Hai and Assalamualaikum... Tiqa sambung lagi CU part 5. Hope you guys will like it..:)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
“ Rafiq, I nak jumpa you kejap.” Alisha merempuh sahaja
pintu yang tertera nama ‘Rafiq Zahrain’. Walaupun sudah dihalang oleh secretary
Rafiq namun dilanggar sahaja. Apa dia peduli!
“Boss, sorry! Akak dah try halang tadi tapi…”
“Tak apalah, kak. Akak boleh pergi dulu. Biar dia kat sini.”
Rafiq memintas kata-kata setiausahanya, Puan Rozita. Rafiq mengeluh perlahan.
“Syafiq… you boleh siapkan report yang kita discuss tadi
tak? Saya nak cakap sikit dengan orang yang tak faham bahasa ni.” Rafiq
mengarahkan Syafiq, pekerja praktikal syarikat yang bekerja di bawahnya untuk
keluar.
Syafiq segera mengemaskan fail-fail yang hendak dibawanya
lalu keluar dari bilik itu
Alisha terus berjalan menghampiri Rafiq dekat langkah
menggodanya. Dia duduk bertenggek di meja sebelah tempat duduk Rafiq. Kakinya
disilangkan. Sengaja mendedahkan paha putih gebunya kepada Rafiq.
Rafiq terus bangun dari duduknya tatkala berasa sedikit
lain. Dia terus mengambil tempat di sofa yang terletak di sudut biliknya.
Sangat tidak faham mengapa Alisha perlu datang.
“You nak apa datang sini?” Rafiq mula mengeluarkan suaranya.
Diambil majalah di atas mejanya lalu menatap majalah itu tanpa memandang Alisha
yang sedang menghampirinya.
“Why? Tak boleh ke I nak visit my ex-husband?” Alisha terus
menghampiri Rafiq lalu diambil majalah yang dipegang oleh Rafiq. Duduknya
begitu hampir dengan Rafiq.
“Hei, you ni kenapa ha? Datang sini… dengan pakaian tak
senonoh macam ni? Hei… you ingat ni club ke? Ini office tau! Tolong hormat
sikit!” suara Rafiq mula meninggi. Rafiq bangun kembali apabila Alisha duduk
rapat dengannya sehingga dia boleh bau haruman Moon Sparkle by Escada yang
dipakai oleh Alisha.
Pakaian Alisha juga
sangat mengancam. Dengan dress merah mengikut bentuk badan yang agak ketat dan
terdedah sehingga mendedahkan sebahagian dada Alisha juga dress yang singkat
sehingga menampakkan paha gebunya. Jika lelaki lain, pasti sudah tersenyum
hingga ke telinga namun tidak diri untuk Rafiq.
“You, I nak cakap sikit.” Alisha mencuba lagi.
“Nak cakap… cakap jelah.”
“Sinilah. …” merengek
Alisha memanggil Rafiq agar duduk bersamanya di atas sofa berkulit milik Rafiq.
“Huh! Lantak youlah. I dah suruh cakap, tak nak! Sudah… I
nak balik.” Rafiq terus keluar dari
biliknya.
Jam sekarang juga sudah hampir untuk ke masa makan tengah hari. Baik
aku balik rumah, telah Rafiq.
“Rafiq…Rafiq… you tengoklah apa yang akan buat. Dan waktu tu
you sendiri yang akan berlutut dekat I.” kata Alisha angkuh diselangi dengan
gelak tawa sinis.
Sementara Rafiq di dalam kereta menenangkan gelora di dalam
hatinya. Sebentar tadi, nasib baik masih ada sekelumit iman di hati, jika
tidak, pasti dia akan tewas di tangan
Alisha.
**************************
“Qaira, come to mummy…”
Alisha yang sedang duduk di ruang tamu rumahnya memanggil Qaira, anaknya
dengan Rafiq ketika dahulu. Qaira ketika ini berusia 3 tahun tetapi petahnya
menampakkan dia jauh lebih tua dari usianya. Memang dididik Qaira dengan
pendidikan English sedari kecil.
“Yes… mummy.” Kata Qaira dengan pelat Englishnya. Qaira
datang dekat dengan Alisha, meninggalkan permainannya.
“Qaira… do you miss your daddy?” tanya Alisha dengan muka
yang ceria.
“Yes! Rindu sangat. Why mummy?” bundar mata Qaira Erlisya
memandang Alisha.
“Ermm… if I say that we are going to see daddy…?” kata-kata
Alisha seperti bermain tarik tali dengan anak perempuannya itu. Sengaja ingin
bermain reverse psychology dengan Qaira.
“Is it right, mummy?”
“Yes..”
“Yayy! Tapi…bila?” tanya Qaira kepada Alisha. Berkerut wajah
Qaira bertanya.
“Esok… nak?” balas Alisha. Senyumannya sudah melebar.
Pelbagai rancangan sudah terlakar dalam mindanya.
“Nak! Nak! I can’t wait to see daddy!” ceria suara Qaira
kerana memang sudah lama dia dan Rafiq tidak bertemu.
*************************************
“Assalamualaikum… sayang.” Laung Rafiq dari luar rumahnya.
Biasanya, Safiyya akan menunggunya di depan pintu ketika ini. Tetapi ketika
ini, sudah 3 kali dia beri salam tetapi tiada sambutan dari dalam rumah.
Dijenguk-jenguk kepalanya namun tiada apa yang dapat dilihatnya. Akhir sekali,
Rafiq mengeluarkan kunci rumah dari dalam keretanya lalu dibuka kunci pintu.
“Assalamualaikum…sayang… abang balik ni… Sayang dekat mana?”
panggil Rafiq lagi. Namun tidak didengari langsung sahutan dari isterinya. Puas
dicari merata-rata di seluruh rumah namun masih tidak ditemui lagi. Tidak lama
selepas itu, Rafiq menarik senyum. Rupa-rupanya Safiyya tertidur di tikar
sejadah. Mungkin dia sudah solat zohor bersendirian.
Memang tadi Rafiq ada
menyuruh Safiyya agar solat dahulu kerana dia takut terperangkap dalam jammed
terlalu lama. Entah kenapa tadi kereta seakan-akan bergerak seperti kura-kura
di atas jalan raya. Rupa-rupanya ada accident di hadapan sana.
Rafiq lihat Safiyya tidur culas benar. Tidak sanggup dia
mengacau tidur Safiyya itu. Telekung yang dipakai oleh Safiyya dibuka lembut.
Lantas perlahan-lahan Rafiq mencempung tubuh Safiyya ke katil. Begitu
berhati-hati dia meletakkan kepala Safiyya di atas bantal. Rafiq terus
melaksanakan solat zohor.
Usai solat zohor, Rafiq terus ke katil yang menempatkan
Safiyya. Dia duduk menghadap wajah putih Safiyya. Tangan Rafiq menjalar ke
wajah Safiyya. Dari kening yang lebat memayungi mata yang tertutup, hidung yang
cantik terletak, bibir yang mungil, sentiasa mendebarkannya saat memandang
bibir merah itu, dagu yang agak meruncing ke hadapan, juga tidak ketinggalan
pipi yang mempunyai lekuk lesung pipitnya jika tersenyum. Sangat cantik
isterinya itu.
Safiyya bergerak-gerak sedikit kerana berasa rimas dengan
‘benda’ di wajahnya. Perlahan-lahan matanya dibuka. Membulat terus mata Safiyya
tatkala melihat Rafiq sudah ada di hadapannya.
“Ehem…bila abang…balik..?” Safiyya terus bangun. Kepalanya
agak pusing kerana bangun mendadak. Safiyya terus menyalami tangan Rafiq
setelah peningnya hilang.
“Abang dah lama balik. Siap solat pun. Tadi abang cari sayang
tapi tak jumpa. Nyaris-nyaris abang repot polis tau tadi. Takut sayang kena
culik ke apa. Alih-alih jumpa sayang kat atas sejadah. Lega abang tau.” Kata
Rafiq dengan memek mukanya sekali.
Safiyya hanya memandang wajah sawo matang Rafiq tanpa
berkelip. Suaminya itu sungguh comel dengan mukanya yang berkerut dan tangannya
yang melayang ke udara menyatakan perasaannya. Safiyya mengorak senyum
memandang Rafiq. Sungguh bahagia dirinya kerana dikurniakan seorang suami yang
sungguh ‘budiman’- berbudi atau berakhlak dan beriman.
“Sayang! Sayang..! Kenapa ni?” Rafiq melayang-layangkan tangannya di hadapan
muka Safiyya. Tertanya-tanya Rafiq kenapa Safiyya hanya senyap sahaja.
Safiyya hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Pipi
Rafiq diusap lembut. Kemudian tangan Safiyya bermain ke wajah Rafiq. Dari
kening yang cantik terbentuk, mata yang galak, hidung yang agak mancung dan
berakhir ke bibir merah jambu yang tidak terlalu tebal tidak pula terlalu
nipis. Jari runcing Safiyya bermain-main di bibir Rafiq. Senyuman masih kekal
di bibir Safiyya.
“Sayang…… ehem… sayang… tengah goda abang ke ni?” suara
Rafiq berubah sensual. Matanya galak merenung wajah bersih Safiyya. Nafasnya
turun naik tidak teratur.
Wajah Safiyya yang tadinya tersenyum terus berkerut. Tidak
mengerti apa yang Rafiq cuba beritahunya. Adakah perbuatan dia tadi menggoda
Rafiq? Tidak! Dia langsung tiada niat untuk menggoda Rafiq. Namun mungkin Rafiq
tersalah faham apa yang dia buat tadi.
“Ehem…dahlah. Jom makan. Nanti abang lewat masuk office hari
ni.” Safiyya terus bangun dari katil lantas menarik tangan Rafiq ke meja makan
di tingkat bawah rumah.
Rafiq hanya menurut. Dia duduk di meja makan.
Safiyya menghidang makanan untuk Rafiq. Rafiq hanya
tersenyum dengan rutin Safiyya. Hari ini Safiyya memasak simple sekali iaitu
tom yum campur bersama telur dadar. Rafiq yang minta sebegitu semalam,
“Bye, sayang. Abang pergi dulu. Miss me okay.” Rafiq terus
masuk ke dalam perut kereta selepas Safiyya menyalami tangannya dan dia juga
tidak ketinggalan mengucup dahi licin Safiyya.
Safiyya hanya tersenyum di luar pintu. Dia berdiri di situ
sehingga bayang kereta Rafiq sudah tidak kelihatan.
best.....
ReplyDeleteThanks again baby mio...:)
ReplyDelete