihat daddynya masih duduk diam.

“Daddy…cepatlah. Mummy pun nak suap macam Qaira, kan mummy?” sambung Qaira lagi. Alisha hanya tersenyum dalam hati. Dia sangat berharap Rafiq menyuapnya bagi menyempurnakan rancangan jahatnya.

Rafiq teragak-agak untuk menyudu kentang putar yang dihulur Qaira untuk Alisha. Namun, terlihat akan sinar mata Qaira yang beria-ria itu, Rafiq menurut sahaja.

Rafiq mengambil sudu lalu mencedok sedikit kentang putar lalu menyuap ke mulut Alisha. Alisha hanya menyambutnya dengan senyuman yang gembira. Rafiq pula menayangkan senyum palsu kerana tidak mahu Qaira syak apa-apa.

Qaira menepuk tangan apabila daddynya menurut arahannya.

“Okey, now mummy pula suap Qaira then daddy. Boleh, mummy?” Qaira membuat puppy face.

Alisha hanya mengangguk dengan diikuti senyuman yang sukar dimengertikan. Diaterus mengambil sudu kentang putar yang masih dipengang oleh Rafiq lalu mencedok sedikit lantas disuapnya ke dalam mulut Qaira.

Rafiq terkesima tatkala Alisha dengan beraninya menyentuh tangannya. Nampaknya Qaira semakin petah dan pandai. Pasti dia fikir keadaan Rafiq dan Alisha masih seperti dulu. Rafiq nampak seperti serba salah.

Sepatutnya kala ini dia ada di rumah menikmati juadah yang disediakan oleh isterinya namun perkara seperti ini pula yang berlaku. Pasti isterinya masih setia menunggunya di rumah. Sesungguhnya lupa untuk menelefon isterinya untuk memberitahu hari ini dia tidak balik makan. Telefonnya pula tertinggal di office.

“Daddy… open your mouth. Mummy nak suap tu.” Rafiq tersedar tatkala lengannya digoncang lagi oleh Qaira. Kini, dihadapannya ada tangan Alisha yang ingin menyuapnya ayam yang telah dicubit yang telah dicampurkan dengan sos.

Rafiq sedikit teragak-agak. Dia masih berpegang pada prinsip agama. Dia sedar bahawa tika ini dia dan Alisha sudah tiada ikatan. Jadi pastilah ada batas-batas yang perlu dia jaga. Lagi pula dia mempunyai seorang isteri yang setia menunggunya di rumah.

“Daddy cepatlah.” Qaira semakin mendesak.

“Qaira…tak apalah. Daddy dah kenyang lah tu.” Alisha membantah lembut. Tetapi di dalam hatinya, dia sungguh mengharapkan Rafiq menyambut hulurannya.

“Daddy…tengok mummy dah merajuk. Cepatlah daddy. This is the one and last okay?” Qaira seperti memujuk daddynya. Alisha semakin senang kerana kerjanya sangat mudah. Jika dia tahu Rafiq akan ‘layu’ seperti ini jika ada Qaira, sudah lama dia jalankan rancangan ini.

“Yelah. Tapi, ini last tau.” Akhirnya Rafiq bersetuju setelah melihat anaknya bersungguh-sungguh sebegitu. Qaira menyorak gembira.

Alisha mengangkat bahu dengan diirigi dengan cebikan di bibirnya tanda dia tidak tahu.
“Aaa…” ujar Alisha manja-manja. Badannya sudah dilentok-lentok sengaja ingin menggoda Rafiq. Namun, Rafiq hanya melihatnya biasa-biasa sahaja. Itu yang digeramnya. Jika lelaki lain pasti sudah tersungkur di kakinya.

Rafiq menyambut cepat-cepat huluran cubitan ayam itu. Namun tangan Alisha tetap terkena pada wajah Rafiq. Seperti disengajakan, sos yang dicalit pada ayam tadi seakan-akan memag dituju ke tepi mulut Rafiq. Lalu, Alisha dengan pantas mengelap tepi mulut Rafiq dengan tangannya.

Walaupun kesan sosnya sudah hilang, Alisha masih mengusap-usap tepi mulut Rafiq. Rafiq pula seperti terpukau. Dia seakan-akan nampak bayangan isterinya, Safiyya di hadapannya kini. Safiyya yang tersenyum manja kepadanya. Safiyya yang memandangnya dengan galak. Jari runcing Safiyya yang bermain di sekitar bibir Rafiq.  Rafiq membalas dengan senyuman yang ikhlas.

Terlihat akan respons positive yang diberi oleh Rafiq, dia semakin melebarkan senyumnya.

Rafiq tersedar apabila ada orang terlanggar kerusinya. Dia menepis kasar jemari Alisha yang bermain-main di bibirnya. Rafiq menrengus kasar. Dia menoleh ke sebelah. Patutlah senyap, Qaira sedang bermain dengan permainan yang dibelinya tadi.

“You jangan nak mengada-ngada, eh! I ingatkan sekali lagi, I dengan you dah habis, faham? We have finish! I dah kahwin dan I harap you dapat mulakan hidup yang baru.” Bisik Rafiq kasar. Tidak mahu anaknya terdengar akan pergaduhannya dengan Alisha.

“Dah, Qaira? Jomlah balik. Daddy nak masuk kerja pulak ni.” Tanya Rafiq kepada Qaira yang sedang ralit dengan permainan di tangan.

Qaira hanya mengangguk.

Rafiq terus membawa Qaira ke singki untuk mencuci tangan Qaira. Sebelum pergi Rafiq sempat menjeling Alisha. Alisha hanya membalas dengan senyuman manisnya.

“Daddy…bestlah hari ni. Esok nak makan dengan daddylah, boleh?” soal Qaira semasa dalam perjalanan ke pejabat Rafiq yang hanya mengambil masa sepuluh minit perjalanan.

“Iya..” Rafiq hanya melayan teletah Qaira yang sedang menyelit di tengah-tangah antara dia dan Alisha. Pada mulanya dia menyuruh Qaira duduk di hadapan tetapi Qaira lebih dahulu duduk di bahagian belakang. Jadi, Rafiq hanya membiarkan sahaja.

Tatkala melihat Qaira sudah terbaring penat di belakang, Rafiq mengambil kesempatan ini untuk berkata hati ke hati dengan Alisha.


*************************



“Mana abang ni? Dah pukul 1.30 ni. Takkan tak balik-balik lagi. Pagi tadi janji nak makan kat rumah. Tapi sampai sekarang, batang hidung pun tak nampak. Call pun tak berjawab. Mesej pun tak dibalas. Takkan abang ada meeting kut? Tapi, pagi tadi dia pesan suruh masak special… Huh! Mungkin ada urgent meeting kut.” Ngomel Safiyya. Tika ini dia cuba untuk bersangka baik. Jam dikerling lagi. Setelah berfikir panjang, Safiyya terus solat zohor.

Usai solat zohor, Safiyya menunggu Rafiq balik lagi. Walaupun agak tipis peluang untuk Rafiq balik ke rumah kerana sekarang sudah hampir pukul 2 petang. Telefon masih dalam genggaman Safiyya.

 Apabila telefon masih lagi senyap, Safiyya mendail pula nombor telefon Rafiq.
Huh! Masih tak angkat? Safiyya pun sudah berputus asa. Dia terus ke meja makan lalu diangkat tudung saji. Safiyya merenung lauk-pauk yang dihidangnya lama. Safiyya menghela nafas berat.

“Makanlah dulu. Perut pun dah lapar.” Desis Safiyya.


********************************

Friday, December 27, 2013

Hukum Menjawab Salam

Assalamualaikum. Hari ni saya nak share sikit tentang menjawab salam.* Eeww! Menjawab salam? Hello! benda ni budak tadika pun tahu. - mesti uolls fikir macam tukan. Memang satu dunia pun tahu, menjawab salam itu hukumya wajib tapi kita sekarang ni masih ada yang salah. Okey, tak paham? Tak apa. Saya akan bahagikan kepada beberapa situation.

Situasi 1:


Girl A menelefon Girl B.

Girl A : Hello... weh aku nak jumpa kau sekarang! Urgent ni.
Girl B : Apa-apa pun... Assalamualaikum dulu...
Girl A : Alah...aku nak cepat ni!


Okey...sampai kat sahaja. Benda-benda yang macam ni selalu sangat terjadi. Bila call/jawab call tu janganlah nak cakap Hello dulu tapi cakaplah Assalamualaikum.  Apa maksud Assalamualaikum? Assalamualaikum maksudnya sejahtera ke atas kamu. Kan bagus kalau kita doakan kat orang tu daripada kita cakap Hello, kan? Okey, kat sini saya nak clearkan satu benda memandangkan ada yang kurang pasti ataupun tak tahu. Hukum memberi salam adalah sunat manakala hukum menjawab salam adalah wajib. 


Situasi 2 :

Situasi ini pula sering kali terjadi kepada kita-kita.

Ibu : Ayah, adik, atuk dengan nenek kirim salam.
Ayah dan Adik : Waalaikumussalam...


Okey...ini adalah kebiasaan yang kita dengar dan mungkin yang kita buat. Saya nak tegaskan lagi sekali, hukum menjawab salam adalah WAJIB. Jadi, kalau kita tak buat, hukumnya HARAM dan kita BERDOSA. Firstly, saya nak jelaskan maksud WAALAIKUMUSSALAM.. Ianya membawa maksud dan sejahtera juga ke atas KAMU. Jelas?

Berbalik kepada situasi ibu dan keluarganya tadi, atuk dan nenek yang kirim salam. Jadi, kalau ayah dan adik tadi membalas waalaikumussalam, mereka bukanlah membalas salam nenek dan atuk tetapi membalas salam kepada ibu. Jadi, apa jadi dengan kiriman salam yang atuk dan nenek bagi tadi? Tak jawab lah. Kan?

So, macam mana nak buat? Okey, jawapan yang paling sesuai apabila ada orang yang 'mengirim salam' atau seumpamanya, kita boleh jawab WA'ALAIKA WA'ALAIHISSALAM...Apa pulak maksudnya? Maksudnya, Dan keatas kamu dan keatasnya sejahtera juga. See...itu barulah menjawab salam yang betul untuk situasi seperti ini. Okey...kalau kita dah tahu tapi kita buat jugak yang salah. Jadi, kita berdosa. So, please beritahu kepada kawan-kawan dan keluarga, ya? Tak naklah kita seorang sahaja yang tahu..


p/s : kepada para asatizah, jika saya salah, silalah tegur. Maaf, saya da'ie bukan mufti  
       *aik, macam pernah dengar je. Hihihihi..










Wednesday, December 18, 2013

Without You 1


Assalamualaikum... saya start buat novel lain pulak...hihihi..Actually I have lost idea on how to continue CU. So, instead of tunggu je untuk siapkan CU...I buat novel baru iaitu Without You yang ringkas dan santai.. Hope you guys enjoy it..:) 

^^^^^^^^^^^^^^^^^^

November, 2012






Minggu lepas Abang Am telah bertunang dengan gadis pilihannya. Dengar-dengar mereka akan melangsungkan perkahwinan setahun dari sekarang. Tempahan semua sudah dibuat. Tinggal tunggu tarikh sahaja. Teliti betul Makngah iaitu mak abang Am membuat perancangan.  Memang patut pun sepupuku yang satu ini mendirikan rumah tangga kerana usianya juga sudah 30 tahun. Tapi, sekarang ni aku tak tahu apa yang aku rasa? Sedih? Kecewa? Gembira? Marah? Entahlah.

Memang tak dinafikan dulu waktu aku umur  15 tahun, aku, Fitriah Qurratu’aini pernah ada perasaan suka kat sepupu aku itu, Izaryl Ilham. Tapi, lama-lama perasaan tu makin pudar setelah aku berjumpa dengan Nu’aim Adha. Aku kenal dia pun sebab dia sangat aktif dalam bidang sukan dan dakwah kat kampus dulu. Sejak itu aku mula memendam rasa dekat Nu’aim. Tanya sahajalah dekat kampus aku, siapa yang tidak kenal dengan ketua MPP kolej iaitu Nu’aim Adha.





Nu’aim Adha sewaktu aku dalam semester 2, dia di tahun akhir. Orangnya  tidaklah terlalu tinggi, mempunyai wajah sawo matang, tidak seperti Abang Am yang putih. Tidak dinafikan memang Abang Am memiliki rupa paras yang sangat menawan sehingga aku juga boleh tertawan.

Nu’aim Adha orangnya sangat berpegang teguh dengan agama. Susah nak tengok dia pandang perempuan sembarangan lagikan pula keluar berdua-duaan dengan perempuan yang bukan muhrim. Itulah sebabnya aku sangat tertarik dengan Nu’aim Adha.

Sehingga kini, hampir 3 tahun aku dan dia tidak bertemu. Mungkin dia telah berjaya menjadi peguam syarie mengikut dari apa yang dipelajarinya di kampus dulu. Entah kenapa, sehingga kini aku masih menunggunya walaupun aku tahu itu mungkin perkara mustahil.


***********


April, 2009


“Dipersilakan ketua MPP kita, Nu’aim Adha untuk memberikan tazkirah yang bertajuk Cinta.” Kata-kata pengerusi majlis mendapat sambutan ramai. Tajuk cinta? Memang satu topic hangat yang sentiasa dibincangkan di kampus aku. Cuba kalau buat topic akidah ke akhlak Rasulullah? Pasti berapa kerat sahaja yang hadir.

Aku duduk di bahagian tengah dewan. Aku datang pun disebabkan panelnya adalah Nu’aim Adha. Kalau tidak, jangan harap aku nak mendengar ceramah  di dewan panas ini.




“Ehem…assalamualaikum. Saya Nu’aim Adha seperti yang dinyatakan sebentar tadi. Hari ni saya bukanlah nak berceramah, tetapi hanya sekadar berkongsi ilmu yang sedikit ini.” Nu’aim Adha mula mengeluarkan suara emasnya.

Aku memandang Nu’aim Adha dengan tidak berkelip. Mendengar dengan penuh khusyuk. Kadang-kadang tanganku mencatit apa yang penting. Sesekali aku mengganggukkan kepala.

“Okay… Sekarang saya buka kepada sesiapa yang ingin bertanya.” Nu’aim Adha bertanya. Matanya meliar pada bahagian penonton di bawah pentas.

Kalau aku nak tanya boleh? Tapi nak tanya apa? Aci tak kalau aku tanya ‘ Abang Nu’aim dah berpunya ke belum?’ Aku segera menggelengkan kepala. Nak kena bahan apa?

Tiba-tiba ada seorang lelaki pergi ke hadapan iaitu tempat yang disediakan microphone.

“Assalamualaikum. Saya Adam Syamim dari fakulti multimedia. Saya ada tiga soalan. Pertama, salah tak kalau kita sukakan atau cintakan seseorang? Kedua, boleh ke kita merindui seseorang misalnya makwe sebab saya ada dengar benda ni boleh jatuh kepada zina hati, betul ke?  Last, kalau kita sukakan seseorang tapi dia dah jadi milik orang lain. Macam mana tu? Okay itu sahaja. Terima kasih.”



Aku lihat Nu’aim Adha di hadapan hanya tersenyum sambil mengganggukkan kepalanya. Tangannya sesekali mencatat di buku nota di tangannya. Aku tengok dia cool je. Kalau akulah, mesti dah terkucil. Dahlah kena bercakap depan hampir ratusan orang, lepas tu ditanya dengan soalan yang langsung tak dapat diagak macam tadi. Amik kau mamat tu tanya sampai tiga soalan.

“Terima kasih kepada yang bertanya. Saya jawab soalan satu dulu, tak salah kalau kita sukakan seseorang sebab itu adalah fitrah manusia.  Tetapi, seeloknya pada masa sekarang,janganlah kita bagitau atau confess dekat orang itu kerana sekarang kita masih belum mampu untuk menanggung keperluan si dia sedangkan diri sendiri pun masih ditanggung oleh ibu bapa. Kalau dah cukup semua, maksudnya ilmu rumah tangga, duit, rumah, semuanya, barulah kita bagitau orang itu. Tapi, seeloknya, jumpalah wali dia. Ingat, jauhi si dia, dekati walinya.” Panjang lebar penjelasan Nu’aim Adha.

Aku agak dia ni mesti dah terror bab-bab agama berbanding aku yang masih terkontang-kanting dalam bidang agama ini.

“Okay… soalan kedua pula iaitu tentang merindui orang yang tersayang maksudnya girlfriend ataupun boyfriend. Memang betul merindui seseorang itu boleh jatuh kepada zina hati. Namun kita kena tahu juga rindu yang macam mana? Maksudnya dekat sini, ia akan jatuh kepada zina hati jika kita fikir tentang perkara yang boleh menaikkan syahwat. Itu baru boleh di panggil zina hati dan dosa zina hati ini juga sama seperti dosa zina yang sebenar-benarnya. Tetapi, kalau setakat teringatkan gf atau bf itu adalah fitrah. Tapi, kita kena ingat. Jangan biarkan perkara fitrah itu jatuh kepada haram. Contohnya, makan itu fitrah tetapi jika makan benda-benda yang haram, itu dah haram. Faham?” pertanyaan Nu’aim mendapat sambutan hampir semua orang. Sesekali terbit senyuman dari bibirnya. Sangat kacak!

“And soalan last iaitu macam mana kalau orang yang kita suka menjadi milik orang lain. Hmm… kalau orang kita suka tu menjadi milik orang lain, bermakna dia bukan jodoh kitalah. Ingat, jodoh dan takdir  kita telah pun Allah tulis sewaktu kita sejak azali lagi di Luh Mahfuz Cuma masa sahaja yang menentukan. Sekiranya dia adalah jodoh kita, halanglah macam mana pun, larilah kemana pun, tetap akan bertemu. Macam kata pepatah, garam di laut asam di darat dalam kuali bertemu juga.”

“Okay…saya harap jelaslah apa yang saya sampaikan tadi. Ada soalan lagi?” tanya Nu’aim Adha sambil matanya meliar ke sekeliling dewan mencari sesiapa yang ingin bertanya.

Namun, hampir lima minit menunggu tiada siapa yang bertanya.

“Tak ada? Okay…saya anggap kamu semua fahamlah apa yang saya sampaikan. Akhirul kalam, saya nak kalian semua tadabbur dengan firman Allah dalam surah an-Nur ayat ke 26. Mafhumnya, Lazimnya perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan sebaliknya perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka yang baik itu adalah bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang- orang yang jahat mereka yang baik itu akan beroleh pengampunan dari Allah dan pengurniaan yang mulia. Sekian, assalamualaikum. ”

Aku hanya mampu mengaguminya sahaja. Sangat bagus dalam memberi tazkirah. Yang paling membuat aku kagum adalah dia hanya menyebut sahaja surat dan ayat al-Quran tanpa membuka kitab suci itu. Semakin mekar pula rasa cinta ini untuknya. Nu’aim Adha, aku akan sentiasa mengingati kata-katamu ini.


************************

November, 2012



Aku hanya duduk di rumah apabila semua orang keluar bekerja kerana aku bekerja sebagai guru Sejarah di Sekolah Menengah Sri Penawar. Aku hanya menghabiskan masa di hadapan tv selepas habis mengemas meja untuk makan tengah hari tadi. Di rumah, tinggal aku dan umi sahaja. Abah akan balik petang kerana dia bekerja hari ni manakala adik perempuanku pula memang tinggal di asrama. Minggu depan baru balik untuk cuti semester.

Aku terdengar seperti ada kereta yang masuk ke perkarangan rumahku. Bila kulihat, tengok-tengok makngah dengan Abang Am. Aku segera panggil umi di dalam bilik. Aku menarik cepat tudung sarung yang disidai di lengan sofa. Aku lihat muka makngah agak resah.



Pelik! Bukan ke lagi setahun Abang Am nak kahwin? Kenapa resah gelisah je muka makngah aku tengok? Aku menjemput makngah dan Abang Am masuk ke dalam. Aku hanya duduk di sofa bertentangan dengan Abang Am.

“Akak bual dululah dengan Am ni.” Pesan umi sebelum berlalu ke dapur bersama makngah.

Makngah aku lihat menarik umi ke dapur. Aku hanya membiarkannya sahaja sambil melayan drama kegemaran aku yang sedang ditayangkan di tv. Abang Am? Lantak dialah. Aku dengan dia bukan ngam pun dari dulu. Bukanlah aku suka mencari pasal dengan dia tapi aku dan Abang Am memang tak boleh masuk sebab aku tengok dari dulu dia ni jenis pendiam tapi kalau dengan kawan dia, laju je mulut dia membuka cerita. Aku pun malas nak menegur. Bukan ada topic yang best pun nak cakap dengan budak engineer ni. Langsung senyap dari tadi. Aku pun senyap jelah.

“Akak bincanglah dengan dia apa yang patut. Saya harap sangat dengan dia kak.” Perlahan sahaja suara makngah bercakap dengan umi ketika mereka berdua keluar dari dapur namun aku masih dapat menangkap jelas kata-kata itu oleh sebab kedudukanku yang agak dekat dengan dapur. Aku berfikir. Apa yang makngah dengan umi bincang tadi? Penting je sampai tarik ke dapur, macam rahsia kerajaan je.
“Ain, makngah balik dululah, ye.” Aku terus menyalami tangan makngah. Aku dan umi mengiringi makngah dan Abang Am keluar.

“Umi, makngah cakap apa tadi?” aku bertanya apabila kelibat mereka berdua telah tiada.
“Tak ada apa-apalah. Sibuk je budak ni.” Umi terus naik ke bilik setelah habis berkata. Aku lihat wajah umi pula yang resah gelisah. Aik? Apakah yang sedang berlaku?


*********************



“Akak, umi nak cakap sikit pasal makngah tadi.” Umi mengeluarkan suara apabila lama meja makan senyap tanpa suara. Bukan ke umi kata tiada apa-apa tadi? Habis sekarang ni?

“Apa dia?” aku hanya berlagak selamba. Mungkin tiada yang penting kot? Aku je yang lebih-lebih.

“Ermm.. akak tahukan Am dah tunang dan akan nikah tahun depan?” tanya umi seperti tersekat-sekat. Aku hanya mengangguk. Mestilah aku tahu, itupun umi yang beritahu.

“Akak… tadi makngah datang…dia cakap tunangnya Ilham nak minta putus.” Tergagap- gagap umi mengatakannya. Aku hanya memandang umi tanpa perasaan. Jadi? Apa kena mengena dengan aku?

“Makngah dah tempah semua. Tapi, jadi macam ni pulak….” Sambung umi lagi.

“Jap-jap, umi. Apa yang umi nak cakap sebenarnya ni? Go to point terus… Tak payah nak mukaddimah bagai.” Ujarku. Aku dapat rasakan sesuatu yang mungkin akan umi katakan. Namun aku cuba untuk berfikiran positive. Umi seperti teragak-agak untuk ke isi penting.

“Macam ni… makngah ada tanya akak. Tanya akak dah ada boyfriend ke belum. Kalau tak ada dia nak minta akak ganti.”

“Ha?!” hampir tersedak aku dibuatnya. Segera aku capai air di sebelahku. Aku ganti? Ingat kahwin ni macam main pondok-pondok ke? Senang-senang macam tu je boleh jadi pengantin perempuan?

“Tak ada orang lain ke yang boleh ganti? Kawan Abang Am ke? Takkan dia tak ada kawan perempuan lain?”  Aku terus mengeluarkan pendapat aku. Mungkin aku boleh terselamat.

“Tak ada. Makngah Cuma berharap dekat akak je sekarang ni. Jadi, macam mana?” aku pelik mendengar tutur kata umiku. Takkanlah engineer sekacak dia tak ada wanita yang minat. Dada masih dihentak dengan debaran yang kuat. Kini, masa depanku seratus peratus terletak di bahuku.


Aku menghela nafas berat. Kepalaku berselirat dengan pelbagai kemungkinan. Patutkah aku berkahwin dengan sepupuku sendiri untuk menutup malu? Lalu, apakah akan terjadi kepada perkahwinan ini kemudian harinya? Dapatkah aku menerima diri Abang Am sebagai seorang suami, bukanlah seorang sepupu? Dugaan apakah ini?


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

So how was it? Hope okaylah...untuk first part. Need your comments to improve it. Thanks..:)


Tuesday, December 17, 2013

Cintaku Untukmu 5


Hai and Assalamualaikum... Tiqa sambung lagi CU part 5. Hope you guys will like it..:)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^



“ Rafiq, I nak jumpa you kejap.” Alisha merempuh sahaja pintu yang tertera nama ‘Rafiq Zahrain’. Walaupun sudah dihalang oleh secretary Rafiq namun dilanggar sahaja. Apa dia peduli!

“Boss, sorry! Akak dah try halang tadi tapi…”

“Tak apalah, kak. Akak boleh pergi dulu. Biar dia kat sini.” Rafiq memintas kata-kata setiausahanya, Puan Rozita. Rafiq mengeluh perlahan.

“Syafiq… you boleh siapkan report yang kita discuss tadi tak? Saya nak cakap sikit dengan orang yang tak faham bahasa ni.” Rafiq mengarahkan Syafiq, pekerja praktikal syarikat yang bekerja di bawahnya untuk keluar.

Syafiq segera mengemaskan fail-fail yang hendak dibawanya lalu keluar dari bilik itu                           
Alisha terus berjalan menghampiri Rafiq dekat langkah menggodanya. Dia duduk bertenggek di meja sebelah tempat duduk Rafiq. Kakinya disilangkan. Sengaja mendedahkan paha putih gebunya kepada Rafiq.

Rafiq terus bangun dari duduknya tatkala berasa sedikit lain. Dia terus mengambil tempat di sofa yang terletak di sudut biliknya. Sangat tidak faham mengapa Alisha perlu datang.

“You nak apa datang sini?” Rafiq mula mengeluarkan suaranya. Diambil majalah di atas mejanya lalu menatap majalah itu tanpa memandang Alisha yang sedang menghampirinya.

“Why? Tak boleh ke I nak visit my ex-husband?” Alisha terus menghampiri Rafiq lalu diambil majalah yang dipegang oleh Rafiq. Duduknya begitu hampir dengan Rafiq.

“Hei, you ni kenapa ha? Datang sini… dengan pakaian tak senonoh macam ni? Hei… you ingat ni club ke? Ini office tau! Tolong hormat sikit!” suara Rafiq mula meninggi. Rafiq bangun kembali apabila Alisha duduk rapat dengannya sehingga dia boleh bau haruman Moon Sparkle by Escada yang dipakai oleh Alisha.




                                                          


                                                                               
 Pakaian Alisha juga sangat mengancam. Dengan dress merah mengikut bentuk badan yang agak ketat dan terdedah sehingga mendedahkan sebahagian dada Alisha juga dress yang singkat sehingga menampakkan paha gebunya. Jika lelaki lain, pasti sudah tersenyum hingga ke telinga namun tidak diri untuk Rafiq.
“You, I nak cakap sikit.” Alisha mencuba lagi.

“Nak cakap… cakap jelah.”

“Sinilah. …”  merengek Alisha memanggil Rafiq agar duduk bersamanya di atas sofa berkulit milik Rafiq.

“Huh! Lantak youlah. I dah suruh cakap, tak nak! Sudah… I nak balik.”  Rafiq terus keluar dari biliknya. 
Jam sekarang juga sudah hampir untuk ke masa makan tengah hari. Baik aku balik rumah, telah Rafiq.

“Rafiq…Rafiq… you tengoklah apa yang akan buat. Dan waktu tu you sendiri yang akan berlutut dekat I.” kata Alisha angkuh diselangi dengan gelak tawa sinis.

Sementara Rafiq di dalam kereta menenangkan gelora di dalam hatinya. Sebentar tadi, nasib baik masih ada sekelumit iman di hati, jika tidak,  pasti dia akan tewas di tangan Alisha.



**************************


“Qaira, come to mummy…”   Alisha yang sedang duduk di ruang tamu rumahnya memanggil Qaira, anaknya dengan Rafiq ketika dahulu. Qaira ketika ini berusia 3 tahun tetapi petahnya menampakkan dia jauh lebih tua dari usianya. Memang dididik Qaira dengan pendidikan English sedari kecil.

“Yes… mummy.” Kata Qaira dengan pelat Englishnya. Qaira datang dekat dengan Alisha, meninggalkan permainannya.

“Qaira… do you miss your daddy?” tanya Alisha dengan muka yang ceria.

“Yes! Rindu sangat. Why mummy?” bundar mata Qaira Erlisya memandang Alisha.

“Ermm… if I say that we are going to see daddy…?” kata-kata Alisha seperti bermain tarik tali dengan anak perempuannya itu. Sengaja ingin bermain reverse psychology dengan Qaira.

“Is it right, mummy?”

“Yes..”

“Yayy! Tapi…bila?” tanya Qaira kepada Alisha. Berkerut wajah Qaira bertanya.
“Esok… nak?” balas Alisha. Senyumannya sudah melebar. Pelbagai rancangan sudah terlakar dalam mindanya.

“Nak! Nak! I can’t wait to see daddy!” ceria suara Qaira kerana memang sudah lama dia dan Rafiq tidak bertemu.



*************************************



                                                                




“Assalamualaikum… sayang.” Laung Rafiq dari luar rumahnya. Biasanya, Safiyya akan menunggunya di depan pintu ketika ini. Tetapi ketika ini, sudah 3 kali dia beri salam tetapi tiada sambutan dari dalam rumah. Dijenguk-jenguk kepalanya namun tiada apa yang dapat dilihatnya. Akhir sekali, Rafiq mengeluarkan kunci rumah dari dalam keretanya lalu dibuka kunci pintu.

“Assalamualaikum…sayang… abang balik ni… Sayang dekat mana?” panggil Rafiq lagi. Namun tidak didengari langsung sahutan dari isterinya. Puas dicari merata-rata di seluruh rumah namun masih tidak ditemui lagi. Tidak lama selepas itu, Rafiq menarik senyum. Rupa-rupanya Safiyya tertidur di tikar sejadah. Mungkin dia sudah solat zohor bersendirian.

 Memang tadi Rafiq ada menyuruh Safiyya agar solat dahulu kerana dia takut terperangkap dalam jammed terlalu lama. Entah kenapa tadi kereta seakan-akan bergerak seperti kura-kura di atas jalan raya. Rupa-rupanya ada accident di hadapan sana.

Rafiq lihat Safiyya tidur culas benar. Tidak sanggup dia mengacau tidur Safiyya itu. Telekung yang dipakai oleh Safiyya dibuka lembut. Lantas perlahan-lahan Rafiq mencempung tubuh Safiyya ke katil. Begitu berhati-hati dia meletakkan kepala Safiyya di atas bantal. Rafiq terus melaksanakan solat zohor.



                                                                




Usai solat zohor, Rafiq terus ke katil yang menempatkan Safiyya. Dia duduk menghadap wajah putih Safiyya. Tangan Rafiq menjalar ke wajah Safiyya. Dari kening yang lebat memayungi mata yang tertutup, hidung yang cantik terletak, bibir yang mungil, sentiasa mendebarkannya saat memandang bibir merah itu, dagu yang agak meruncing ke hadapan, juga tidak ketinggalan pipi yang mempunyai lekuk lesung pipitnya jika tersenyum. Sangat cantik isterinya itu.

Safiyya bergerak-gerak sedikit kerana berasa rimas dengan ‘benda’ di wajahnya. Perlahan-lahan matanya dibuka. Membulat terus mata Safiyya tatkala melihat Rafiq sudah ada di hadapannya.

“Ehem…bila abang…balik..?” Safiyya terus bangun. Kepalanya agak pusing kerana bangun mendadak. Safiyya terus menyalami tangan Rafiq setelah peningnya hilang.

“Abang dah lama balik. Siap solat pun. Tadi abang cari sayang tapi tak jumpa. Nyaris-nyaris abang repot polis tau tadi. Takut sayang kena culik ke apa. Alih-alih jumpa sayang kat atas sejadah. Lega abang tau.” Kata Rafiq dengan memek mukanya sekali.

Safiyya hanya memandang wajah sawo matang Rafiq tanpa berkelip. Suaminya itu sungguh comel dengan mukanya yang berkerut dan tangannya yang melayang ke udara menyatakan perasaannya. Safiyya mengorak senyum memandang Rafiq. Sungguh bahagia dirinya kerana dikurniakan seorang suami yang sungguh ‘budiman’- berbudi atau berakhlak dan beriman.

“Sayang! Sayang..! Kenapa ni?”  Rafiq melayang-layangkan tangannya di hadapan muka Safiyya. Tertanya-tanya Rafiq kenapa Safiyya hanya senyap sahaja.

Safiyya hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Pipi Rafiq diusap lembut. Kemudian tangan Safiyya bermain ke wajah Rafiq. Dari kening yang cantik terbentuk, mata yang galak, hidung yang agak mancung dan berakhir ke bibir merah jambu yang tidak terlalu tebal tidak pula terlalu nipis. Jari runcing Safiyya bermain-main di bibir Rafiq. Senyuman masih kekal di bibir Safiyya.

“Sayang…… ehem… sayang… tengah goda abang ke ni?” suara Rafiq berubah sensual. Matanya galak merenung wajah bersih Safiyya. Nafasnya turun naik tidak teratur.

Wajah Safiyya yang tadinya tersenyum terus berkerut. Tidak mengerti apa yang Rafiq cuba beritahunya. Adakah perbuatan dia tadi menggoda Rafiq? Tidak! Dia langsung tiada niat untuk menggoda Rafiq. Namun mungkin Rafiq tersalah faham apa yang dia buat tadi.

“Ehem…dahlah. Jom makan. Nanti abang lewat masuk office hari ni.” Safiyya terus bangun dari katil lantas menarik tangan Rafiq ke meja makan di tingkat bawah rumah.
Rafiq hanya menurut. Dia duduk di meja makan.

Safiyya menghidang makanan untuk Rafiq. Rafiq hanya tersenyum dengan rutin Safiyya. Hari ini Safiyya memasak simple sekali iaitu tom yum campur bersama telur dadar. Rafiq yang minta sebegitu semalam,




       
              



“Bye, sayang. Abang pergi dulu. Miss me okay.” Rafiq terus masuk ke dalam perut kereta selepas Safiyya menyalami tangannya dan dia juga tidak ketinggalan mengucup dahi licin Safiyya.

Safiyya hanya tersenyum di luar pintu. Dia berdiri di situ sehingga bayang kereta Rafiq sudah tidak kelihatan.


Cintaku Untukmu 4


Hai and Assalamualaikum. Today saya sambung lagi CU part 4... Hope you will like it..:)



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

“ Alisha? Buat apa kat sini?” Rafiq terus bertanya tatkala melihat Alisha melabuhkan duduknya di hadapannya. Pandangannya terus menunduk tatkala melihat penampilan Alisha yang semakin seksi sehingga menampakkan lurah dadanya. Dia juga lelaki biasa yang masih mempunyai rasa terhadap wanita.




                                

                                                                                                               
“I nak jumpa you, boleh?” Alisha membuat muka kesian. Dirasakan inilah peluangnya untuk berjumpa dengan Rafiq. Sudah banyak kali dia mengintip pergerakan Rafiq. Asyik-asyik Rafiq makan tengah hari di rumahnya, apa yang ada pun dia tak tahu. Kalau tak makan kat rumah, pasti Rafiq keluar bersama client ataupun rakan-rakan sepejabat dengannya.

“Nak buat apa? Kita dah tak ada hubungan dah sekarang ni. Awak dah lupa?” suara dingin Rafiq kedengaran. Rafiq langsung tidak memandang Alisha. Takut imanya goyah jika memandang terlalu lama.

“I nak cakap sikit dengan you.Ada hal yang kita kena discuss. Urgent.”

“Apa dia? I rasa kita sudah tiada apa lagi yang hendak dibicangkan. Lagipun, kalau nak cakap, cakap ajelah sekarang. Bukan tak boleh. Cakaplah……” tegas Rafiq. Dia malas mahu berlama-lama dengan perempuan seperti ini. Nanti takut menjadi bualan di pejabatnya.

“Tapi, sekarang macam tak sesuailah.” Lunak suara Alisha menutur ayat itu.

“Kalau tak nak cakap I rasa baik I pergi dulu.” Lantas Rafiq bangun lalu meletakkan not sepuluh ringgit di atas meja kemudian meninggalkan Alisha yang termangu-mangu sendirian.

“It’s okay..., lain kali pasti ada buat kita, sayang” tutur Alisha lalu mengorak senyuman sinis.


***********************

“Mana abang ni? Takkan pukul dua tak balik-balik lagi?” Safiyya tersedar dari tidurnya tatkala bunyi jam menunjukkan tepat pada pukul dua.

Safiyya terus naik ke bilik. Mungkin suaminya ada menelefonnya. Tepat apa yang difikirnya. 3 missed call daripada Rafiq dan ada 1 mesej, juga daripada Rafiq.


Sayang, kenapa abang call sayang tak jawab? Abang nak cakap yang abang tak balik makan hari ni. Ada meeting dengan bos tadi. Sorry, abang lambat inform. Abang nak pergi lunch ni. Sayang jangan lupa lunch tau! Bye, sweetheart.

Safiyya mengeluh perlahan. Dress yang agak ketat ditukarkan kepada baju T-shirt dan seluar track suit. Barulah terasa selesa dan bernafas sikit badannya. Kemudian Safiyya bersedia untuk solat zohor. Hari ini dia sudah hilang pahala lebih. Satu, tidak dapat melayan makan minum suaminya untuk tengah hari ini. Dua, tidak dapat solat berjemaah seperti biasa dengan suaminya.

Masakannya dipanaskan sekali lagi. Terpaksalah makan sendirian hari ini. Safiyya hanya makan nasi bersama lauk ayam masak kicap sahaja. Memang dia kurang gemar dengan ikan keli.

Petang itu seperti biasa Rafiq balik dengan muka cerianya. Gula terlebih!

Safiyya menanti suaminya di muka pintu seperti biasa. Tangan suaminya disalaminya. Seperti biasa Rafiq akan menarik lembut dagu Safiyya lantas melayangkan ciuman di dahi licin Safiyya.

“Abang nak makan?” tanya Safiyya.

“Belum lagi. Awal lagi. Baru pukul 6 petang. Nantilah lepas mandi. Badan abang belengas dah ni. Sayang dah mandi?” soal Rafiq kepada isterinya. Ayat terakhir Rafiq mengorak senyuman nakal.

“Dah.” Jawab Safiyya pendek. Tahu apa yang suaminya maksudkan. Pasti mandi bersama. Memang Rafiq suka mengajaknya mandi. Terserlah kegatalan pada wajah Rafiq tatkala dia bersetuju untuk mandi bersama suatu ketika dahulu.

“Kalau macam tu abang mandi dululah. Lepastu kita dinner sama-sama, ye.” Rafiq terus naik ke biliknya selepas mencium sekilas pipi gebu Safiyya.

Safiyya hanya menggelengkan kepalanya. Suaminya memang begitu. Pasti bibirnya tidak dapat duduk diam apabila bersama dengannya. Pasti merayau. Kalau tidak bibir, pasti jemari Rafiq. Namun, dia bahagia dilayan sebegitu.



*******************************

“Sayang, cuba you pakai elok sikit. Malulah kat jiran-jiran. You sekarang dah jadi isteri orang tau.” Tegur Rafiq kepada isterinya, Alisha. Malu dengan cara pemakaian isterinya yang sangat mencolok mata.

“You ni kenapa? Tiba-tiba nak sound I. You tahukan I kerja secretary memang macam nilah pakaian I. Bukan you tak tahu.” Alisha terus melenting apabila ditegur. Qaira yang baru berusia 5 bulan yang berada di dalam dukungan Rafiq juga tersentak lalu merengek kecil.

“Perlahanlah sikit suara tu tak boleh ke? Tak malu ke kat jiran-jiran?” Rafiq terus meredakan rengekan anaknya lalu diletakkan di dalam bilik. Rafiq terus keluar lalu mendapatkan isterinya.

“Sha, kita belum habis lagi.” Rafiq terus memaut tangan Alisha yang mahu beredar.

“Apalagi yang you tak puas hati dengan I? I penatlah nak naik.” suara Alisha mula mengendur. Penat badannya akibat bekerja seharian. Balik sahaja kerja terus dihadapkan dengan bebelan Rafiq. Rimas!

“Ni lagi satu. Sampai bila you nak balik sampai tengah-tengah malam macam ni. I pun kerja jugak tapi I tahu nak balik pukul berapa. You ingat kita macam dulu ke? Sekarang ni dah ada Qaira tau. Qaira tu perlukan perhatian kita. Badan dia tu kurus je, you bukan nak kasi dia menyusu ke apa. Kalau macam ni, you berhentilah kerja. Berapa gaji you, I bayar.”

“You ni kenapa ha? Tiba-tiba nak cari pasal dengan I? Dahlah, I malas nak bertengkar dengan you. I penat. Dah pukul 1 pagi pun. Esok I ada kerja lagi.” Suara meninggi Alisha lama-lama mengendur. Malas mahu bergaduh tengah-tengah malam sebegini. Badannya sudah penat dan perlukan istirehat.

“Sabar I belum habis cakap lagi ni.”

“Apalagi…… cepatlah.”

“Mulai esok I nak you pakai pakaian yang sopan sikit. At least skirt tu biar paras betis, ni tak kalau boleh memang nak tunjukkan semua kat orang,kan? Nanti I bagi credit card you shoppinglah puas-puas.”

“Berapa kali I nak cakap? Dah memang pekerjaan I kena pakai macam tu. Kalau nak suruh tutup sana tutup sini, baik duduk rumah aje jaga makan pakai anak.” Sabar Alisha sudah makin rendah. Suaranya juga sudah naik satu oktaf.

“Memang itupun yang sepatutnya, kan? Tempat isteri di rumah, suami sepatutnya yang cari nafkah.”

“Dahlah. Kalau terus macam ni, sampai esok tak habis.” Alisha terus naik ke bilik lalu mandi kemudian terus melelapkan mata. Solat entah ke mana. Anak kecil yang menangis di baby cot di sebelahnya langsung tidak dihiraukannya. Makin lama, makin kuat pula tangisan Qaira.

“Hei, senyaplah! Kau tak tahu ke aku penat. Sama je macam bapak kau. Reti menyusahkan aku je!” jerit Alisha. Apabila tangisan Qaira masih lagi kuat kedengaran, terus Alisha bangun.

“Hei, aku senyapkan! Kau ni tak reti bahasa ke?! Aku kata diam! Bising tahu tak?!” laung Alisha sekali lagi. Alisha terus menuju ke anaknya lalu memukul mulut anaknya menyuruh anaknya diam. Bukan makin senyap bayi kecil itu, malah makin kuat pula tangisannya.

Suara riuh-rendah dari dalam bilik tidur mereka menggamit Rafiq masuk ke bilik. Apabila lihat sahaja perlakuan Alisha yang menampar mulut Qaira, terus Rafiq menarik lengan Alisha dengan kasar lalu tangannya hinggap di pipi Alisha.
“You ni kenapa? Itu…… budak yang you tampar……anak kita kita tau! You nikan makin dibiar makin melampau pulak perangai. Kalaupun you marahkan I, tak payahlah nak melibatkan Qaira!” Rafiq terus mengambil Qaira yang sudah selak kerana terlalu lama menangis. Dibiarkan sahaja Alisha yang masih berdiri tegak di situ.

Terkujat seketika Alisha di situ. Masih tidak percaya Rafiq menamparnya sebentar tadi. Dan dia juga susah mahu percaya yang Rafiq meninggikan suara terhadapnya tadi. Selama setahun lebih perkahwinan mereka, inilah kali pertama dia Rafiq berbuat demikian terhadapnya.

Malam itu, Alisha tidur seorang diri manakala Rafiq dan Qaira tidur di bilik tetamu bersama.



*******************************


“Sayang, kan best kalau kita ada anak. Nanti kita boleh pergi playground tengok anak-anak kita main. Lepastu, kita makan ice-cream sama-sama. Mesti best, kan?” kata Rafiq yang meletakkan kepalanya di atas riba Safiyya. Mindanya masih membayangkan saat itu



                                                   

“Abang… Sha minta maaf…” tubir mata Safiyya terasa panas.

“Hei, kenapa ni? Abang tak marah sayang pun. Abang just cakap angan-angan abang je.” Rafiq terus bangkit dari pembaringannya lalu mengusap lembut pipi Safiyya.

“Tapi, semua ni mesti salah Sha sebab tak bagi abang zuriat lagi walaupun kita dah nak dekat setahun kahwin. Sha minta maaf…” Safiyya mencium tangan suaminya. Air mata sudah gugur dari bibir mata Safiyya.

“Sayang… I’m sorry. Abang tak berniat nak cakap macam tu. Dahlah semua ni bukan salah sesiapa. Mungkin belum rezeki kita lagi. Janji… kita dah berusaha, kan sayang? Sayang ni… kenapa hari ni sensitive sangat? Period, ek?” tutur Rafiq melembutkan hati Safiyya. Pada hujung ayat Rafiq, dia tertawa sendiri.

Muka Safiyya berona merah. Tangannya naik memukul lembut bahu Rafiq.

“Eh, betul ke? Alaa… tak dapatlah kita nak usaha hari ni. Lain kali ye sayang..?” ujar Rafiq nakal. Suka sekali dia 
mengusik isterinya.


**********************



Hari minggu berkunjung lagi. Hari di mana biasanya dia dan Rafiq bangun lewat daripada biasa. Lewat tak lewat adalah dalam pukul 8 pagi selepas solat subuh pukul 6 pagi then tidur balik sambil bercuddle atas katil.

Safiyya menyediakan sarapan di dapur manakala Rafiq sedang mandi di bilik air. Hari terasa ingin memasak sarapan yang ringan sahaja. Jadi, Safiyya berkeputusan ingin membuat toast bread dengan jem, half-cook egg, dan air Milo sahaja.

Safiyya yang sedang menghidang sarapan di meja makan terkejut sebentar apabila mendengar Rafiq memanggilnya. Safiyya terus naik ke bilik.

“Ada apa abang?”




“Tu, tadi ada orang call. Abang tak sempat nak angkat abang baru siap mandi.” Rafiq keluar dari bilik air dengan hanya bertuala di pinggang. Terserlah six-pack yang tak berapa nak menjadi Rafiq. Safiyya hanya tergeleng-geleng sambil menyembunyikan senyum.

Safiyya terus mengambil telefon di meja kerja suaminya. Dilihat ‘log’ untuk mengenalpasti siapa call tadi. Eh, ibu? Getus hati Safiyya lantas dibawakan dirinya ke balkoni yang agak tersorok dari pandangan orang luar untuk menelefon ibunya. Dikerling juga Rafiq yang sedang memakai pakaian yang sudah disediakan di atas katil.

“Hello, assalamualaikum… ibu ada call akak ke tadi?” kata Safiyya. Sudah terang lagi bersuluh lagi mau tanya ka?  Kata ganti diri pun sudah ditukar.

“Waalaikumussalam. Kenapa tak jawab tadi?”  suara Puan Shahira mula kedengaran.

“Tadi akak tengah buat sarapan. Tu yang tak dengar. Ada apa ibu telefon ni?” tanya Safiyya. Terasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya.  Kepalanya menjenguk wajah kacak suaminya di belakang sambil mengorak senyuman.
“Siapa?” soal Rafiq berbisik.

“Ibu..” jawab Safiyya juga berbisik.

Rafiq hanya mengangguk lalu diletakkan kepalanya di atas bahu Safiyya.

“Baru buat sarapan? Lambatnya… dah nak pukul 9 pun. Akak ni mesti bangun lambat, kan? Macam manalah Rafiq tu…”

“Ibu saya okey lah…” Rafiq menyampuk perbualan antaranya dan ibu. Safiyya hanya tersenyum tatkala mendengar Rafiq memintas kata-kata ibunya. Pasti ibu hendak membebel.

“Eh, Rafiq pun ada? Rafiq, kamu jangan manjakan sangat anak ibu ni. Nanti naik lemak pulak.” Bebel Puan Shahira mengingatkan Rafiq.

“Ibu… apa ni?” rengek Safiyya. Malu dia apabila ibunya berkata sebegitu.

“Yelah… Ni, bila kamu berdua nak balik kampung ni? Nak dekat 6 bulan. Senyap je kat KL tu. Telefon ibu pun tak.”
“Nantilah bila abang ada cuti kitaorang baliklah. Bukan minggu lepas akak dah call ibu ke?” balas Safiyya. Dilihat suaminya sudah bergerak menonton televisyen di bilim tidur mereka.

“Yelah, nanti bila nak balik sini, jangan lupa call dulu. Dahlah, ibu letak dulu. Jangan lupa lain kali bangun awal sikit. Jangan dibiarkan Rafiq tu pergi kerja tanpa sarapan kat rumah. Ingat tu!”

“Ye…ibu.” Jawab Safiyya pendek. Bukannya tiap-tiap hari dia bangun lewat. Cuma hari minggu sahaja. Ingin sekali dia jelaskan kepada ibunya sebegitu namun lain pula yang keluar dari bibirnya.

Telefon diletakkan di atas meja apabila ibu mematikan talian.

“Abang, jom kita breakfast. Dah lewat ni. Perut Sha pun dah berbunyi ni.” Safiyya menarik tangan Rafiq agar berdiri.
“Berbunyi? Meh abang nak dengar sikit. Entah-entah ada ‘isi’nya tak?” Rafiq terus mendekatkan telinganya ke perut kempis Safiyya.

“Abang! Apa ni.. gelilah.” Tawa kecil Safiyya kedengaran lalu tangannya naik menolak kepala Rafiq yang mendekat dengan perutnya.