Thursday, December 5, 2013

Cerpen Suamiku Mr. Lecturer?! 1


Hai and Assalamualaikum. Enjoy my first cerpen bertajuk SUAMIKU MR. LECTURER?! I think this cerpen is too long so I divide it into 2 or 3 chapter kot. Hope you guys enjoy it...:)


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

September, 2011





“Apa? Kahwin?! Mama, mama tak boleh buat Nia macam ni…” suara Rania memecah hening. Balik-balik sahaja dari England terus dipaksanya kahwin. Apa ni? Orang lain masa ni masih relax dulu tapi dia…

“Yelah. Kenapa? Dulu bukan main lagi nak kahwin, kan? Sekarang dah tak nak pulak?” sambung Puan Hanita. Pening kepalanya melihat Rania mundar-mandir di hadapannya.

“Masalahnya, Nia nak kahwin dengan Farid, boyfriend Nia! Bukannya orang yang entah apa-apa yang mama pilih ni! Mama, please…kalau mama nak sangat Nia kahwin, bagilah Nia kahwin dengan Farid tapi bukan dengan mamat kampung tu. Mama…..” rayu Rania. Ada ke patut hendak kahwinkannya, seorang wanita moden dengan lelaki yang kekampungan tu. Tengok gambar dah nampak kekampungan inikan pula tengok depan-depan.

“Apa pulak, Fatih tu ustaz tau. Apa pulak kampungnya. Dia pun asal KL jugak. Lagipun, Fatih tu… budaknya….”

“Mama, stop! Tak payahlah nak back-up mamat tu. Kita bukannya kenal dia sangat. Entah-entah dia Cuma nak kikis harta kita. Mana kita tahu? Nampak aje macam ustaz, tapi entah-entah perangai macam setan!” belum apa-apa lagi Rania sudah potong kata-kata Puan Hanita.

“Nia! Mind your language! Mama tak pernah ajar Nia jadi biadap macam ni. Habis Nia ingat Farid tu elok sangatlah. Baik macam malaikat sangat ke? Keluar masuk hotel dengan perempuan. Nia ingat mama tak tahu?” sakit jantung Puan Hanita mendengar bahasa Rania yang ‘sopan’ sangat. Memang dia telah siasat latar belakang Farid itu. Nampak sahaja luarannya baik tapi bila di belakang, agama langsung tidak ingat.
Mungkin Rania jadi sebegini liar disebabkan sikapnya yang terlalu memanjakan Rania kerana Rania adalah satu-satunya harta yang dia punya di dunia.

 Suaminya telah meninggal dunia beberapa tahun lepas dengan meninggalkan empayar perniagaan yang sangat luas. Mungkin silapnya tidak menjaga Rania dengan betul kerana dia sibuk menguruskan syarikat yang diusahakan suaminya.

“Dahlah mama..kalau mama dah suka sangat mamat tu. Mama ajelah yang kahwin dengan dia. Bukan salah pun. Cuba mama tengok datin-datin semua tu, tak kahwin pun dah heret lelaki muda ke sana ke mari. Dahlah mama, Nia naik atas dulu. Bye, love you.” Rania mengendurkan suaranya yang tegang sebentar tadi. Malas mahu bergaduh dengan mamanya.

Puan Hanita mengeluh. Tidak tahu cara bagaimana lagi dia mahu mengawal anaknya itu. Namun, dia ada memikirkan satu cara yang mungkin boleh mengubah perangai anaknya menjadi baik iaitu dengan mengahwinkan Rania dengan Muhammad Fatih Iskandar.


*****************************


“Nia… mama kau tak marah ke kau datang sini?” tanya Xandria pelik. Tadi Rania ada menelefonnya mengatakan Puan Hanita sudah melarang Rania untuk ke kelab lagi.

“Alah… relaxlah. Mama dah tidurlah. Tadi tu aku keluar senyap-senyap. Macam tak biasa pulak.” Ujar Rania dengan suara yang agak kuat melawan alunan muzik yang rancak.

Keadaan di kelab itu sungguh padat dengan manusia yang dahagakan hiburan. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi namun masih tidak berkurang manusia di dalamnya tetapi makin ramai pula. Maklumlah hari minggu.

“Weh, cuba tengok mamat tu. Dia pandang-pandang kaulah. Cubalah tengok.” Xandria menyiku perlahan badan Rania sambil mulutnya memuncung ke arah sekumpulan lelaki yang sedang menghisap rokok berhampiran dengan mereka.

Rania sudah mengeluarkan senyuman menggodanya. Tidak susah baginya untuk menggoda lelaki seperti itu. Rania sudah ke hadapan ke pentas tarian. Sengaja Rania menari betul-betul berhadapan dengan sekumpulan lelaki tadi.

Tidak sampai lima minit, seorang lelaki daripada mereka datang menghampiri Rania. Hmm..handsome juga, telah Rania.

“Hai… darling. Sorang je? Nak I temankan… My name is Izham Dato’ Hisyam” dengan lunak suara pemuda tadi berbicara dengan Rania. Melihat akan anggukan Rania pantas sahaja Izham mendekatkan dirinya dengan Rania. Sesekali tangan menjalar ke seluruh badan Rania.

Rania hanya tenggelam di dalam nafsunya. Rania hanya membiarkan tangan nakal pemuda yang bernama Izham itu berkeliaran pada badannya. Sesekali dia punya mencumbui Izham.

Setelah beberapa ketika, Rania mula mabuk disebabkan terlalu banyak meminum air kencing syaitan itu. Izham sudah mengeluarkan senyumnya kepada kawan-kawannya.

********************************




Muhammad Fatih Iskandar seperti biasa terjaga pada pukul 4 pagi. Sungguh tanpa dikejut oleh sesiapa memang dia akan terjaga dengan sendirinya pada sekitar pukul 4 pagi. Mungkin Allah memberi kemudahan untuknya. Alhamdulliah…

Fatih terus ke bilik air yang terletak di dalam biliknya untuk mengambil wudu’ kemudian dia terus bertahajjud kepada Allah. Solat-solat sunat menjadi kebiasaan bagi dirinya. Jika tertinggal, pasti dia akan berasa berdosa.

Mungkin pada permulaan, dia berasa penat di siang hari kerana mengorbankan tidur malamnya namun sekarang dia sudah terlalu biasa dengannya. Petua Imam Syafie dipegangnya iaitu jika mahu mudah untuk bangun malam, hendak tidur sebentar pada waktu sebelum zohor.

Mungkin susah untuk mencari masa untuk tidur seketika pada waktu zohor kerana kerjayanya sebagai seorang pensyarah muda di KUIS. Namun, dia mengambil masa rehatnya untuk tidur sebentar kerana dia kebiasaannya akan berpuasa. Jadi, masa makan digantinya dengan masa untuk berekat sebentar.

Usai solat, Fatih mengambil Al-Quran lalu membacanya bagi memantapkan hafazannya. Memang dia belum boleh digelar hafiz kerana dia baru sahaja menghafaz setengah Al-Quran. Itupun masih banyak kekurangan di mana-mana. Kemudian, Fatih duduk bermunajat kepada Allah sehingga waktu subuh.

******************************



“Nia! Nia! Turunlah. Dah pukul 1 ni.. Nia! Hish… budak ni. Matahari dah tegak belum bangun lagi..”Puan Hanita mengeluh mengenangkan sikap anak tunggalnya. Puan Hanita naik ke tingkat dua ke bilik Rania ingin mengejutnya.

 Rumah banglo 3 tingkat ini, walaupun besar macam padang bola, tetapi hanya Puan Hanita, Mak Kiah, Pak Hamid dan kini Rania pula yang menghuninya. Sunyi betul rumah ini. Inilah antara salah satu sebabnya dia mahu Rania kahwin dan kurniakan dia cucu-cucu untuk meriahkan rumah ini

“Nia! Ya Allah… masih tidur lagi. Mama ingat Nia dah siap. Nia bangun!” Puan Hanita segera menggoncang badan Rania yang masih berbalut selimut lagi.

Terpisat-pisat Rania bangun. Rambutnya sudah mengerbang. Make-up masih terbiar pada wajahnya.
“Mama…apa ni? Nia nak tidurlah. Mengantuk.” Rania berkata dengan suara seraknya manakala matanya masih terpejam rapat.

“Ya Allah! Nia…Nia ni anak dara tau! Anak dara mana boleh bangun lewat sangat sampai macam ni? Lagipun Nia dah nak kahwin,kan! Dah…dah bangun cepat. Mama nak kenalkan Nia dengan seseorang kejap lagi.” tanya Puan Hanita tidak puas hati.




“Mama…pleaselah jangan nak membebel. Nia penat tau tak!” Rania merengus. Rania terus menutup mukanya dengan selimut tebal itu tanda tidak mahu bangun lagi.

“Okay..tak nak bangun tak apa.” Ujar Puan Hanita perlahan. Dia terus mencapai remote air cond yang disangkut di dinding, Puan Hanita menekan butang off untuk mematikan air cond lalu terus turun ke bawah.
“Hish! Orang tua ni! Tak bernafas aku… Hergh!”Rania terus menyelak kasar selimutnya lantas turun dari katil dan terus membuka bajunya kemudian berlalu ke kamar mandi.

*******************


“Assalamualaikum….” Laung Muhammad Fatih Iskandar dari luar rumah banglo 3 tingkat yang tersergam indah di hadapannya kini. Masya-Allah.

“Ya, anak ni cari siapa?” tanya Mak Kiah yang tadi mahu membuang sampah di luar rumah. Nasib baik dia ada di luar tadi. Rumah sebesar ini jika diberi salam sekuat mana pun, tentu tak akan dengar.

“Ermm…assalamualaikum, mak cik. Ini rumah Puan.. Han..Hanita ke?” tanya Fatih. Takut sekiranya di salah rumah.

“Oh, yelah. Ada apa ya?”

“Eh…Fatih. Masuklah. “ Puan Hanita yang mendengar bising-bising di luar terus keluar. Dilihatnya ada Fatih di luar rumah. Terus dijemputnya masuk. Fatih hanya menurut.

“Ada apa puan nak jumpa saya?” soal Fatih setelah duduk di ruang tamu. Puan Hanita duduk bertentangan dengannya. Hari ini, dia memakai jubah putih dan berkopiah memandangkan selepas ini  dia ada aktiviti keagamaan di masjid berdekatan.

“Oh… saya nak bincang sikit dengan ustaz pasal….”

“Eh, tak payahlah panggil saya ustaz. Saya bukan ustaz pun. Panggil je Fatih.” Potong Fatih. Malu sekiranya dirinya digelar ustaz. Dia tidak layak lagi hendak digelar dengan panggilan yang mulia itu.

“Oh.. bukan ustazlah ye. Tapi hari tu bagi ceramah dekat masjid? Jadi Fatih ni kerja apa?” risik Puan Hanita dalam diam.

“Saya lecturer kat KUIS. Dekat-dekat sini je.”

“Oh.. sebenarnya saya nak bincang dengan us…oppss..Fatih pasal hari apa yang saya cakap hari tu? Fatih tak jawab lagi. Fatih dah berpunya ke belum? Hari tu sempat tahu yang Fatih belum berkahwin dan bertunang je.” Puan Hanita terus ke poinnya.

“Berpunya tu…belum lagi, puan. Siapalah nak dekat saya ni. Dahlah tak handsome, miskin pula tu.” Fatih cuba berseloroh. Pelik juga ada yang bertanya seperti ini. Dapat dirasakan ada sesuatu yang ingin Puan Hanita sampaikan.

“Eh, apa pulak tak handsome, handsome je. Muka pun ada iras-iras Dennis Trillo pelakon Filiphina tu. Baguslah kalau Fatih ni single lagi… saya ni berkenan sungguh dengan Fatih ni…..”

Berkenan? Takkan makcik ni berminat dengan aku kot? Telah hati Fatih.

“Eh…Fatih jangan salah faham. Saya berkenan nak jadikan Fatih sebagai menantu saya. Boleh?” sambung Puan Hanita pantas setelah melihat muka terkejut Fatih.

Menantu? Lagi berkerut muka Fatih. Takkan baru sekali jumpa dah nak buat menantu? Dah lah orang kaya!, getus hati Fatih.

“Fatih, minum dulu, ye. Mak cik nak ke sana kejap. Jangan malu-malu. Buat je macam rumah sendiri.” Puan Hanita terus berlalu ke tangga tatkala melihat Rania yang baru sahaja turun dari biliknya.

“Rania! Apa pakai baju macam ni? Kan, mama dah kata. Mama nak kenalkan Nia dengan seseorang. Pergi naik atas balik. Tukar baju yang sopan sikit. Kalau boleh pakai baju kurung. Go… Now!” arah Puan Hanita. Suaranya yang meninggi dikawal supaya tidak sampai ke pendengaran Fatih Iskandar di ruang tamu.

Takkan nak memperkenalkan Rania kepada Fatih yang elok berjubah dan berkopiah dengan pakaian anaknya yang menjolok mata itu. Dress sendat singkat paras atas lutut berwarna merah itu pasti boleh rencananya untuk menjodohkan anaknya, Rania dengan Fatih.

Rania merengus. “Apa ni mama? Itu kan kawan mama. So, buat apa Nia nak menyibuk. Lagipun Nia nak keluar lepas ni. Buat apa nak pakai baju kurung?” Rania melawan kata Puan Hanita. Tidak dipedulikan tangan mamanya yang mencengkam pergelangan tangannya.

“Nia! Tolonglah mama. Sekali ni je.”rayu Puan Hanita.

“Tak nak! Dah lah! Nia pergi dulu…” Rania terus merempuh Puan Hanita. Dia panas apabila ditegur dan disuruh itu ini oleh mamanya. Mamanya fikir dia masih budak-budak?

“Nia! Nia! Tunggu…” Puan Hanita segera menarik lengan Rania.

“Okay, macam ni. Nia tak payah tukar baju…just ikut mama sekejap. Sekejap…je. Lepas Nia nak pergi mana pun, pergilah. Okay.” Puan Hanita memujuk Rania. Puan Hanita membawa Rania ke ruang tamu setelah Rania berlembut hati ingin turut serta walaupun dalam keadaam separuh rela.

Rania hanya berdiri sebelah mamanya. Rania memandang tepat pemuda berjubah di hadapannya. Atas bawah dia pandang. Siapa mamat ni? Ustaz manalah yang tersesat ni? Telah hatinya.

“Fatih, kenalkan…Ni anak makcik, Rania. Rania…nilah Muhammad Fatih Iskandar. Kenalkan..” Puan Hanita mengenalkan Fatih kepada anak tunggalnya.



“Hai, I Rania. Nice to meet you..” Rania memaniskan wajahnya. Tangannya dihulur kepada pemuda di hadapannya.

“Assalamualaikum. Saya Fatih.”Fatih menundukkan pandangannya tatkala melihat penampilan Rania yang terdedah. Dia tahu pandangan pertamanya tadi dimaafkan kerana dia tidak sengaja. Fatih mengorak senyum hambar. Fatih tidak menyambut huluran tangan Rania tetapi dia hanya mengangguk sahaja.

“Okay. Puas hati mama. Dah Nia nak keluar.” Rania segera menarik kembali tangannya. Malu pula apabila hulurannya dia tidak disambut. Rania terus keluar tanpa menghiraukan panggilan mamanya. Kereta mini coopernya meluncur keluar dari garaj kereta.

“Maaf ye Fatih. Rania tu bukan selalu pun macam tu. Hari ni dia bad mood sikit.”

“Tak apalah.. Saya tak kisah pun.”

“Jadi, Fatih setuju, tak?” tanya Puan Hanita tersekat-sekat. Takut sekiranya dengan perangai Rania sebentar tadi menganggu keputusan Fatih. Dia begitu berharap agar Fatih bersetuju untuk menjadi menantunya. Rania perlu dibimbing oleh lelaki yang betul.

“Makcik, boleh bagi saya masa?” soal Fatih.

“Boleh. Sure. Tapi, kalau boleh makcik nak dalam minggu ni. Boleh?”

“Insyaallah. Biiznillah. Saya cuba.” Ujar Fatih.

************************

Balik sahaja daripada acara di Masjid Al-Falah, Fatih terus balik ke rumahnya. Dia tinggal seorang diri di sini. Jika emaknya masih ada, pasti emaknya senang dengan prestasi Fatih. Namun, Allah lebih sayangkan emak dan abahnya. Tinggallah Fatih sebatang kara di dunia ini.

Pening kepala Fatih memikirkan jawapan untuk diberikan kepada Puan Hanita. Sememangnya, bagi sesiapa yang berusia 29 tahun sepertinya sudah mendirikan rumah tangga.

Jika boleh dia mahu sahaja menolak permintaan Puan Hanita untuk bermenantukannya. Bagi  Fatih dia tidak mahu mengambil risiko dengan bersetuju untuk mengahwini Rania, anak Puan Hanita. Pertemuan pertama mereka sangatlah singkat.

Namun, bukan sebegitu gadis idamannya. Fatih mengimpikan isteri yang mempunyai didikan agama yang cukup. Dia ingin seorang isteri yang boleh membawa dan menemaninya di syurga kelak. Walaubagaimanapun, dia tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

Jadi, dia mahu membuat solat istikharah. Jika, Rania itu adalah untuknya seperti yang telah tercatat di Luh Mahfuz, dia terima dengan reda. Tapi, jika bukanlah Rania tercipta untuknya, dia pasti akan menunggu bidadari yang akan diturunkan oleh Allah untuknya.

Malam itu seperti biasa dia bangun menunaikan solat tahajud di samping solat-solat sunat lain. Tidak dilupakan solat istikharah. Lama sujudnya pada sujud terakhir, memohon petunjuk dari Allah.

******************

April,2012

“Aku terima nikahnya Rania binti Fuad dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz sahaja Muhammad Fatih Iskandar menjadi suami kepada Rania. Dengan ini, tanggungjawab tergalas sepenuhnya di bahu Fatih.

Selepas siap diijabkabulkan, Fatih terus menunaikan solat sunat tanda bersyukur atas pernikahan yang menyatukan dua hati ini. Lama Fatih bersujud. Memohon agar rumahtangganya sentiasa bahagia dan harmoni dengan izin Allah.

Majlis akad nikah hanya diadakan di rumah Puan Hanita atas permintaan Rania walaupun pada mulanya Puan Hanita sudah bersetuju dengan cadangan Fatih yang ingin mengadakan acara akad nikah di masjid. Sanak saudara Puan Hanita memenuhi ruang tamu yang telah dihias cantik khas bagi acara akad nikah dan persandingan yang akan diadakan selepas ini.



Fatih dibawa ke pelamin kecil yang terletak di sudut ruang tamu untuk acara seterusnya iaitu acara pembatalan air sembahyang. Puan Hanita menghulur kotak cincin. Fatih mengambilnya lalu duduk melutut menghadap Rania. Wajah Rania direnung lembut. Wajah itu cantik seperti biasa namun seperti ada yang kurang iaitu kegembiraan.

Tangan Rania ditarik perlahan lalu disarungkan cincin ke jari manis gadis itu. Kerlipan flash kamera merata-rata.  Mereka berdua seperti dikelilingi orang ramai.

Puan Hanita yang duduk di sebelah Rania menyiku lengan Rania menyuruhnya menyalami tangan Fatih.
Rania hanya menurut. Berbakul-bakul sumpah seranah dilontarkan dalam hatinya. Selepas itu, terasa ada perasaan lain yang menyelinap masuk apabila Fatih menghadiahkannya kucupan syahdu di dahinya. Rania segera menepis perasaan indah yang mula bertamu dalam hatinya.


Kemudian, Rania diminta untuk menukar persalinan untuk mengambil gambar kenang-kenangan bersama Fatih. Berbagai-bagai gaya disuruh oleh fotographer.



*******************


“Fatih, dah lah tu. Masuklah bilik. Mama tengok Fatih pun dah tersengguk-sengguk. Biar kerja-kerja ni diaorang yang buat. Dah lewat sangat ni. Nak pukul 12 dah. Pergilah masuk tidur. Rania pun dah lama masuk.” Tegur Puan Hanita kepada Fatih apabila terlihat Fatih masih lagi sibuk mengemas meja dan kerusi. Semua saudaranya sudah pun pulang petang tadi. Puan Hanita tidak mempunyai banyak saudara, Cuma beberapa keluarga sahaja hadir.

“Yelah, ma…mama.”jawab Fatih langsung berlalu ke kamar Rania. Dia pun sudah mengantuk sangat. Tidak sabar untuk melelapkan matanya. Badannya juga sudah sengal-sengal. Nak minta Rania urut? Macamlah dia nak.

“Mak Kiah, mana bilik Rania?” tanya Fatih kehairanan. Banyak sangat bilik kat tingkat 2 ni. Dia ingat hanya ada bilik Rania sahaja.

“Oh, Encik terus je. Sampai hujung belah kiri, tu bilik Rania.” Tunjuk Mak Kiah.

“Okay..Terima kasih, Mak Kiah.”Fatih terus mengikut jalan seperti yang diarahkan oleh Mak Kiah tadi.
Fatih hanya mengikut arahan seperti yang diberikan oleh Mak Kiah. Setibanya di hadapan pintu bilik tangan Fatih memulas tombol pintu perlahan-lahan. Debaran di dadanya sudah menggila. Sewaktu dia bersalaman dengan sahabatnya tadi, bermacam-macam tips diberi berkaitan malam pertama. Naik malu pula dirinya. Adakah itu akan terjadi kepada dirinya dan isteri yang baru dinikahinya sebentar tadi?



Fatih meliarkan pandangannya ke seluruh pelosok bilik yang luas itu. Luasnya seperti ruang tamu rumahnya. Memang kaya sungguh Puan Hanita ni. Kalau bilik anaknya sudah sebesar ini, macam mana pula bilik Puan Hanita sendiri? Mestilah lagi besar! Getus hati Fatih.

Dibawa dirinya duduk di birai katil bersaiz king itu. Samping sudah lama dicabutnya Cuma tinggal baju melayu sahaja yang dipakainya.

Pandangan Fatih yang tadi sibuk melatari pemandangan sekitar bilik ini mati pada sosok tubuh Rania yang baru sahaja keluar dari bilik mandi yang memakai bath robe sahaja.  Rania yang berbaj bath robe yang singkatnya hanyalah separas atas lutut itu sangat mengocakkan jiwa lelakinya. Ditambah pula dengan rambut lembab Rania yang separas bahu itu.

Rania tidak menghiraukan pandangan Fatih terhadapnya. Rania terus ke walk-in wardrobenya lalu mengambil baju pajama yang tidak berlengan dan seluar separas betisnya lalu memakainya di situ.
Apabila Rania keluar sahaja dari bilik kecil itu, dia lihat Fatih masih duduk lagi di birai katilnya. Buat kotor katil aku je mamat kampung ni. Gerutu hati Rania.

“Ermm…Rania, tuala abang mana?” lembut suara Fatih bertanya.

“Ambil sendirilah dalam bilik tu, takkan tuala pun tak reti nak amik sendiri. Tak kuasa nak melayan.” Balas Rania acuh tidak acuh sambil jarinya menunjuk ke arah bilik walk-in wardrobe nya. Rania terus merebahkan badannya di atas katil lalu berpaling dari Fatih. Selimut ditarik separas leher.



“Nanti jangan lupa tutup lampu. I nak tidur. Lagi satu, you jangan nak bermimpi tidur kat atas katil empuk I ni.” Kata Rania sambil memandang Fatih

“Habis tu abang nak tidur mana?” Tanya Fatih kehairanan.

“Eh! Tak payah nak ‘abang-abang’ sangatlah dengan aku. Menyampah aku dengar tahu tak? Tidur jelah kat mana-mana kau rasa kau boleh tidur. I don’t care!” suara Rania meninggi namun masih terkawal. Takut mamanya dengar pula. Rania terus berpaling sesuda selesai berbicara dengan suaminya.

Fatih hanya mampu bersabar. Fatih terus ke ruangan yang ditunjukkan oleh Rania lalu menggapai sehelai tuala. Begnya juga kelihatan di situ. Mungkin Mak Kiah yang letak di situ.

Usai mandi, Fatih terus mengerjakan solat isyak lalu menunaikan solat sunat rawatib dua rakaat.

“Rania…bangun. Dah solat isyak ke belum ni?” tanya Fatih lembut. Fatih menggoncang perlahan tubuh Rania apabila Rania masih tidak bangun lagi.

“Hish…apa ni kacau orang nak tidur!” Rania terus berkata kasar kerana orang mengganggu tidurnya. Rania menarik selimut menutupi wajahnya.

“Rania…bangun. Abang nak tanya je Rania dah solat isyak ke belum.” Soal Fatih lagi tidak berputus asa. Tubuh Rania digoncang perlahan lagi. Fatih turut menarik selimut yang menutupi wajah Rania.
Rania merengus kuat.

“Woi! Kau nikan tak paham bahasa ke? Aku cakap jangan kacau aku…jangan kacaulah. Aku penat! Kau tahu apa? Menyakitkan hati je kerjanya.” Rungut Rania lantas terus memalingkan badannya daripada Fatih. Sibuk je!

Fatih hanya mengeluh perlahan. Dia terus mengambil kain selimut dari dalam almari dan mengambil sebiji bantal lalu tidur di atas sofa yang terletak di sudut bilik itu. Nasib baik sofa itu agak besar dan panjang. Macam tahu-tahu sahaja yang dia akan tidur di situ.

***************

“Fatih… mari sarapan dengan mama. Macam mana tidur malam tadi? Lena?” tanya Puan Hanita kepada Fatih sebaik sahaja ternampak kelibat Fatih yang sedang menuruni tangga tetapi tidak nampak pula kelibat anak tunggalnya.





“Lena mama.”jawab Fatih pendek. Fatih duduk berhadapan dengan Puan Hanita di meja makan. Lena ke tidurnya semalam? Entahlah. Pinggangnya sudah rasa sengal-sengal.

“Hah! Baguslah. Sorang je turun? Rania mana?” soal Puan Hanita sambil tangannya lincah menyenduk nasi goreng yang dimasak oleh Mak Kiah pagi tadi. Puan Hanita mengeluh dalam hati. Kasihan dia melihat anak muda di hadapnnya.

“Ohh…ermm..Rania.. aaa..dia tidur lagi. Mungkin penat sangat kut semalam.” Tergagap-gagap Fatih menjawab. Fatih hanya menunduk sahaja sambil menyudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

“Tidur lagi? Huh! Kerja apa yang dia buat semalam sampai tak bangun-bangun lagi. Memang dia macam tu Fatih. Selagi mama ni tak membebel kejutkan dia, jangan haraplah dia nak bangun sendiri. Tunggu petang nantilah jawabnya. Itu belum sebut pasal solat lagi. Mama ni dah tak tahu nak buat dah. Tu yang mama nak minta tolong Fatih. Tolonglah nasihatkan sikit isteri kamu tu. Cakap mama ni…jangan harap dia nak dengar. Mama harap dia dengarlah cakap Fatih ni.” Puan Hanita tidak berselindung tentang perangai anaknya kepada Fatih. Apa nak disembunyikan lagi? Fatih pun suaminya Rania.

“Tengoklah nanti macam mana ye mama. Saya cuba. Insyaallah boleh tu.” Fatih memberi harapan.
“Ni…Fatih cuti berapa hari?”

“Seminggu je, mama. Cuti Fatih tak banyak setahun. Ada dalam 20 hari je.” Jawab Fatih sambil diselangi dengan suapan nasi goreng ke mulutnya.

“Ermm…apa kata korang berdua pergi honeymoon. Tak payah lah lama-lama. 5 hari 4 malam pun okay. Mama sponsor. Cakap je nak pergi mana. Mana tahu mama boleh cucu?” cadang Puan Hanita. Ayat terakhir Puan Hanita diiringi dengan tawa kecil. Dia sengaja berkata sebegitu walaupun dia tahu pasti sukar.

“Tengoklah nanti mama. Nnati saya bincang dulu dengan Rania macam mana.”

“Yelah. Fatih makan dulu. Mama nak kejutkan Rania. Apa dia nak biar suami dia makan sorang-sorang. Hesy…” Puan Hanita terus ke bilik Rania tanpa sempat dihalang oleh Fatih.

Puan Hanita terus sahaja memulas tombol pintu bilik anaknya. Apa yang dilihatnya sangat mengelirukan. Rania tidur memenuhi semua ruang katil dengan keadaan cadar dan selimutnya yang tidak terurus. Sebiji bantal dan sehelai selimut yang sudah dilipat elok diletak di sisi bawah katil. Adakah Fatih tidur di bawah? Atau di atas sofa?

Puan Hanita hanya menggelengkan kepala melihat anaknya itu.

“Rania.. bangun. Dah pukul berapa dah ni. Bangun!” Puan Hanita menyelak kasar selimut Rania.

“Ma…Nia ngantuklah..” jawab Rania dengan suara seraknya.

“Bangun! Mama kata bangun!” jerit Puan Hanita. Apabila tidak melihat sebarang tanda yang Rania akan bangun, Puan Hanita terus sahaja menekan butang off pada remote air cond. Kemudian dia menyelak kasar langsir yang menjadikan bilik itu gelap.

“Ma! Silaulah…baik ma tutup balik!” Rania menjerit. Matanya sungguh perit. Ditutup mukanya dengan selimut. Namun tidak lama selepas itu, dia rasa lemas. Rania terus membuka selimutnya lalu meramas kasar wajahnya dan rambutnya.

Rania merengus.

“Mama…apa  ni! Rania nak tidur…ngantuk faham tak? Hesy… orang tua ni..” jerit Rania lagi.

Pang!

Puan Hanita dan Rania terkedu.



“Woi! Kau siapa? Berani kau lempang aku?” marah Rania makin menggila. Dia sudah berdiri menghadap Fatih manakala Puan Hanita masih teguh berdiri di belakangnya.  Tadi mamanya mengacau dia tidur sekarang orang sesat mana menampar pipinya. Sedangkan mamanya tidak pernah menjentiknya inikan pula lelaki ini.

“Rania! Tak baik cakap dengan mak Rania macam ni.” Nasihat Fatih setelah menenangkan dirinya. Suaranya yang selama ini lembut sahaja apabila bercakap dengan sesiapa naik dua oktaf.

Pang!

Fatih terkejut apabila Rania berani menamparnya. Nasib baik tak kuat sangat! Tapi sakitlah jugak.

“Itu balasannya sebab kau dah lempang aku! Kau ingat kau ustaz kau baik sangatlah! Entah-entah lagi teruk dari aku. Entah berapa puluh orang perempuanlah yang kau pernah tidur. Jangan nak berlagak alim sangatlah! Bukan boleh percaya lelaki macam kau ni! Kaki pengikis!” balas Rania meninggi. Lagi tinggi suaranya. Namun dirasakan mamanya menarik kasar pergelangan tangannya.

Pang!

“Mama!” Rania terkedu apabila mamanya sendiri menamparnya. Lagi-lagi di hadapan lelaki ini. Egonya bagaikan digores-gores oleh Fatih.

“Mama tak pernah ajar Rania biadap sampai macam ni. Mama tak kisah Rania nak tengking mama tapi bukan suami Rania. Syurga Nia ada di bawah telapak kaki dia tau. Ingat tu.” Puan Hanita sudah tidak mampu bersabar lagi. Jika sebelum ini dia sangat memberi muka kepada Rania, tetapi tidak hari ini. Dia juga punya had kesabaran.

Rania terus ke bilik mandi. Dia menjerit sekuat hatinya di situ. Botol-botol sabun, syampu dan alat-alat mandi yang ada di atas para itu jatuh berterabur di atas lantai bilik air yang besai tu akibat libasan Rania. Berderai jatuh semuanya.

********************

Fatih tidak sangka dia menampar wajah isterinya tadi. Dia yang sedang bersarapan ketika itu mendengar jerit pekik Rania menengking Puan Hanita, ibu mertuanya. Tanpa disedari, marah menguasainya kerana perbuatan Rania menengking ibu kandungnya sendiri.

Fatih kini duduk bersendirian di gazebo yang menghadap air terjun buatan ini. Tenang dia mendengar irama semula jadi ini.

*********************

Akhirnya mereka berdua sampai di Pulau Langkawi ini untuk honeymoon atas tajaan Puan Hanita. Walaupun pada mulanya Puan Hanita mencadangkan agar mereka berdua pergi ke Paris, namun dibangkang keras oleh Rania. Fatih juga menyokong Rania kerana cutinya tidaklah terlalu panjang untuk ke luar negara. Jadi, Puan Hanita hanya menurut.

Dari Langkawi International Airport, mereka berdua mengambil teksi untuk tempat penginapan mereka iaitu Berjaya Langkawi Resort. Perjalanan yang mengambil masa 15 minit itu sangat dirasakan terlalu lama oleh Rania.

 Setibanya di hotel, mereka terus check-in ke hotel. Mereka diiringi dengan bell-boy ke bilik yang telah ditempah oleh Puan Hanita.

“Enjoy your honeymoon…” suara bell-boy tadi kedengaran selepas dia membuka pintu bilik itu. Beg bagasi yang diangkat tadi diletak di sudut bilik itu. Tinggallah mereka berdua di dalam bilik itu. Keduanya sibuk memerhatikan bilik yang cantik itu. Maklumlah, honeymoon suite..


Bilik yang sangat cantik yang bertemakan putih. Di atas katil yang bersaiz king itu dipenuhi dengan kelopak bunga mawar merah. Aroma di dalam bilik itu sungguh mampu membangkitkan mood honeymoon. Katil yang mempunyai tiang empat kaki di setiap sudut itu mempunyai dua buah meja sisi yang dilengkapi dengan lampu tidur. Di sudut lain pula, ada meja solek yang juga bertemakan putih dengan cermin yang besar dan dilengkapi dengan satu kerusi yang turut berwarna putih.



Rania ke bilik air pula. Baunya juga sangat wangi dan harum. Bilik mandinya juga sangat besar. Dilengkapi dengan bath tub dan air pancut. Tetapi yang peliknya, bilik mandi itu seperti bersambung dengan tempat tidur, tiada pintu ataupun tirai untuk menutup bilik mandi itu. Hanya ada penghadang pandangan berkayu yang menutupi bahagian tandas. Itu sahaja. Itupun kayunya seperti jarang-jarang. Tahulah ini honeymoon suite tapi tak payahlah nak buka semua! Ngomel Rania seorang diri.



Fatih hanya memerhati di dalam tempat tidur sahaja. Di atas kedua-dua meja sisi, ada kad seperti kad ucapan dari hotel juga ada di atas meja solek tapi di meja solek ada tiga kad dan meja sisi ada satu kad di atas satu meja.

Fatih membaca semuanya. Bermula dari meja sisi.

    May your honeymoon begin and never end! Enjoy your new life as Mr. and Mrs.

Fatih membuka pula kad di atas meja sisi belah kanan pula.

     Wishing you many lovely moments and memories to treasure and cherish for a lifetime. May you have a wonderful honeymoon.

Fatih hanya tersenyum. Wonderful honeymoon? Fatih pergi pula ke meja solek. Di atas meja itu ada tiga helai kad yang didirikan. Fatih membacanya satu persatu.

      Hoping that your honeymoon’s a dream-come-true vacation, filled with care-free times, lots of fun and well-deserved relaxation.
Fatih mengambil kad yang berwarna pink pula.

      Wishing you a memorable honeymoon filled with all the love and romance your heart so desires.

Fatih meneruskan lagi. Makin lama, makin romantic pula ayat-ayat ni. Kalau dia nak karang, naik 3 tahun pun tak siap. Dia bukanlah seorang yang romantic. Kad yang terakhir diambilnya lalu dibacanya.

        May the love and devotion a honeymoon brings last throughout your marriage forever and always.

“Ehem…ehem.” Rania berdeham setelah Fatih masih leka membaca kad.

“Eh, sorry. Rania nak apa?” tanya Fatih lalu bangun manghadap Rania. Kad di tangannya diletakkan kembali ke tempatnya.

“Tak ada apalah. Aku nak..tanya beg mana?” soal Rania.

“Rania, jom duduk dekat situ jap. Ada benda abang nak discuss sikit.” Rania hanya membontoti Fatih yang duduk di birai katil.

“Boleh tak kalau kita jadi kawan? Walaupun Rania tak terima abang sebagai suami Rania, at least just anggap abang sebagai kawan. Boleh?” soal Fatih lembut. Dia merendahkan egonya. Dia sanggup begitu kerana ingin membantu Puan Hanita. Beria-ria Puan Hanita memintanya mengubah Rania menjadi anak yang baik.

“Kawan? Maksud kau?” tanya Rania sambil menayangkan muka berkerut.

“Ya…kawan.”

“Ermm…depends.” Ujar Rania bersahaja sambil memeluk tubuhnya.

“Depends on what?” tanya Fatih kehairanan.

“Depends on my mood. Kalau aku rasa mood aku baik kau boleh jadi kawan aku. Tapi kalau tak…paham-paham jelah.”

“Okay..depends on your mood. Deal.” Fatih menghulurkan tangan tanda bersetuju dengan syarat tidak langsung Rania.

“Deal.” Rania tersenyum puas. Tidaklah sakit tekaknya menjerit itu ini kepada Fatih. Tangan Fatih disambut.
“Untuk permulaan, saya Muhammad Fatih Iskandar. Call me Fatih.” Fatih memulakan perkenalan mereka berdua.  Dia mendapat balasan tawa kecil dari Rania.

“Okay…aku Rania.” Tawa kecil masih kedengaran. Kelakar juga Fatih ni.

“Haip! Tak naklah aku-kau. Kasar sangat. Kita guna awak-saya. Boleh?” pinta Fatih.


“Okay. Tak kisah. Nasib baik mood aku…eh…maksud aku…saya…baik. Haa!” balas Rania. 

*******************




7 comments:

  1. Mmg lh nk sambung.. takkan nk biar cite tergantung lak? hihihi...insyaallah sooner or later ada lah sambungn nye.. Thanks bace karya saya.. n tunggu sambungn nye ye..:)

    ReplyDelete
  2. Pleaseeeee...... Continue... Y fatih soo handsome... I cant wait to read....

    ReplyDelete
  3. Best lahh cerpen nihhh.. Runtuhnya ego seorang lelaki....

    ReplyDelete
  4. agak- agak bila cita ni nak bersambung yaa? best...

    ReplyDelete
  5. sis bila nk smbung cerpen...excited ni nk bca...syok sgt

    ReplyDelete
  6. entah'bila nak sambung..lama tunggu

    ReplyDelete