Assalamualaikum... saya start buat novel lain pulak...hihihi..Actually I have lost idea on how to continue CU. So, instead of tunggu je untuk siapkan CU...I buat novel baru iaitu Without You yang ringkas dan santai.. Hope you guys enjoy it..:)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^
November, 2012
Minggu lepas Abang Am telah bertunang dengan gadis
pilihannya. Dengar-dengar mereka akan melangsungkan perkahwinan setahun dari
sekarang. Tempahan semua sudah dibuat. Tinggal tunggu tarikh sahaja. Teliti
betul Makngah iaitu mak abang Am membuat perancangan. Memang patut pun sepupuku yang satu ini
mendirikan rumah tangga kerana usianya juga sudah 30 tahun. Tapi, sekarang ni
aku tak tahu apa yang aku rasa? Sedih? Kecewa? Gembira? Marah? Entahlah.
Memang tak dinafikan dulu waktu aku umur 15 tahun, aku, Fitriah Qurratu’aini pernah
ada perasaan suka kat sepupu aku itu, Izaryl Ilham. Tapi, lama-lama perasaan tu
makin pudar setelah aku berjumpa dengan Nu’aim Adha. Aku kenal dia pun sebab
dia sangat aktif dalam bidang sukan dan dakwah kat kampus dulu. Sejak itu aku
mula memendam rasa dekat Nu’aim. Tanya sahajalah dekat kampus aku, siapa yang
tidak kenal dengan ketua MPP kolej iaitu Nu’aim Adha.
Nu’aim Adha sewaktu aku dalam semester 2, dia di tahun
akhir. Orangnya tidaklah terlalu tinggi,
mempunyai wajah sawo matang, tidak seperti Abang Am yang putih. Tidak dinafikan
memang Abang Am memiliki rupa paras yang sangat menawan sehingga aku juga boleh
tertawan.
Nu’aim Adha orangnya sangat berpegang teguh dengan agama.
Susah nak tengok dia pandang perempuan sembarangan lagikan pula keluar
berdua-duaan dengan perempuan yang bukan muhrim. Itulah sebabnya aku sangat
tertarik dengan Nu’aim Adha.
Sehingga kini, hampir 3 tahun aku dan dia tidak bertemu.
Mungkin dia telah berjaya menjadi peguam syarie mengikut dari apa yang
dipelajarinya di kampus dulu. Entah kenapa, sehingga kini aku masih menunggunya
walaupun aku tahu itu mungkin perkara mustahil.
***********
April, 2009
“Dipersilakan ketua MPP kita, Nu’aim Adha untuk memberikan
tazkirah yang bertajuk Cinta.” Kata-kata pengerusi majlis mendapat sambutan
ramai. Tajuk cinta? Memang satu topic hangat yang sentiasa dibincangkan di
kampus aku. Cuba kalau buat topic akidah ke akhlak Rasulullah? Pasti berapa
kerat sahaja yang hadir.
Aku duduk di bahagian tengah dewan. Aku datang pun
disebabkan panelnya adalah Nu’aim Adha. Kalau tidak, jangan harap aku nak
mendengar ceramah di dewan panas ini.
“Ehem…assalamualaikum. Saya Nu’aim Adha seperti yang
dinyatakan sebentar tadi. Hari ni saya bukanlah nak berceramah, tetapi hanya
sekadar berkongsi ilmu yang sedikit ini.” Nu’aim Adha mula mengeluarkan suara
emasnya.
Aku memandang Nu’aim Adha dengan tidak berkelip. Mendengar
dengan penuh khusyuk. Kadang-kadang tanganku mencatit apa yang penting.
Sesekali aku mengganggukkan kepala.
“Okay… Sekarang saya buka kepada sesiapa yang ingin
bertanya.” Nu’aim Adha bertanya. Matanya meliar pada bahagian penonton di bawah
pentas.
Kalau aku nak tanya boleh? Tapi nak tanya apa? Aci tak kalau
aku tanya ‘ Abang Nu’aim dah berpunya ke belum?’ Aku segera menggelengkan
kepala. Nak kena bahan apa?
Tiba-tiba ada seorang lelaki pergi ke hadapan iaitu tempat
yang disediakan microphone.
“Assalamualaikum. Saya Adam Syamim dari fakulti multimedia.
Saya ada tiga soalan. Pertama, salah tak kalau kita sukakan atau cintakan
seseorang? Kedua, boleh ke kita merindui seseorang misalnya makwe sebab saya
ada dengar benda ni boleh jatuh kepada zina hati, betul ke? Last, kalau kita sukakan seseorang tapi dia
dah jadi milik orang lain. Macam mana tu? Okay itu sahaja. Terima kasih.”
Aku lihat Nu’aim Adha di hadapan hanya tersenyum sambil
mengganggukkan kepalanya. Tangannya sesekali mencatat di buku nota di
tangannya. Aku tengok dia cool je. Kalau akulah, mesti dah terkucil. Dahlah
kena bercakap depan hampir ratusan orang, lepas tu ditanya dengan soalan yang
langsung tak dapat diagak macam tadi. Amik kau mamat tu tanya sampai tiga
soalan.
“Terima kasih kepada yang bertanya. Saya jawab soalan satu
dulu, tak salah kalau kita sukakan seseorang sebab itu adalah fitrah manusia. Tetapi, seeloknya pada masa
sekarang,janganlah kita bagitau atau confess dekat orang itu kerana sekarang
kita masih belum mampu untuk menanggung keperluan si dia sedangkan diri sendiri
pun masih ditanggung oleh ibu bapa. Kalau dah cukup semua, maksudnya ilmu rumah
tangga, duit, rumah, semuanya, barulah kita bagitau orang itu. Tapi, seeloknya,
jumpalah wali dia. Ingat, jauhi si dia, dekati walinya.” Panjang lebar
penjelasan Nu’aim Adha.
Aku agak dia ni mesti dah terror bab-bab agama berbanding
aku yang masih terkontang-kanting dalam bidang agama ini.
“Okay… soalan kedua pula iaitu tentang merindui orang yang
tersayang maksudnya girlfriend ataupun boyfriend. Memang betul merindui
seseorang itu boleh jatuh kepada zina hati. Namun kita kena tahu juga rindu yang
macam mana? Maksudnya dekat sini, ia akan jatuh kepada zina hati jika kita
fikir tentang perkara yang boleh menaikkan syahwat. Itu baru boleh di panggil
zina hati dan dosa zina hati ini juga sama seperti dosa zina yang
sebenar-benarnya. Tetapi, kalau setakat teringatkan gf atau bf itu adalah
fitrah. Tapi, kita kena ingat. Jangan biarkan perkara fitrah itu jatuh kepada
haram. Contohnya, makan itu fitrah tetapi jika makan benda-benda yang haram,
itu dah haram. Faham?” pertanyaan Nu’aim mendapat sambutan hampir semua orang.
Sesekali terbit senyuman dari bibirnya. Sangat kacak!
“And soalan last iaitu macam mana kalau orang yang kita suka
menjadi milik orang lain. Hmm… kalau orang kita suka tu menjadi milik orang
lain, bermakna dia bukan jodoh kitalah. Ingat, jodoh dan takdir kita telah pun Allah tulis sewaktu kita sejak
azali lagi di Luh Mahfuz Cuma masa sahaja yang menentukan. Sekiranya dia adalah
jodoh kita, halanglah macam mana pun, larilah kemana pun, tetap akan bertemu.
Macam kata pepatah, garam di laut asam di darat dalam kuali bertemu juga.”
“Okay…saya harap jelaslah apa yang saya sampaikan tadi. Ada
soalan lagi?” tanya Nu’aim Adha sambil matanya meliar ke sekeliling dewan
mencari sesiapa yang ingin bertanya.
Namun, hampir lima minit menunggu tiada siapa yang bertanya.
“Tak ada? Okay…saya anggap kamu semua fahamlah apa yang saya
sampaikan. Akhirul kalam, saya nak kalian semua tadabbur dengan firman Allah
dalam surah an-Nur ayat ke 26. Mafhumnya, Lazimnya perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki
yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat
dan sebaliknya perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan
lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka yang baik
itu adalah bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang- orang yang
jahat mereka yang baik itu akan beroleh pengampunan dari Allah dan pengurniaan
yang mulia. Sekian, assalamualaikum. ”
Aku hanya mampu mengaguminya sahaja. Sangat bagus dalam
memberi tazkirah. Yang paling membuat aku kagum adalah dia hanya menyebut
sahaja surat dan ayat al-Quran tanpa membuka kitab suci itu. Semakin mekar pula
rasa cinta ini untuknya. Nu’aim Adha, aku akan sentiasa mengingati kata-katamu
ini.
************************
November, 2012
Aku hanya duduk di rumah apabila semua orang keluar bekerja
kerana aku bekerja sebagai guru Sejarah di Sekolah Menengah Sri Penawar. Aku
hanya menghabiskan masa di hadapan tv selepas habis mengemas meja untuk makan
tengah hari tadi. Di rumah, tinggal aku dan umi sahaja. Abah akan balik petang
kerana dia bekerja hari ni manakala adik perempuanku pula memang tinggal di
asrama. Minggu depan baru balik untuk cuti semester.
Aku terdengar seperti ada kereta yang masuk ke perkarangan
rumahku. Bila kulihat, tengok-tengok makngah dengan Abang Am. Aku segera
panggil umi di dalam bilik. Aku menarik cepat tudung sarung yang disidai di
lengan sofa. Aku lihat muka makngah agak resah.
Pelik! Bukan ke lagi setahun Abang Am nak kahwin? Kenapa
resah gelisah je muka makngah aku tengok? Aku menjemput makngah dan Abang Am
masuk ke dalam. Aku hanya duduk di sofa bertentangan dengan Abang Am.
“Akak bual dululah dengan Am ni.” Pesan umi sebelum berlalu
ke dapur bersama makngah.
Makngah aku lihat menarik umi ke dapur. Aku hanya
membiarkannya sahaja sambil melayan drama kegemaran aku yang sedang ditayangkan
di tv. Abang Am? Lantak dialah. Aku dengan dia bukan ngam pun dari dulu.
Bukanlah aku suka mencari pasal dengan dia tapi aku dan Abang Am memang tak
boleh masuk sebab aku tengok dari dulu dia ni jenis pendiam tapi kalau dengan
kawan dia, laju je mulut dia membuka cerita. Aku pun malas nak menegur. Bukan
ada topic yang best pun nak cakap dengan budak engineer ni. Langsung senyap
dari tadi. Aku pun senyap jelah.
“Akak bincanglah dengan dia apa yang patut. Saya harap
sangat dengan dia kak.” Perlahan sahaja suara makngah bercakap dengan umi
ketika mereka berdua keluar dari dapur namun aku masih dapat menangkap jelas
kata-kata itu oleh sebab kedudukanku yang agak dekat dengan dapur. Aku
berfikir. Apa yang makngah dengan umi bincang tadi? Penting je sampai tarik ke
dapur, macam rahsia kerajaan je.
“Ain, makngah balik dululah, ye.” Aku terus menyalami tangan
makngah. Aku dan umi mengiringi makngah dan Abang Am keluar.
“Umi, makngah cakap apa tadi?” aku bertanya apabila kelibat
mereka berdua telah tiada.
“Tak ada apa-apalah. Sibuk je budak ni.” Umi terus naik ke
bilik setelah habis berkata. Aku lihat wajah umi pula yang resah gelisah. Aik?
Apakah yang sedang berlaku?
*********************
“Akak, umi nak cakap sikit pasal makngah tadi.” Umi
mengeluarkan suara apabila lama meja makan senyap tanpa suara. Bukan ke umi
kata tiada apa-apa tadi? Habis sekarang ni?
“Apa dia?” aku hanya berlagak selamba. Mungkin tiada yang
penting kot? Aku je yang lebih-lebih.
“Ermm.. akak tahukan Am dah tunang dan akan nikah tahun
depan?” tanya umi seperti tersekat-sekat. Aku hanya mengangguk. Mestilah aku
tahu, itupun umi yang beritahu.
“Akak… tadi makngah datang…dia cakap tunangnya Ilham nak
minta putus.” Tergagap- gagap umi mengatakannya. Aku hanya memandang umi tanpa
perasaan. Jadi? Apa kena mengena dengan aku?
“Makngah dah tempah semua. Tapi, jadi macam ni pulak….”
Sambung umi lagi.
“Jap-jap, umi. Apa yang umi nak cakap sebenarnya ni? Go to
point terus… Tak payah nak mukaddimah bagai.” Ujarku. Aku dapat rasakan sesuatu
yang mungkin akan umi katakan. Namun aku cuba untuk berfikiran positive. Umi
seperti teragak-agak untuk ke isi penting.
“Macam ni… makngah ada tanya akak. Tanya akak dah ada
boyfriend ke belum. Kalau tak ada dia nak minta akak ganti.”
“Ha?!” hampir tersedak aku dibuatnya. Segera aku capai air
di sebelahku. Aku ganti? Ingat kahwin ni macam main pondok-pondok ke?
Senang-senang macam tu je boleh jadi pengantin perempuan?
“Tak ada orang lain ke yang boleh ganti? Kawan Abang Am ke?
Takkan dia tak ada kawan perempuan lain?” Aku terus mengeluarkan pendapat aku. Mungkin
aku boleh terselamat.
“Tak ada. Makngah Cuma berharap dekat akak je sekarang ni.
Jadi, macam mana?” aku pelik mendengar tutur kata umiku. Takkanlah engineer
sekacak dia tak ada wanita yang minat. Dada masih dihentak dengan debaran yang
kuat. Kini, masa depanku seratus peratus terletak di bahuku.
Aku menghela nafas berat. Kepalaku berselirat dengan
pelbagai kemungkinan. Patutkah aku berkahwin dengan sepupuku sendiri untuk
menutup malu? Lalu, apakah akan terjadi kepada perkahwinan ini kemudian
harinya? Dapatkah aku menerima diri Abang Am sebagai seorang suami, bukanlah
seorang sepupu? Dugaan apakah ini?
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
So how was it? Hope okaylah...untuk first part. Need your comments to improve it. Thanks..:)
Thanks baby mio for your support! I appreciate it so much...hihihi :)
ReplyDelete