Monday, November 18, 2013

Cintaku Untukmu 1


Safiyya merenung ke luar jendela biliknya. Matanya berlari ke dada langit yang penuh dengan bintang.yang bersinar terang. Senyuman bahagia terlukis di bibirnya. Angin sepoi-sepoi menampar lembut pipi Safiyya. Safiyya menghembus udara perlahan.Terasa sangat indah tika ini.





Beberapa jam tadi dia dah Rafiq sah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah diadakan di masjid berdekatan dengan rumahnya. Tiada persandingan….tiada majlis berinai….tiada makan beradab. Majlis nikah pun hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak serta sahabat rapat sahaja. Dia yang minta sebegitu kerana dalam Islam hanya akad yang penting.

Berkahwin dengan pilihan sendiri. Siapa yang tidak bahagia? Perkenalan singkat antara Safiyya dan Rafiq akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Hubungan mereka sebelum ini tidaklah seperti pasangan yang lain.Tidak berkepit ke sana sini, tidak berpegangan tangan, tidak keluar berdua-duaan. Kalau hendak bertemu pun, pasti Safiyya akan membawa kakaknya bersama. Begitu juga Rafiq, dia akan membawa rakan baiknya.

Setelah mengenali Rafiq melalui sekeping biodata yang diberi oleh sahabatnya, dia membaca dengan penuh teliti. Apabila matanya terpandang akan status Rafiq, dia berhenti seketika dan membacanya semula.
Baru pertama kali, dia melihat biodata sebegitu. Biasanya di bahagian status, pasti akan tertulis single atau seangkatan dengannya walaupun sudah mempunyai anak dua orang. Tapi, kali ini Rafiq menulis ‘duda’. Apabila dilihat pada usianya yang baru 28 tahun, dia kaget. Mudanya dah jadi duda….

Safiyya tertarik dengan cara pergaulan Rafiq yang menjaga batas-batas pergaulan. Sangat susah untuk dia jumpa sifat-sifat lelaki sebegitu pada masa ini. Rafiqlah orang yang pertama dia jumpa dan terus dia jatuh hati.
Terasa tangan sasa melilit di pinggang ramping Safiyya dari belakang. Safiyya hanya membiarkannya walaupun ada debar di dada. Dia bahagia dilayan begitu. Terasa dirinya disayangi dan dihargai.
“Patutlah dari tadi abang cari tak jumpa-jumpa. Rupanya ada kat sini. Sayang buat apa kat sini?” tanya Rafiq perlahan. Dagunya diletakkan di atas ubun-ubun isterinya.

“Tak buat apa-apa pun.” Balas Safiyya. Suaranya perlahan sekali seperti bercakap seorang diri. Tidak tahu hendak berbual apa dengan suaminya. Sesungguhnya dia tidak pernah sedekat ini dengan lelaki lain. Batas pergaulan sangat dititikberat olehnya sedari kecil lagi.

“Ke… sayang tunggu abang? Hermm…?” tanya Rafiq lagi. Dia memusingkan badan isterinya setelah isterinya hanya diam seribu bahasa. Rafiq tahu perasaan isterinya tika ini. Dia sudah pun melaluinya dulu.

Rafiq menayangkan senyuman menggoda. Tangannya naik membelai rambut isterinya perlahan. Matanya menjelajah ke seluruh pelosok muka isterinya. Cantik! Desis hati Rafiq. Sesungguhnya, dia sungguh terpesona akan kecantikan yang ada pada isterinya. Rafiq menarik isterinya ke katil yang dihiasi dengan cadar pengantin yang berwarna merah hati.

Safiyya masih menundukkan wajahnya. ‘Awak, janganlah duduk rapat-rapat macam ni.. saya malu’ kata hati Safiyya.

“Sayang....kenapa sayang senyap je? Sayang abang tahu apa yang sayang tengah rasa sekarang ni. Sayang jangan takut, abang takkan paksa sayang. Okey?” Rafiq memberi jaminan. Lagipun, dia berkahwin bukanlah semata-mata untuk melepaskan nafsunya.

Safiyya mencari wajah Rafiq. Dia lega apabila Rafiq mengangguk perlahan sambil mempamerkan senyuman yang sungguh menawan.

“Okey..? Tapi, sayang jangan suruh abang tidur kat bawah sudah. Merana abang nanti..” Rafiq berkata lagi. Dia ketawa perlahan selepas habis mengucapkan ayatnya.

“Awak.. boleh saya tanya satu soalan?” Safiyya mula mengeluarkan suara selepas dia mententeramkan hatinya.Mulanya, dia teragak- agak untuk bertanya tetapi apabila melihat mood Rafiq yang baik jadi dia tidak takut bertanya.

“Boleh. Sayang nak tanya apa?” Rafiq menarik tangan isterinya lalu diusap-usap perlahan. Senyuman masih tersungging di bibirnya. Dia cuba untuk tidak menakutkan isterinya.

“Ermm…sebenarnya kenapa dulu awak...ermm…..cerai dengan bekas isteri awak..?” takut-takut Safiyya bertanya.

Senyuman yang tadinya menghiasi muka Rafiq beransur-ansur hilang. Matanya dilarikan ke arah lain. Tangan Safiyya juga dilepaskan perlahan. Rafiq menghela nafas berat.

Tatkala melihat akan wajah mendung suaminya, Safiyya cepat-cepat mencari tangan Rafiq lalu mengusapnya. Bibirnya digigit lembut. ‘Dia marah ke?’ detik hati Safiyya.

“Awak..kalau tak nak jawab pun tak apa. Mungkin ini rahsia awak dengan dia. Tak apalah tak payah cerita. Saya pun orang luar mana boleh…….”

“Syyyhh…sayang bukan orang luar. Sayang isteri abang yang sah. Abang tak salahkan sayang. Sayang memang berhak tahu semua tu.” Cepat Rafiq memintas kata-kata isterinya. Bukan dia tidak mahu bercerita, tapi dia tak mampu nak buka cerita lama.

 “Tak apalah. Ermm…saya nak dah ngantuk ni. Saya tidur dulu ya..” Safiyya membaringkan dirinya  membelakangkan Rafiq. Matanya ditutup. Dia bukannya mengantuk pun.
Terasa katil disebelahnya bergerak lembut. Safiyya mengetap bibirnya. Dia berharap agar Rafiq mengotakan janjinya sebentar tadi. Safiyya agak terkejut apabila dia merasakan ada satu tangan sasa memeluk pinggangnya tetapi dia tidak mengeluarkan sebarang suara. Safiyya dapat merasa dagu Rafiq di atas kepalanya.
“Selamat malam sayang.... Assalamualaikum..”


*******************


Safiyya terjaga apabila terdengar sayup-sayup suara orang mengalunkan ayat Al-Quran. Dia bangun. Safiyya terperasan bahawa suaminya tiada di sebelah. Matanya menangkap kelibat suaminya yang sedang duduk di tikar sembahyang sambil memegang Al-Quran. Safiyya duduk di birai katil sambil menyaksikan suaminya yang masih khusyuk membaca.
Jam di dinding baru menunjukkan pukul 5 pagi. ‘Awalnya dia bangun..’ desis Safiyya.

“Sodaqallahula’zim…” Rafiq mengakhiri bacaannya apabila habis tiga muka surat Al-Quran dibacanya. Biasanya selepas habis membaca Al-Quran, dia akan menunaikan solat tahajjud dan solat- solat sunat yang lain. Walaupun bukan setiap hari, Rafiq akan memastikan dia akan bangun menunaikan ibadat pada waktu malam setiap minggu.

Apabila Rafiq bangun untuk meletakkan Al-Quran, baru dia sedar bahawa isterinya sedang memerhatikannya. Serta-merta senyuman terukir di bibirnya. Langkahnya di bawa ke katil lalu dia duduk di sebelah di isterinya.

“Bila sayang bangun? Suara abang kuat sangat ke sampai buat sayang terjaga? Abang minta maaf sangat-sangat. Lain kali abang perlahankan lagi suara abang, ye..” tutur Rafiq lembut.

 “Saya baru je bangun. Awak tak mengganggu pun. Tapi, satu je saya nak minta tolong awak. Boleh?” Safiyya memandang suaminya.
“Boleh..apa sayang?”

“Lain kali kalau awak terjaga, kejutlah saya sekali. Boleh tak? Saya pun nak kumpul pahala juga.” Lembut sekali intonasi suara Safiyya. Dia sungguh-sungguh rasa bersalah semalam. Dia tahu haram hukumnya meninggalkan suami dalam keadaan marah sebelum tidur.

“Tentulah boleh. Lain kali abang kejutkan sayang ye. Sayang nak pergi mana ni?” tanya Rafiq apabila melihat isterinya bangun meninggalkan katil.

“Saya nak solatlah. Awak tunggu saya ye. Kita solat jemaah, boleh?” kata Safiyya lalu masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Rafiq tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Inilah kali pertama isterinya mengajaknya solat berjemaah. Jika sebelum ini, Alisya, bekas isterinya, dia menyuruh untuk solat fardu pun payah untuk dilakukan, inikan pula solat-solat sunat seperti ini.

Selepas beberapa ketika, Rafiq melihat Safiyya sudah molek bertelekung sambil membawa sejadah untuk dibentangkan.

**************

“Awak marah ke pasal semalam?” Safiyya menutur lembut. Masih berasa bersalah.







“Marah? Taklah..” kata Rafiq.

Mereka duduk di birai katil selepas menunaikan solat subuh berjemaah. Masih awal lagi untuk turun bersarapan. Jam baru pukul 6.10 pagi.

“Sayang betul nak tahu?” tanya Rafiq kepada isterinya.

“Tak kisah. Kalau awak nak bagitau awak bagilah tahu tapi…kalau awak tak nak pun tak apa. It’s up to you.”

“Ermmm….ok..macam nilah..abang sebenarnya malas nak ingat balik cerita lama. Tapi, dah sayang abang ni nak tahu sangat abang bagitahu jugak lah.” Rafiq menarik isterinya duduk di atas ribaannya. Tangannya melingkar di pinggang isterinya dan dagunya disangkut di bahu Safiyya.

Safiyya hanya tersenyum dengan tingkah suaminya. Dia bersyukur kerana diberikan suami yang penyayang.
“Dulu abang kahwin bukan macam ni…”

“Bukan macam ni? Habis tu macam mana? Kahwin lari?” Safiyya terus memotong kata suaminya.

Rafiq mencuit dagu isterinya. “Taklah sayang…Abang masih ada iman lagi tau..Bukan macam ni …. maksudnya dia pilihan keluarga abang.” Rafiq menyambung katanya.

“Oh…jadi maksudnya awak… tak..ermm…cintakan… dialah?” takut-takut Safiyya bertanya. Gentar sekiranya suaminya tiba-tiba naik angin ke? Bukan dia masak lagi perangai suaminya.

Rafiq melebarkan senyumnya. “Mestilah abang cintakan isteri abang.. Isterikan untuk dicintai, bukan untuk dibenci..Kan, sayang?” Rafiq berkata. Hidung mancungnya mencium lembut leher Safiyya yang terdedah.

Serta-merta Safiyya berasa cemburu. Dia tidak sedar akan perbuatan Rafiq itu. “Betul ke?” suara Safiyya terketar-ketar.
Rafiq menghentikan perlakuannya apabila mendengar kelainan pada suara Safiyya. Rafiq mengingat kembali apa yang dikatakannya sebentar tadi. ‘Takkanlah cemburu?’

“Sound like someone got jealous?” kening Rafiq terangkat-angkat. Makin kemas pelukannya di pinggang Safiyya.

“Tak ada siapa nak jealous pun. Dah lah baik saya turun dulu. Dah pukul 6.15 pun.. Nanti apa pulak kata ibu dengan ayah kalau saya turun lambat.” Baru Safiyya berura-ura untuk bangun, Rafiq mengemaskan lagi pelukannya tanda dia tidak membenarkan isterinya itu ke mana-mana.

“Sayang abang ni…baru abang tahu sayang ni kuat cemburu ye.. Habislah abang kalau macam ni… Tak ada chancelah nak kahwin lagi..hahaha..” Rafiq ketawa lepas.

“Dah lah…lepaslah awak…”

“Alololo….sayang abang merajuk ye..siapalah prince charming yang nak datang memujuk ni..” Rafiq melepaskan pelukannya.

“Ermmm… macam mana abang nak cakap eh..Dulu masa abang masih suami dia memanglah abang cintakan dia. Tapi, sekarang ni sayanglah yang bertakhta di hati abang. Percayalah…” Rafiq melutut di hadapan Safiyya. Muka innocentnya ditayangkan.

“Yelah tu..Lelaki memang macam ni erk? Mulut mengalahkan gula-gula kapas.” Safiyya sudah malas mahu melayan perangai manja suaminya. Ini baru sehari. Macam manalah dia hendak melayan untuk seumur hidup? Namun tidak dinafikan, dia bahagia begini. Senyuman terukir di bibirnya.

Baru tangan kanan Safiyya mahu memulas tombol pintu kamarnya, lengan kirinya disambar lembut satu tangan kasar. Siapa lagi kalau bukan Rafiq. Safiyya tidak memandang ke belakang. Dia hanya berdiri static di situ.

“Sayang pandang abang. Kalau sayang nak tahu, dari mula abang kenal sayang, dari situ abang dah jatuh hati pada sayang, Cuma mungkin sebelum ni abang tak pernah berterus-terang dengan sayang tentang perasaan abang sebab masa tu kita belum sah bernikah. Tapi sekarang, abang nak mengaku. Rasa cinta buat sayang insyaallah akan tetap mekar dalam hati abang. Tapi abang minta maaf sebab abang tak mampu untuk mencintai sayang melebihi cinta abang terhadap Allah dan RasulNya.” Tutur Rafiq.

Safiyya tersenyum bahagia. Apalagi yang kurang? Cukuplah suaminya sendiri menyayangi dirinya kerana dia tahu berapa ramai wanita kurang bernasib baik yang mendapat suami yang tidak menyayangi diri mereka sebagaimana sepetutnya.

“Terima kasih abang kerana sudi mencintai Sha. Sha tak minta abang mencintai Sha melebihi Allah dan rasulNya tetapi cukuplah abang anggap Sha sebagai isteri abang yang sah. Itupun dah cukup buat Sha.” Ujar Safiyya.

Safiyya pelik tatkala melihat senyuman di bibir Rafiq semakin melebar.

“See? Akhirnya… sayang panggil abang, ‘abang’, walaupun abang tak pernah paksa pun sebelum ni.” Rafiq sungguh 
bahagia memiliki seorang wanita yang hampir sempurna seperti Safiyya.



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

So, this is my first 'commercial' novel. Hope you guys enjoy it..:)





No comments:

Post a Comment