Tuesday, November 19, 2013

Cintaku Untukmu 3

                                       



“Apa?”  soal Rafiq. Tidak tahu apa yang cuba Daniel sampaikan.

“Alah, kau ni harap aje dah dua kali kahwin. Tulah….ermm..macam mana nak sebut ek? Ala…ni… urmm… kau dah … sentuh dia?”  tanya Daniel takut-takut. Suaranya diperlahankan.

Rafiq mengorak senyuman hambar. Rafiq menghembuskan nafasnya. Kepalanya digelengkan. ‘Tapi hampir nak terlajak…’ gerutu hatinya,

Daniel membulatkan matanya. Tidak percaya apa yang dilihatnya.

“Kau biar betul bro? Takkanlah kau tak……” Daniel memandang Rafiq pelik.

“Kau kenapa pandang aku macam tu? Aku straight lagi lah! Kalau tak celah mana pulak datangnya Qaira tu?” ujar Rafiq marah tetapi suaranya segera diperlahankan apabila terlihat ada beberapa pelanggan lain menjeling-jeling ke arah mereka berdua.

“Tak adalah. Macam tak percaya aje. Biasanya orang lain first night dah terkam. Lagi-lagi orang macam kau yang kurang kasih sayang ni. Lagilah…” Daniel bersuara. Tawanya cuba ditahankan.

“Kau jangan…… orang lain makan nasi, kau makan kasut aku.. Nak?”

“Yelah…yelah. Kau ni….. sejak ada bini, sikit-sikit nak sentap. Tapikan, kenapa ek kau tak ehem…ehem ha? Dah nak dekat seminggu ni? Nanti melepas macam mana?” soal Daniel. Tawanya meletus apabila melihat mata Rafiq sudah terjegil.

“Kau nikan…… eee…… kecik beso kecik besooo je aku tengok. Dah lama nak rasa penumbuk aku ke?”

“Woi kawan…relaks ah. Aku gurau sikit je nak marah. Dah aku nak sarapan ni, kau jangan kacau aku. Dah la kacau aku pagi-pagi. Tahulah dah sarapan kat rumah.”


***********







“Abang……?”

“Ye sayang.”

“Bila abang balik? Sha tak perasan pun.” soal Safiyya tatkala terasa ada yang sedang berjalan di wajahnya sewaktu dia tertidur di atas sofa. Penat menanti Rafiq pulang daripada berjumpa dengan kawannya.

“Mana nak perasan kalau mata ni tertutup.” Senyuman terukir di bibir Rafiq. Jarinya bermain di mata Safiyya. Pipi gebu Safiyya dikucup sekilas. Geram melihat pipi itu.

Safiyya melihat keadaan Rafiq yang berlainan dari pagi tadi. Rafiq sudah menjadi Rafiq yang dia kenal. Safiyya berharap Rafiq tidak berjauh hati dengannya. Tadi, puas dia mencari sumber-sumber bacaan dari internet berkenaan hubungan suami isteri menurut pandangan Islam. Banyak dia belajar daripada sumber-sumber itu.

“Sayang berangan eh? Sayang ni comellah. Abang yang handsome yang ada kat depan mata ni pun tak nak pandang?” Rafiq menarik lembut hidung Safiyya.

Safiyya memandang Rafiq lama. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

“Sayang, janganlah pandang abang macam ni.,. tergoda abang tau” kata Rafiq lantas tangannya mengusap pipi Safiyya.

“Abang, Sha nak tanya sikit, boleh?”

“Apa dia sayang…? Tanya apa pun boleh…” ujar Rafiq lantas mengambil tempat di sebelah isterinya. Tangan Rafiq meliar di wajah bersih Safiyya. Macam-macam disentuhnya. Habis di wajah, rambut hitam Safiyya yang separas dada dibelainya.

“Abang…ermm….pasal pagi tadi tu……” tutur kata Safiyya menghentikan perbuatan Rafiq.
“Pasal tu sayang lupakan ajelah. Abang yang salah. Abang tak patut buat sayang macam tukan. Abang tahu sayang belum bersedia. Abang je yang lebih.”  Kata Rafiq sambil tersenyum hambar.

“Abang……”

“Dahlah, jom kita solat zohor. Dah masuk pun.”


**********************


Sebentar tadi mereka berdua sudah solat isyak berjemaah sesudah makan malam bersama. Mereka berdua juga sempat meluangkan masa menonton televisyen bersama. Kini, Rafiq sedang menyiapkan tugasan kerjanya di meja kerja yang terletak di sudut bilik tidur mereka. Jam di dinding menunjukkan sudah hampir pukul 10 malam.

Kecut perutnya tatkala melihat biasan imej dirinya dari cermin di bilik air. Baju nipis berwarna hitam itu hanya menutupi sebahagian dadanya sehingga ke paras setengah paha dan mempunyai tali halus yang diikat di belakang tengkuk. Jika ditarik sahaja tali di belakang tengkuknya, pasti terlucut baju satin ini. Sangat jarang baju ini, sehingga nampak apa yang ada di dalamnya.

Hadiah pemberian ibunya semasa hari perkahwinannya. Itulah satu-satunya baju yang paling seksi yang dimilikinya. Pada mulanya, dia agak terperanjat kenapa ibunya memberikan hadiah sebegini, tetapi baru sekarang dia mengerti.

‘Isteri perlu menggoda suami. ’ Itulah yang dia dapat rumuskan daripada pembacaan tengah hari tadi.  Berbekalkan semangat dan doa, digagahkan jua kakinya untuk keluar dari bilik air. Matanya meliar mencari Rafiq. Rafiq sudah tidak ada di meja kerjanya. Apabila kepala ditoleh ke sudut sebelah lagi, dilihat Rafiq sedang leka menonton televisyen. Mungkin Rafiq tidak sedar yang dia sedang berdiri di sini.

Rafiq menoleh pandangan ke arah bauan yang amat mengasyikkan. Pandangannya mati pada sosok tubuh isterinya yang semakin menghampiri.






Safiyya mengambil tempat di atas ribaan Rafiq. Dilihatnya Rafiq seperti terkejut melihat dirinya seperti ini. Dia juga sebenarnya. Walaupun debar di dada bagai mahu pecah, namun dia tetap juga menguatkan dirinya untuk meneruskan apa yang dirancang sebentar tadi. Tangan Safiyya naik membelai dada Rafiq yang terdedah. Jemarinya sudah bergetar ketakutan.

Paluan jantung Rafiq bagaikan sudah tidak sekata. Desah nafasnya juga sudah agak kasar. Namun, untuk terus memulakan aksi, dia takut. Takut dirinya dikecewakan sekali lagi. Sebenarnya, Safiyya tidak perlu membelainya seperti ini. Dengan hanya berpakaian seperti itu, Safiyya sudah mampu menggodanya.

“Sayang…?” Rafiq mula mengeluarkan suara sensualnya tatkala dirinya bagaikan seperti tidak dapat dikawal. Mahu mendapatkan keizinan dari isterinya terlebih dahulu.

“Ermm…” Safiyya menyahut dengan suara manjanya. Jarinya menjalar ke wajah Rafiq. Dari dahi turun ke hidung dan diakhiri di bibir merah jambu Rafiq. Diliarkan jarinya di sekitar bibir Rafiq.

Perbuatan Safiyya seakan membenarkan dirinya disentuh. Rafiq dengan wajah yang nakal terus mendekati wajah Safiyya, jantung Safiyya berdegup kencang bagai kompang dipalu. Wajah tampan Rafiq cuba menciumnya kini. Rafiq menarik lembut tangan Safiyya agar berdiri bersamanya.

Kaki Safiyya dijengket. Tangannya didepangkan kemudian merangkul leher suaminya agar wajah mereka didekatkan. Terhenti nafas Rafiq menanti tindakan isterinya yang agak manja dan menggoda itu. Sebuah ciuman dihadiahkan ke pipi suaminya.

Tindakan yang berjaya membuatkan Rafiq terkejut dan mengocak kembali keinginannya pada si isteri. Ubun-ubun isterinya dikucup lama. Rafiq seperti berdoa sesuatu. Doa sebelum suami menyentuh isterinya.

Safiyya malu tapi lama-lama terbuai sama. Terasa dirinya dicempung oleh Rafiq ke katil mereka dan Rafiq meletakkan dirinya di atas katil dengan lembut.Dua jiwa akhirnya bersatu.
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit di sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi Cuma satu yang akan menjadi igauan pemujanya.

Malam itu berlalu dengan sebuah kenangan yang terindah dalam hidup mereka. Moga-moga malam-malam lain juga seindah malam ini.


******************



“Morning, sweetheart…” Rafiq mengejutkan Safiyya perlahan. Rafiq tersenyum melihat Safiyya yang berselimut sehingga ke paras dada itu.  Jam baru pukul enam pagi. Masih terlalu awal untuk bangun pada hari minggu. Rafiq mengusap lembut mata tertutup Safiyya.

Safiyya menggerakkan sedikit badannya apabila terasa ada sentuhan pada bahagian wajahnya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Matanya disajikan dengan wajah tampan suaminya yang sedang tersenyum manis. Apabila Safiyya teringatkan peristiwa hangat semalam, dia jadi malu sendirian. Selimut ditarik hingga menutupi wajahnya yang berbahang.

Rafiq tertawa kecil tatkala melihat sekilas wajah Safiyya yang memerah. Mungkin malu dengan apa yang terjadi malam tadi. Rafiq menarik lembut selimut ingin melihat wajah Safiyya. Kata orang, cantik sekali apabila melihat wajah orang tersayang bangun dari tidur.
Safiyya terus menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya. Bibirnya mengorak senyuman.

“Sayang… kenapa ni? Malu……?” ujar Rafiq lalu tertawa kecil. Matanya tidak lepas memandang wajah Safiyya.

Perlahan-lahan Safiyya menurunkan tangannya tetapi matanya masih tertutup rapat. Senyumannya disembunyikan. Aci tak kalau dia pura-pura tidur?

“Sayang ni… comellah. Tak nak pandang muka abang yang handsome ni ke? Tak apalah kalau macam tu abang pergi dulu…”

Suasana hening dirasakan oleh Safiyya. Mungkin Rafiq pergi mandi agaknya. Perlahan-lahan matanya dibuka. Terkejut dirinya tatkala melihat Rafiq yang elok berbaring menghadapnya. Mata Rafiq juga tidak lepas daripadanya.

“Yay… akhirnya sayang bangun  jugak… Sayang ingat senang nak tipu abang? Ha?” Rafiq mengoyakkan senyuman. Tangannya mencari sasaran iaitu di pinggang Safiyya. Baru kini dia tahu bahawa Safiyya amatlah sensitive di bahagian pinggang dah leher.

Bilik tidur yang tadinya sunyi riuh dengan tawa riang Safiyya dan Rafiq.

“Sayang… thanks pasal semalam. Abang happy sangat. Dahlah, dah lewat ni nak solat subuh. Abang nak mandi. Wanna join me?” tanya Rafiq sambil menunjukkan senyuman nakalnya.
“Tak naklah. Abang mandi dulu. Sha nak kemas bilik dulu.”

“Okaylah kalau macam tu. Jangan lupa kutip baju yang ada kat bawah katil tu, ye?” tutur Rafiq lantas tertawa kecil apabila melihat wajah memerah Safiyya. Laju sahaja Rafiq masuk ke dalam bilik mandi tatkala melihat Safiyya yang sudah bersedia dengan bantal kecil di tangan. Pasti hendak baling! Tawa Rafiq kedengaran lagi di dalam bilik  mandi.

Apabila Rafiq sudah masuk ke dalam bilik air, Safiyya terus bangun sambil membalutkan badannya dengan selimut. Langkahnya dituju ke almari untuk mengambil baju dan kain batik untuk dipakai sementara menunggu Rafiq siap mandi. Bolehlah dia mengemas apa yang patut dalam bilik tidur mereka.


***********************

“Sayang lepas ni jom kita pergi shopping barang-barang dapur, nak? Lepastu belilah apa yang sayang nak sekali.” Kata Rafiq selepas bersarapan bersama isterinya. Hari ini hari minggu bolehlah dia spent time dengan ister tercinta.

“Okay… kejap ek. Sha siap dulu”




Setibanya mereka di Carefour di Subang Jaya mereka terus pergi ke tempat yang menjual barang-barang dapur. Rafiq menolak troli dengan sebelah tangan manakala sebelah tangannya lagi bersulam dengan jemari Safiyya. Safiyya hanya membiarkan.

Rafiq hanya mengangguk apabila Safiyya bertanya hendak mengambil itu ini. Baru kini dia tahu bahawa Safiyya seorang yang berjimat cermat. Sungguh berlawanan betul sifat Safiyya dengan bekas isterinya dulu. Safiyya juga akan mengambil apa yang dia suka sahaja dan jika Safiyya tidak tahu hendak pilih yang mana, Rafiqlah yang menjadi memilihnya.

“Sayang nak makan dekat mana hari ni?” tanya Rafiq setelah mereka berdua habis membeli barang dapur. Tidaklah banyak mana kerana hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di rumah.

“Dekat mana-manalah. Sha tak biasa lagi dekat area Subang ni.”

“Okay… kalau macam tu sayang nak makan makanan macam mana? Masakan Melayu? Italian? Western?” tanya Rafiq prihatin.Tangan kirinya turun dari stereng kereta lalu mengusap lembut tangan Safiyya lantas dibawa tangan Safiyya ke bibirnya.

“Ermm… Sha tak selera sangat dengan western ni. Masakan Melayu ajelah. Abang macam mana?” ujar Safiyya membiarkan tanggannya dalam genggaman Rafiq. Sudah berbuih mulutnya menegur perbuatan Rafiq yang ini, sungguh membahayakan untuk pemanduan. Namun Rafiq hanya mendengar sahaja, buatnya tidak.

“Abang kalau ada Sha, dekat mana-mana pun abang sanggup makan.”

Setelah sampai di Restoran Garden Height di Subang Jaya mereka memesan makanan. Mereka mengambil tempat yang agak tersorok. Rafiq duduk berhadapan dengan isterinya. Tidak banyak yang mereka pesan, Tom Yum campur, sotong kangkung, telur bungkus dan nasi putih bersama air Laici tentunya untuk Safiyya manakala Rafiq memesan air tembikai susu.

Mereka berdua makan sambil diiringi dengan gelak tawa. Safiyya tidak malu apabila Rafiq menarik lembut tangan Safiyya dan mengucupnya. Rafiq memang gemar begitu. Safiyya juga tiada halangan untuk itu.

“Sayang nak shopping baju ke apa?” tanya Rafiq selepas mereka habis makan.

“Tak apalah. Sha tak ada apa nak beli. Kita balik ajelah. Dah masuk zohor pun. Nanti lewat, siapa susah?” kata Safiyya membalas pertanyaan suaminya. Lagipun, dia bukanlah seorang yang suka shopping atau seangkatan dengannya. Hanya akan shopping apabila perlu sahaja. Baginya, shopping adalah satu pembaziran. Satu, membazir duit. Dua, membazir masa dan tenaga. Nampak tak banyak pembaziran di situ?

“Betul ni? Abang nak belanja tau.” Beria-ria Rafiq bertanya. Baginya, sangatlah pelik jika seorang wanita menolak apabila diajak membeli-belah terutama apabila sudah ada ‘banker’ di sebelah.

“Betul! Dahlah jom balik.”

“Betul? Are you sure? Abang belanja ni… Belilah baju ke tudung ke? ” Rafiq tanya lagi.

“Ya… sangat-sangat sure. Nanti bila Sha nak, Sha mintalah. Masa tu kalau abang tak bagi… siap abang!” balas Safiyya. Ayat terakhirnya diakhiri dengan tawa kecil. Bukanlah permintaan sebenarnya, hanya untuk mengambil hati suaminya sahaja.

“Okay…kalau macam tu kita balik jelah. Betul ni?” Rafiq tanya lagi. Meminta kepastian sekali lagi.

“Kita balik, okay…”


********

Hari ini genaplah 5 bulan usia perkahwinan mereka. Hari-hari yang dilaluinya sungguh membahagiakan. Walaupun ada sekali-sekala perselisihan faham antara mereka suami isteri namun Rafiq memainkan peranan yang sangat besar dalam mengemudi bahtera perkahwinan mereka berdua. Rafiq pasti berbincang dengannya dahulu walaupun hanya perkara yang kecil.

Rafiq juga pernah memohon maaf kepadanya kerana tiada masa untuk membawanya pergi berbulan madu. Tetapi, bagi Safiyya cukuplah mereka berdua bahagia bersama. Itupun sudah cukup.

Jam di dinding baru menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Safiyya sabar menanti suaminya untuk makan tengah hari bersama. Memang sepanjang tempoh perkahwinan mereka, Rafiq pasti akan makan tengah hari di rumah melainkan Rafiq ada meeting dengan clientnya, barulah Safiyya akan makan seorang di rumah. Lagipun, jarak perjalanan dari pejabat Rafiq ke rumah mereka hanya mengambil masa selama 15 minit perjalanan.

Hidangan sudah tersedia di atas meja makan. Hari ini dia memasak lauk kegemaran Rafiq iaitu ikan keli masak lemak cili api. Pada mulanya dia agak gentar untuk dia menyiang ikan keli yang masih nyawa-nyawa ikan itu. Sudah dibiarkan ikan itu di dalam singki hampir dua jam, namun ikan itu masih juga hidup lantas dia mengambil keputusan untuk memotong bahagian badan ikan itu supaya lebih cepat dia mati.

 Pernah juga terlintas di hatinya sebentar tadi untuk memasak ayam sahaja tetapi apabila terbayang sahaja wajah suaminya, digagahi juga tangannya untuk menyiang ikan itu. 






Akhirnya, siap juga ikan keli masak lemak cili api. Selain ikan keli masak lemak cili api, dia juga ada memasak ayam masak kicap serta sambal belacan. Itu juga kegemaran suaminya.
Diteleknya sekilas penampilannya sendiri pada cermin besar yang digantung pada dinding ruang tamu. Dress pemberian suaminya semasa ulangtahunnya yang ke 25 tahun ini. Dress berwarna pink lembut ini panjangnya separas paha, berlengan pendek dan mengikut bentuk badan. Dia hanya berani untuk memakainya di rumah sahaja oleh sebab perwatakan wanita muslimah yang sering dibawanya apabila keluar dari rumah.





Penat menanti di meja makan, Safiyya mengambil keputusan untuk duduk di ruang tamu untuk menonton televisyen sementara menunggu suaminya pulang. Sepatutnya waktu sebegini, suaminya pasti sudah pulang ke rumah.

Ah, mungkin abang tersangkut dalam jammed kot, telahnya. Lama-kelamaan, kepala Safiyya semakin menunduk lalu tertidur di atas sofa akibat terlalu lama menunggu kepulangan suaminya.


*****************************



Rafiq mengerling jam di tangannya, sudah menunjukkan jam 1.45 petang. Dia baru selesai solat zohor. Dia sudah terlewat untuk makan tengah hari di rumah. Tadi, dia ada perbincangan dengan Encik Firdaus, CEO syarikat Berjaya Holdings, tempat bekerjanya. Walaupun usia CEO syarikatnya masih muda daripadanya namun dia tidak dapat menafikan kredibiliti Encik Firdaus memang mengagumkan.

Nampaknya makan di kedai bawah sahajalah dia hari ini. Sudah beberapa kali dia menelefon isterinya di rumah namun semua panggilannya tidak berjawab. Setelah puas mencuba, Rafiq langsung menghantar mesej kepada isterinya mengatakan bahawa dia tidak dapat makan tengah hari di rumah. Namun tetap tiada balasan daripada isterinya.

Ah, mungkin Safiyya tengah menunggunya dan telefon pula di dalam bilik. Fikir Rafiq mahu menyedapkan hatinya.

Rafiq terus ke kedai makan berhampiran dengan pejabatnya. Nampaknya dia seorang sahaja yang masih belum makan. Terpaksalah makan seorang diri. Makanan di situ boleh tahan sedapnya namun tetap tidak boleh melawan masakan isterinya yang tercinta.

Nasi campur menjadi pilihan Rafiq. Rafiq duduk di tempat terbuka oleh sebab tempat itu sahaja yang masih kosong. Rafiq makan tanpa menghiraukan sekelilingnya.

“Abang…”

Rafiq mengangkat kepalanya tatkala terdengar ada orang seperti memanggilnya. Terhenti suapan Rafiq tatkala melihat tubuh itu di hadapannya.


“Alisha?”

Cintaku Untukmu 2




“Macam mana dengan rumah ni?” tanya Rafiq. Mereka baru pindah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat ini. Kini, dia dan Safiyya sedang duduk berehat di sofa kulit yang terletak di tengah-tengah ruang tamu setelah penat memunggah barang dan menyusunnya ke dalam rumah itu.

“Ermm…rumah ni cantik. Tema dia pun warna biru. Abang suka warna biru, eh?” tanya Safiyya. Setahunya, Rafiq gemar warna hijau. Usah diragukan lagi, lihat sahaja aksesori kereta, rim kereta, pencil case, serta barang-barang peribadi Rafiq. Hampir kesemuanya berwarna hijau.

“Eh, tanya abang pulak. Biru tukan warna favourite sayang.”

“ Mana abang tahu favourite colour Sha warna biru?” tanya Safiyya lembut. Terasa hangatnya pelukan suaminya. Tangan Rafiq melingkar kemas di pinggang Safiyya manakala Safiyya melentokkan kepalanya ke dada bidang suaminya. Senyuman terukir pada kedua-dua pasangan tersebut.

“Mana abang tahu? Ermm… kalau abang cakap yang… abang tahu semua pasal sayang, sayang percaya tak?” Rafiq berkata seolah-olah bermain tarik tali bersama isterinya.

“Hah? Tipulah. Macam mana abang tahu? Sha mana pernah cakap apa-apa kat abang.” Safiyya mengangkat kepalanya memandang wajah tampan di sebelahnya.

“Okay… sayang tak percayalah ni? Cuba test tanya abang.” Rafiq berkata yakin.

“Okey. Ermm… apa makanan favourite Sha?”

“Asam pedas ikan pari dengan ayam masak merah.”

“Favourite drink?”

“  air Laici”

“Hobi?”

“Baca novel.”

“Cita-cita Sha masa kecil? Mesti abang tak tahu, kan?”

“Cita-cita sayang masa kecik nak jadi doctor, kan? Lepastu bila dah besar, tup…tup tak kerja lagi. Hahaha…”

“Ala…abang ni.. Bukan Sha tak nak kerja lagi. Lagipun Sha muda lagi baru 25 tahun. Abang tu yang dah tua. Sha baru graduate bulan lepas. Bila baru nak cari kerja, tup..tup ada orang masuk meminang. Hahaha…”

“Eleh, kenakan abang baliklah ni. Hello, abang tua tiga tahun je dari sayang. Tak ada lah tua sangat kot.”

Gelak tawa mereka meriuhkan suasana rumah yang sunyi.

“Ermmm….apa lagi nak tanya, eh?” Selepas tawa mereka sudah reda, Safiyya bertanya lagi kepada Rafiq. Masih tidak berpuas hati sebenarnya. Safiyya sudah buntu hendak tanya apa. Semua jawapan yang diberikan suaminya sangat tepat.

“See? Abang dah cakap. Abang tahu semuanya. Kalau sayang nak suruh abang ceritakan pasal sayang pun, abang boleh buat karangan 10 muka surat tau.” Ujar Rafiq.

Kening Safiyya terjongket.

“Apa? Sayang tak percaya lagi? Okey.. abang cerita, eh?” Tangan Rafiq makin erat memeluk pinggang Safiyya. Ubun-ubun isterinya dikucupnya sekilas.

“Sayang pandai masak makanan Melayu tapi sayang paling takut nak siang ikan keli dengan ikan haruan. Sayang mudah cemburu, penyayang, setia, suka ketawa dan buat orang ketawa, susah nak tengok sayang menangis, sayang akan jadi pendiam bila sayang merajuk. Ermm… apalagi?”

“Okey, Sha tak nafikan apa yang abang cakap semua tu betul. Tapi mana abang tahu semua benda ni?” giliran Safiyya bersuara. Masih musykil bagaimana suaminya boleh tahu tentang keperibadiannya. Mereka pun baru dua hari bernikah. Satu tempoh yang sangat baru bagi mereka.

“Sebenarnya, abang tanya kat ibu dengan ayah. Mula-mula dia orang pelik juga. Tapi, lama-lama dia orang yang buka cerita. Abang dengar ajelah.” Ujar Rafiq.

“Sayang, hari ni kita makan kat rumah, ye. Abang teringin nak makan masakan sayang. Mesti sedap, kan? Barang-barang dapur semua abang dah penuhkan kat dapur tu. Cakap aje nak apa. Ayam? Udang? Ikan? Semua ada.” tutur Rafiq. Dikerling jam di dinding yang menunjukkan pukul 6.35 petang.


******************************


Safiyya terjaga dari tidur pada pukul 6 pagi seperti biasa. Tangan Rafiq melilit kemas pinggangnya. Dia juga tidak sedar  tangannya juga melingkar pada pinggang suaminya. Hela nafas Rafiq tenang. Safiyya langsung tidak sedar bila Rafiq tidur di sebelahnya kerana malam semalam dia tidur awal kerana terlalu mengantuk manakala suaminya masih menghadap laptop bagi menyelesaikan tugasan kerjanya.

Mereka sangat rapat ketika ini kerana hanya beralaskan bantal yang sama. Perlahan-lahan, tangan Rafiq yang melingkar di pinggang Safiyya dilurutkan. Dia perlu mandi sekarang.
Oleh sebab Rafiq yang masih diulit lena, Safiyya tidak membawa baju untuk ditukarkan ke dalam bilik air seperti biasa yang dilakukan di rumahnya.

Selesai mandi, Safiyya hanya keluar dari bilik air di dalam biliknya dengan hanya bertuala. Rambutnya masih lembab. Satu tabiat dia adalah mesti syampu setiap hari supaya rambut tidak diserang kelemumur.Tadi, dia tersilap mengambil tuala. Sepatutnya tuala yang besar patut dicapainya tapi dia terambil tuala yang singkat.

Tuala tersebut hanya menutupi dari dadanya hingga ke paras setengah pehanya. Tersangatlah malu tetapi memikirkan Rafiq yang masih tidur, digagahkan jua kakinya keluar dari bilik air. Langkahnya terus ke almari baju tanpa sempat mengerling ke arah Rafiq.

Dalam kelam kabut mencari pakaian dari dalam almari, tiba-tiba terasa ada tangan sasa melingkar di pinggangnya. Tangan Safiyya terus berhenti bergerak. Badannya seakan terkena renjatan elektrik. Kaku.

“Sayang…” serak suara Rafiq menandakan dia baru bangun dari tidur.

Desah nafas Rafiq agak laju dan kasar juga dirasai oleh Safiyya. Terasa tengkuk dan bahunya dicumbui Rafiq. Tuala putih yang membaluti tubah Safiyya sudah terlucut dari badannya dan kini tiada Seurat benang pun ada pada badannya. Safiyya sudah kecut perut namun dia juga seperti merelakan perbuatan Rafiq ke atasnya. Adakah sekarang dia perlu menyerahkan dirinya?

Perlahan-lahan Rafiq menariknya menuju ke katil. Badannya dihempas lembut ke atas katil. Rafiq menindih badan Safiyya sambil tengkuk dan dada Safiyya yang putih dan gebu diciumnya. Bibirnya memaut lembut bibir mungil Safiyya.

Safiyya yang tersedar bahawa dia dan juga Rafiq masih belum menunaikan solat subuh, terus menghalang Rafiq. Tangannya menolak Rafiq lembut namun Rafiq masih meneruskan perbuatannya. Lalu, Safiyya tiada pilihan lain terus mengigit tangan Rafiq yang singgah di bibirnya.

Rafiq termangu-mangu apabila terasa perit jarinya akibat digigit Safiyya.
“Kenapa sayang? Sayang tak selesa ke?”

“Bu..bukan. Tapi, ki..kita tak solat subuh lagi.” Safiyya membalas soalan Rafiq tergagap-gagap.

“Oh…kalau macam tu abang mandi dululah.” Tutur Rafiq perlahan. Nada suaranya jelas menunjukkan bahawa dia sungguh kecewa dengan penolakan isterinya. Ah, aku yang mendesak sangat. Mungkin dia belum bersedia, desis hati Rafiq.

Usai Rafiq mandi, Safiyya sudah bersedia dengan telekungnya dan sejadah sudah terhampar mengikut arah kiblat. Rafiq terus mencapai baju melayu hijau dan kain pelikat yang telah disediakan oleh Safiyya untuknya. Dilihat katil juga telah kemas.

Safiyya menunggu Rafiq di atas tikar sejadah sambil berzikir. Hatinya masih berdebar kencang apabila mengingatkan peristiwa tadi. Tidak tahu bagaimana hendak bereaksi selepas ini.

“Abang, kita berjemaah ye.” Safiyya menutur lembut sambil mengerling sekilas wajah Rafiq.

Rafiq hanya mengangguk. Lantas mengambil tempatnya di hadapan Safiyya lalu mula iqamat.


****************************






Safiyya teringat akan pesanan Ustaz Hamidi semasa menghadiri kursus pra-perkahwinan lepas. Hak suami wajib ditunaikan oleh sang isteri setelah si suami sudah mencukupi segala tanggungjawabnya terhadap sang isteri. Bukanlah hak dari segi zahir sahaja malahan juga hak dari segi batin.

Memang Rafiq tidak pernah memaksa tapi dia pula rasa serba salah. Dia tahu kadang kala Rafiq terlepas laku dalam tak sedar. Peristiwa pagi tadi bagaikan diulang tayang dalam kotak memorinya.

“Abang, abang marah ke pasal tadi.” Tanya Safiyya sambil memasukkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Sebenarnya dirinya masih malu tetapi dia tidak senang dengan perangai suaminya yang pendiam sejak pagi tadi. Terasa sangat janggal sekali . Pagi ini dia hanya sempat memasak nasi goreng ‘campak’ sahaja. Itu sahaja yang dirasakannya cepat dan senang.

“Hah? Eh, tak adalah.”

“Dah tu kenapa abang senyap aje dari tadi.”

“Tak ada apa nak cakap. Kejap lagi abang nak keluar jumpa kawan sekejap. Sha nak ikut tak?” tanya Rafiq melencongkan perbualan dia dan isterinya.

“Tak pelah. Sha duduk rumah aje. Kemas apa yang patut.”


**************************


“Woi, kau kenapa? Dari tadi mengelamun aje. Takkan tak sampai seminggu kahwin dah gaduh kut?” sergah Daniel dari belakang Rafiq. Tadi, Rafiq ada menelefonnya meminta untuk berjumpa di tempat biasa pagi-pagi buta. Tapi, tak adalah buta sangat, dah pukul 9 pagi sebenarnya.

“Kau ni…nasib baik tak terburai isi perut aku. Kau kenapa tetiba datang dari belakang ni? Bukan pintu masuk restoran di kat depan ke?”

“Memanglah. Dah aku panggil kau banyak kali, kau tak dengar aku tepuklah belakang kau. Itupun nak sentap. Relaks sudah…”

“Wei…kau kenapa ni? Aku ingat kau honeymoon lagi dengan Safiyya tu, Kaukan cuti seminggu. Sekarang ni aku tengok muka kau macam ada masalah je ” Daniel mula serius tatkala melihat wajah Rafiq yang tiada perasaan. Biasanya mereka akan berlawan kata sehinggalah mereka berdua sama-sama gelak. Tapi, lain pula hari ini.

“Tak adalah.”

“Dah tu? Kau gaduh dengan Safiyya?” Daniel bertanya sambil matanya tidak lepas memandang Rafiq. Suasana hening tatkala pelayan menghantar minuman mereka.

“ Aku tak tahulah nak cakap macam mana. Nak kata bergaduh, tak ada pulak. Tapi…… entahlah. Serabut kepala aku pikir” Rafiq mula bersuara apabila pelayan tadi pergi jauh dari mereka.

“Kenapa? Apa masalahnya sekarang? Cuba cerita slowly kat aku.” Daniel pelik dengan sahabatnya ini. Sudah lama dia kenal dengan Rafiq semenjak dari university lagi. Mereka berdua mengambil jurusan electric engineering di university yang sama. Sejak itu  mereka berdua rapat sehingga tiada rahsia lagi antara mereka. Semua rahsia Rafiq, Daniel tahu dan juga sebaliknya,.

 “Okey firstly, aku tak ada masalah pun dengan Safiyya tu tapi …… entahlah. Aku keliru. Sebenarnya aku kahwin dengan dia sebab aku suka dia ke sebab aku tercabar dengan sikap Alisha tu….. pun aku tak tahu. Okey, terus terang aku cakap memang aku suka dengan Safiyya. Sikap dia…telatah dia… aku suka. Tapi, sekarang ni aku jagi berbelah bahagi.” Luah Rafiq segala-galanya. Dia percaya pada Daniel. Jadi, tiada masalah jika dia berkongsi dengan Daniel.

“Wow…wait a minute. Alisha cabar kau? Aku tak tahu pun!”

“Oh..yang tu pun satu hal jugak. Memang aku tak cerita kat kau. Kau ingat masa dia nak minta cerai kat aku?” Rafiq mula membuka cerita lama.

“Okey.. Tu aku tahu kau ada cerita. Dia minta cerai sebab nak ikut  ex-boyfriend dia balik. Tu je yang kau cerita.” Ujar Daniel memberi respons.

“ Lepastu aku cakap kat dia apa kata kita bincang dulu. Tapi, dia terus keluar dengan bawak beg bagasi dia. Aku cuba tahan dia. Pujuk dia. Tapi, dia cakap dia dah tak sanggup nak hidup dengan aku. Katanya, bosan asyik disuruh itu ini. Kau pun tahu kan, aku bukannya suruh dia duduk rumah jadi suri rumah pun, just cuba balik kerja awal uruskan makan minum aku dengan Qaira tapi apa dia buat? Dia pulak suruh aku cari pembantu rumah. Okey, pasal tu aku mengalah. Lepastu bila aku suruh dia jaga pemakaian, lagilah dia melenting. Aku bukan suruh dia pakai tutup litup macam mak arab tu, tak. Aku suruh jaga je. Tapi, makin ditegur, makin singkat skirt dia, makin jarang baju dia, makin terdedah sana sini. Aku pun bukanlah alim sangat dalam bab agama ni. Tapi, aku setakat halal haram tu aku pass lah. Then, Alisha cakap, aku macam nak kongkong hidup dia. Dia cakap, tak ada perempuan pun yang sanggup kahwin dengan aku kalau aku terus dengan sikap aku yang macam tu. Lepas kita orang bercerai, dia cabar aku, dia nak tengok aku kahwin dengan perempuan yang macam mana. Hak penjagaan Qaira pun dia nak juga. Aku ni ayah Qaira langsung dia tak kasi jumpa. Sekarang ni kat mana pun aku tak tahu. Merata aku cari. Aku pun dah malas nak cara dah.” Rafiq meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

“Habis tu, apa kena mengena pulak dengan cabaran dia dengan perkahwinan kau dengan Safiyya?

“Kau pun tahukan, aku kahwin dengan Safiyya tak sampai setahun aku bercerai dengan Alisha. Sebenarnya mula-mula masa aku nak berkenalan dengan Safiyya, aku tengok dia macam ada rupa macam isteri yang Alisha cabar aku masa tu. Ala-ala suri rumah, pandai serba- serbi, pakaian pun bertutup. Aku pun cadang nak ambil Safiyya jadi isteri. Bila dah dekat hari perkahwinan kami, aku pun post kad kahwin aku pada Alisha. Aku pasti dia terima sebab aku hantar email lepas tu aku hantar kat kampung di kad kahwin tu. Aku nak dia tahu yang aku pun boleh hidup tanpa dia.” Rafiq berkata sambil meraup mukanya.
“Kau ni beratlah. Aku tahu kau ni orang yang pantang dicabar, tapi takkanlah pasal benda kecil macam ni pun kau nak…… main-main.”

“Sebab tu lah aku serabut sekarang ni”

“Okay, macam ni. Kau kan baru lima hari kahwin, tapi aku nak kau jujur dengan aku. Kau dengan Safiyya dah …… ehemm…. Ermm…yelah...aaa”

                                                                                                 

Monday, November 18, 2013

Cintaku Untukmu 1


Safiyya merenung ke luar jendela biliknya. Matanya berlari ke dada langit yang penuh dengan bintang.yang bersinar terang. Senyuman bahagia terlukis di bibirnya. Angin sepoi-sepoi menampar lembut pipi Safiyya. Safiyya menghembus udara perlahan.Terasa sangat indah tika ini.





Beberapa jam tadi dia dah Rafiq sah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah diadakan di masjid berdekatan dengan rumahnya. Tiada persandingan….tiada majlis berinai….tiada makan beradab. Majlis nikah pun hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak serta sahabat rapat sahaja. Dia yang minta sebegitu kerana dalam Islam hanya akad yang penting.

Berkahwin dengan pilihan sendiri. Siapa yang tidak bahagia? Perkenalan singkat antara Safiyya dan Rafiq akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Hubungan mereka sebelum ini tidaklah seperti pasangan yang lain.Tidak berkepit ke sana sini, tidak berpegangan tangan, tidak keluar berdua-duaan. Kalau hendak bertemu pun, pasti Safiyya akan membawa kakaknya bersama. Begitu juga Rafiq, dia akan membawa rakan baiknya.

Setelah mengenali Rafiq melalui sekeping biodata yang diberi oleh sahabatnya, dia membaca dengan penuh teliti. Apabila matanya terpandang akan status Rafiq, dia berhenti seketika dan membacanya semula.
Baru pertama kali, dia melihat biodata sebegitu. Biasanya di bahagian status, pasti akan tertulis single atau seangkatan dengannya walaupun sudah mempunyai anak dua orang. Tapi, kali ini Rafiq menulis ‘duda’. Apabila dilihat pada usianya yang baru 28 tahun, dia kaget. Mudanya dah jadi duda….

Safiyya tertarik dengan cara pergaulan Rafiq yang menjaga batas-batas pergaulan. Sangat susah untuk dia jumpa sifat-sifat lelaki sebegitu pada masa ini. Rafiqlah orang yang pertama dia jumpa dan terus dia jatuh hati.
Terasa tangan sasa melilit di pinggang ramping Safiyya dari belakang. Safiyya hanya membiarkannya walaupun ada debar di dada. Dia bahagia dilayan begitu. Terasa dirinya disayangi dan dihargai.
“Patutlah dari tadi abang cari tak jumpa-jumpa. Rupanya ada kat sini. Sayang buat apa kat sini?” tanya Rafiq perlahan. Dagunya diletakkan di atas ubun-ubun isterinya.

“Tak buat apa-apa pun.” Balas Safiyya. Suaranya perlahan sekali seperti bercakap seorang diri. Tidak tahu hendak berbual apa dengan suaminya. Sesungguhnya dia tidak pernah sedekat ini dengan lelaki lain. Batas pergaulan sangat dititikberat olehnya sedari kecil lagi.

“Ke… sayang tunggu abang? Hermm…?” tanya Rafiq lagi. Dia memusingkan badan isterinya setelah isterinya hanya diam seribu bahasa. Rafiq tahu perasaan isterinya tika ini. Dia sudah pun melaluinya dulu.

Rafiq menayangkan senyuman menggoda. Tangannya naik membelai rambut isterinya perlahan. Matanya menjelajah ke seluruh pelosok muka isterinya. Cantik! Desis hati Rafiq. Sesungguhnya, dia sungguh terpesona akan kecantikan yang ada pada isterinya. Rafiq menarik isterinya ke katil yang dihiasi dengan cadar pengantin yang berwarna merah hati.

Safiyya masih menundukkan wajahnya. ‘Awak, janganlah duduk rapat-rapat macam ni.. saya malu’ kata hati Safiyya.

“Sayang....kenapa sayang senyap je? Sayang abang tahu apa yang sayang tengah rasa sekarang ni. Sayang jangan takut, abang takkan paksa sayang. Okey?” Rafiq memberi jaminan. Lagipun, dia berkahwin bukanlah semata-mata untuk melepaskan nafsunya.

Safiyya mencari wajah Rafiq. Dia lega apabila Rafiq mengangguk perlahan sambil mempamerkan senyuman yang sungguh menawan.

“Okey..? Tapi, sayang jangan suruh abang tidur kat bawah sudah. Merana abang nanti..” Rafiq berkata lagi. Dia ketawa perlahan selepas habis mengucapkan ayatnya.

“Awak.. boleh saya tanya satu soalan?” Safiyya mula mengeluarkan suara selepas dia mententeramkan hatinya.Mulanya, dia teragak- agak untuk bertanya tetapi apabila melihat mood Rafiq yang baik jadi dia tidak takut bertanya.

“Boleh. Sayang nak tanya apa?” Rafiq menarik tangan isterinya lalu diusap-usap perlahan. Senyuman masih tersungging di bibirnya. Dia cuba untuk tidak menakutkan isterinya.

“Ermm…sebenarnya kenapa dulu awak...ermm…..cerai dengan bekas isteri awak..?” takut-takut Safiyya bertanya.

Senyuman yang tadinya menghiasi muka Rafiq beransur-ansur hilang. Matanya dilarikan ke arah lain. Tangan Safiyya juga dilepaskan perlahan. Rafiq menghela nafas berat.

Tatkala melihat akan wajah mendung suaminya, Safiyya cepat-cepat mencari tangan Rafiq lalu mengusapnya. Bibirnya digigit lembut. ‘Dia marah ke?’ detik hati Safiyya.

“Awak..kalau tak nak jawab pun tak apa. Mungkin ini rahsia awak dengan dia. Tak apalah tak payah cerita. Saya pun orang luar mana boleh…….”

“Syyyhh…sayang bukan orang luar. Sayang isteri abang yang sah. Abang tak salahkan sayang. Sayang memang berhak tahu semua tu.” Cepat Rafiq memintas kata-kata isterinya. Bukan dia tidak mahu bercerita, tapi dia tak mampu nak buka cerita lama.

 “Tak apalah. Ermm…saya nak dah ngantuk ni. Saya tidur dulu ya..” Safiyya membaringkan dirinya  membelakangkan Rafiq. Matanya ditutup. Dia bukannya mengantuk pun.
Terasa katil disebelahnya bergerak lembut. Safiyya mengetap bibirnya. Dia berharap agar Rafiq mengotakan janjinya sebentar tadi. Safiyya agak terkejut apabila dia merasakan ada satu tangan sasa memeluk pinggangnya tetapi dia tidak mengeluarkan sebarang suara. Safiyya dapat merasa dagu Rafiq di atas kepalanya.
“Selamat malam sayang.... Assalamualaikum..”


*******************


Safiyya terjaga apabila terdengar sayup-sayup suara orang mengalunkan ayat Al-Quran. Dia bangun. Safiyya terperasan bahawa suaminya tiada di sebelah. Matanya menangkap kelibat suaminya yang sedang duduk di tikar sembahyang sambil memegang Al-Quran. Safiyya duduk di birai katil sambil menyaksikan suaminya yang masih khusyuk membaca.
Jam di dinding baru menunjukkan pukul 5 pagi. ‘Awalnya dia bangun..’ desis Safiyya.

“Sodaqallahula’zim…” Rafiq mengakhiri bacaannya apabila habis tiga muka surat Al-Quran dibacanya. Biasanya selepas habis membaca Al-Quran, dia akan menunaikan solat tahajjud dan solat- solat sunat yang lain. Walaupun bukan setiap hari, Rafiq akan memastikan dia akan bangun menunaikan ibadat pada waktu malam setiap minggu.

Apabila Rafiq bangun untuk meletakkan Al-Quran, baru dia sedar bahawa isterinya sedang memerhatikannya. Serta-merta senyuman terukir di bibirnya. Langkahnya di bawa ke katil lalu dia duduk di sebelah di isterinya.

“Bila sayang bangun? Suara abang kuat sangat ke sampai buat sayang terjaga? Abang minta maaf sangat-sangat. Lain kali abang perlahankan lagi suara abang, ye..” tutur Rafiq lembut.

 “Saya baru je bangun. Awak tak mengganggu pun. Tapi, satu je saya nak minta tolong awak. Boleh?” Safiyya memandang suaminya.
“Boleh..apa sayang?”

“Lain kali kalau awak terjaga, kejutlah saya sekali. Boleh tak? Saya pun nak kumpul pahala juga.” Lembut sekali intonasi suara Safiyya. Dia sungguh-sungguh rasa bersalah semalam. Dia tahu haram hukumnya meninggalkan suami dalam keadaan marah sebelum tidur.

“Tentulah boleh. Lain kali abang kejutkan sayang ye. Sayang nak pergi mana ni?” tanya Rafiq apabila melihat isterinya bangun meninggalkan katil.

“Saya nak solatlah. Awak tunggu saya ye. Kita solat jemaah, boleh?” kata Safiyya lalu masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Rafiq tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Inilah kali pertama isterinya mengajaknya solat berjemaah. Jika sebelum ini, Alisya, bekas isterinya, dia menyuruh untuk solat fardu pun payah untuk dilakukan, inikan pula solat-solat sunat seperti ini.

Selepas beberapa ketika, Rafiq melihat Safiyya sudah molek bertelekung sambil membawa sejadah untuk dibentangkan.

**************

“Awak marah ke pasal semalam?” Safiyya menutur lembut. Masih berasa bersalah.







“Marah? Taklah..” kata Rafiq.

Mereka duduk di birai katil selepas menunaikan solat subuh berjemaah. Masih awal lagi untuk turun bersarapan. Jam baru pukul 6.10 pagi.

“Sayang betul nak tahu?” tanya Rafiq kepada isterinya.

“Tak kisah. Kalau awak nak bagitau awak bagilah tahu tapi…kalau awak tak nak pun tak apa. It’s up to you.”

“Ermmm….ok..macam nilah..abang sebenarnya malas nak ingat balik cerita lama. Tapi, dah sayang abang ni nak tahu sangat abang bagitahu jugak lah.” Rafiq menarik isterinya duduk di atas ribaannya. Tangannya melingkar di pinggang isterinya dan dagunya disangkut di bahu Safiyya.

Safiyya hanya tersenyum dengan tingkah suaminya. Dia bersyukur kerana diberikan suami yang penyayang.
“Dulu abang kahwin bukan macam ni…”

“Bukan macam ni? Habis tu macam mana? Kahwin lari?” Safiyya terus memotong kata suaminya.

Rafiq mencuit dagu isterinya. “Taklah sayang…Abang masih ada iman lagi tau..Bukan macam ni …. maksudnya dia pilihan keluarga abang.” Rafiq menyambung katanya.

“Oh…jadi maksudnya awak… tak..ermm…cintakan… dialah?” takut-takut Safiyya bertanya. Gentar sekiranya suaminya tiba-tiba naik angin ke? Bukan dia masak lagi perangai suaminya.

Rafiq melebarkan senyumnya. “Mestilah abang cintakan isteri abang.. Isterikan untuk dicintai, bukan untuk dibenci..Kan, sayang?” Rafiq berkata. Hidung mancungnya mencium lembut leher Safiyya yang terdedah.

Serta-merta Safiyya berasa cemburu. Dia tidak sedar akan perbuatan Rafiq itu. “Betul ke?” suara Safiyya terketar-ketar.
Rafiq menghentikan perlakuannya apabila mendengar kelainan pada suara Safiyya. Rafiq mengingat kembali apa yang dikatakannya sebentar tadi. ‘Takkanlah cemburu?’

“Sound like someone got jealous?” kening Rafiq terangkat-angkat. Makin kemas pelukannya di pinggang Safiyya.

“Tak ada siapa nak jealous pun. Dah lah baik saya turun dulu. Dah pukul 6.15 pun.. Nanti apa pulak kata ibu dengan ayah kalau saya turun lambat.” Baru Safiyya berura-ura untuk bangun, Rafiq mengemaskan lagi pelukannya tanda dia tidak membenarkan isterinya itu ke mana-mana.

“Sayang abang ni…baru abang tahu sayang ni kuat cemburu ye.. Habislah abang kalau macam ni… Tak ada chancelah nak kahwin lagi..hahaha..” Rafiq ketawa lepas.

“Dah lah…lepaslah awak…”

“Alololo….sayang abang merajuk ye..siapalah prince charming yang nak datang memujuk ni..” Rafiq melepaskan pelukannya.

“Ermmm… macam mana abang nak cakap eh..Dulu masa abang masih suami dia memanglah abang cintakan dia. Tapi, sekarang ni sayanglah yang bertakhta di hati abang. Percayalah…” Rafiq melutut di hadapan Safiyya. Muka innocentnya ditayangkan.

“Yelah tu..Lelaki memang macam ni erk? Mulut mengalahkan gula-gula kapas.” Safiyya sudah malas mahu melayan perangai manja suaminya. Ini baru sehari. Macam manalah dia hendak melayan untuk seumur hidup? Namun tidak dinafikan, dia bahagia begini. Senyuman terukir di bibirnya.

Baru tangan kanan Safiyya mahu memulas tombol pintu kamarnya, lengan kirinya disambar lembut satu tangan kasar. Siapa lagi kalau bukan Rafiq. Safiyya tidak memandang ke belakang. Dia hanya berdiri static di situ.

“Sayang pandang abang. Kalau sayang nak tahu, dari mula abang kenal sayang, dari situ abang dah jatuh hati pada sayang, Cuma mungkin sebelum ni abang tak pernah berterus-terang dengan sayang tentang perasaan abang sebab masa tu kita belum sah bernikah. Tapi sekarang, abang nak mengaku. Rasa cinta buat sayang insyaallah akan tetap mekar dalam hati abang. Tapi abang minta maaf sebab abang tak mampu untuk mencintai sayang melebihi cinta abang terhadap Allah dan RasulNya.” Tutur Rafiq.

Safiyya tersenyum bahagia. Apalagi yang kurang? Cukuplah suaminya sendiri menyayangi dirinya kerana dia tahu berapa ramai wanita kurang bernasib baik yang mendapat suami yang tidak menyayangi diri mereka sebagaimana sepetutnya.

“Terima kasih abang kerana sudi mencintai Sha. Sha tak minta abang mencintai Sha melebihi Allah dan rasulNya tetapi cukuplah abang anggap Sha sebagai isteri abang yang sah. Itupun dah cukup buat Sha.” Ujar Safiyya.

Safiyya pelik tatkala melihat senyuman di bibir Rafiq semakin melebar.

“See? Akhirnya… sayang panggil abang, ‘abang’, walaupun abang tak pernah paksa pun sebelum ni.” Rafiq sungguh 
bahagia memiliki seorang wanita yang hampir sempurna seperti Safiyya.



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

So, this is my first 'commercial' novel. Hope you guys enjoy it..:)