“Apa?” soal Rafiq.
Tidak tahu apa yang cuba Daniel sampaikan.
“Alah, kau ni harap aje dah dua kali kahwin.
Tulah….ermm..macam mana nak sebut ek? Ala…ni… urmm… kau dah … sentuh dia?” tanya Daniel takut-takut. Suaranya
diperlahankan.
Rafiq mengorak senyuman hambar. Rafiq menghembuskan
nafasnya. Kepalanya digelengkan. ‘Tapi hampir nak terlajak…’ gerutu hatinya,
Daniel membulatkan matanya. Tidak percaya apa yang
dilihatnya.
“Kau biar betul bro? Takkanlah kau tak……” Daniel memandang
Rafiq pelik.
“Kau kenapa pandang aku macam tu? Aku straight lagi lah!
Kalau tak celah mana pulak datangnya Qaira tu?” ujar Rafiq marah tetapi
suaranya segera diperlahankan apabila terlihat ada beberapa pelanggan lain
menjeling-jeling ke arah mereka berdua.
“Tak adalah. Macam tak percaya aje. Biasanya orang lain
first night dah terkam. Lagi-lagi orang macam kau yang kurang kasih sayang ni.
Lagilah…” Daniel bersuara. Tawanya cuba ditahankan.
“Kau jangan…… orang lain makan nasi, kau makan kasut aku..
Nak?”
“Yelah…yelah. Kau ni….. sejak ada bini, sikit-sikit nak
sentap. Tapikan, kenapa ek kau tak ehem…ehem ha? Dah nak dekat seminggu ni?
Nanti melepas macam mana?” soal Daniel. Tawanya meletus apabila melihat mata
Rafiq sudah terjegil.
“Kau nikan…… eee…… kecik beso kecik besooo je aku tengok.
Dah lama nak rasa penumbuk aku ke?”
“Woi kawan…relaks ah. Aku gurau sikit je nak marah. Dah aku
nak sarapan ni, kau jangan kacau aku. Dah la kacau aku pagi-pagi. Tahulah dah
sarapan kat rumah.”
***********
“Abang……?”
“Ye sayang.”
“Bila abang balik? Sha tak perasan pun.” soal Safiyya
tatkala terasa ada yang sedang berjalan di wajahnya sewaktu dia tertidur di
atas sofa. Penat menanti Rafiq pulang daripada berjumpa dengan kawannya.
“Mana nak perasan kalau mata ni tertutup.” Senyuman terukir
di bibir Rafiq. Jarinya bermain di mata Safiyya. Pipi gebu Safiyya dikucup
sekilas. Geram melihat pipi itu.
Safiyya melihat keadaan Rafiq yang berlainan dari pagi tadi.
Rafiq sudah menjadi Rafiq yang dia kenal. Safiyya berharap Rafiq tidak berjauh
hati dengannya. Tadi, puas dia mencari sumber-sumber bacaan dari internet
berkenaan hubungan suami isteri menurut pandangan Islam. Banyak dia belajar
daripada sumber-sumber itu.
“Sayang berangan eh? Sayang ni comellah. Abang yang handsome
yang ada kat depan mata ni pun tak nak pandang?” Rafiq menarik lembut hidung
Safiyya.
Safiyya memandang Rafiq lama. Senyuman masih tidak lekang
dari bibirnya.
“Sayang, janganlah pandang abang macam ni.,. tergoda abang
tau” kata Rafiq lantas tangannya mengusap pipi Safiyya.
“Abang, Sha nak tanya sikit, boleh?”
“Apa dia sayang…? Tanya apa pun boleh…” ujar Rafiq lantas
mengambil tempat di sebelah isterinya. Tangan Rafiq meliar di wajah bersih
Safiyya. Macam-macam disentuhnya. Habis di wajah, rambut hitam Safiyya yang
separas dada dibelainya.
“Abang…ermm….pasal pagi tadi tu……” tutur kata Safiyya
menghentikan perbuatan Rafiq.
“Pasal tu sayang lupakan ajelah. Abang yang salah. Abang tak
patut buat sayang macam tukan. Abang tahu sayang belum bersedia. Abang je yang
lebih.” Kata Rafiq sambil tersenyum
hambar.
“Abang……”
“Dahlah, jom kita solat zohor. Dah masuk pun.”
**********************
Sebentar tadi mereka berdua sudah solat isyak berjemaah
sesudah makan malam bersama. Mereka berdua juga sempat meluangkan masa menonton
televisyen bersama. Kini, Rafiq sedang menyiapkan tugasan kerjanya di meja
kerja yang terletak di sudut bilik tidur mereka. Jam di dinding menunjukkan
sudah hampir pukul 10 malam.
Kecut perutnya tatkala melihat biasan imej dirinya dari
cermin di bilik air. Baju nipis berwarna hitam itu hanya menutupi sebahagian
dadanya sehingga ke paras setengah paha dan mempunyai tali halus yang diikat di
belakang tengkuk. Jika ditarik sahaja tali di belakang tengkuknya, pasti
terlucut baju satin ini. Sangat jarang baju ini, sehingga nampak apa yang ada
di dalamnya.
Hadiah pemberian ibunya semasa hari perkahwinannya. Itulah
satu-satunya baju yang paling seksi yang dimilikinya. Pada mulanya, dia agak
terperanjat kenapa ibunya memberikan hadiah sebegini, tetapi baru sekarang dia
mengerti.
‘Isteri perlu menggoda suami. ’ Itulah yang dia dapat
rumuskan daripada pembacaan tengah hari tadi.
Berbekalkan semangat dan doa, digagahkan jua kakinya untuk keluar dari
bilik air. Matanya meliar mencari Rafiq. Rafiq sudah tidak ada di meja
kerjanya. Apabila kepala ditoleh ke sudut sebelah lagi, dilihat Rafiq sedang
leka menonton televisyen. Mungkin Rafiq tidak sedar yang dia sedang berdiri di
sini.
Rafiq menoleh pandangan ke arah bauan yang amat
mengasyikkan. Pandangannya mati pada sosok tubuh isterinya yang semakin
menghampiri.
Safiyya mengambil tempat di atas ribaan Rafiq. Dilihatnya
Rafiq seperti terkejut melihat dirinya seperti ini. Dia juga sebenarnya.
Walaupun debar di dada bagai mahu pecah, namun dia tetap juga menguatkan
dirinya untuk meneruskan apa yang dirancang sebentar tadi. Tangan Safiyya naik
membelai dada Rafiq yang terdedah. Jemarinya sudah bergetar ketakutan.
Paluan jantung Rafiq bagaikan sudah tidak sekata. Desah
nafasnya juga sudah agak kasar. Namun, untuk terus memulakan aksi, dia takut.
Takut dirinya dikecewakan sekali lagi. Sebenarnya, Safiyya tidak perlu
membelainya seperti ini. Dengan hanya berpakaian seperti itu, Safiyya sudah
mampu menggodanya.
“Sayang…?” Rafiq mula mengeluarkan suara sensualnya tatkala
dirinya bagaikan seperti tidak dapat dikawal. Mahu mendapatkan keizinan dari
isterinya terlebih dahulu.
“Ermm…” Safiyya menyahut dengan suara manjanya. Jarinya
menjalar ke wajah Rafiq. Dari dahi turun ke hidung dan diakhiri di bibir merah
jambu Rafiq. Diliarkan jarinya di sekitar bibir Rafiq.
Perbuatan Safiyya seakan membenarkan dirinya disentuh. Rafiq
dengan wajah yang nakal terus mendekati wajah Safiyya, jantung Safiyya berdegup
kencang bagai kompang dipalu. Wajah tampan Rafiq cuba menciumnya kini. Rafiq
menarik lembut tangan Safiyya agar berdiri bersamanya.
Kaki Safiyya dijengket. Tangannya didepangkan kemudian
merangkul leher suaminya agar wajah mereka didekatkan. Terhenti nafas Rafiq
menanti tindakan isterinya yang agak manja dan menggoda itu. Sebuah ciuman
dihadiahkan ke pipi suaminya.
Tindakan yang berjaya membuatkan Rafiq terkejut dan mengocak
kembali keinginannya pada si isteri. Ubun-ubun isterinya dikucup lama. Rafiq
seperti berdoa sesuatu. Doa sebelum suami menyentuh isterinya.
Safiyya malu tapi lama-lama terbuai sama. Terasa dirinya
dicempung oleh Rafiq ke katil mereka dan Rafiq meletakkan dirinya di atas katil
dengan lembut.Dua jiwa akhirnya bersatu.
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan
sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit di sana. Terlalu banyak yang
bercahaya indah tetapi Cuma satu yang akan menjadi igauan pemujanya.
Malam itu berlalu dengan sebuah kenangan yang terindah dalam
hidup mereka. Moga-moga malam-malam lain juga seindah malam ini.
******************
“Morning, sweetheart…” Rafiq mengejutkan Safiyya perlahan.
Rafiq tersenyum melihat Safiyya yang berselimut sehingga ke paras dada itu. Jam baru pukul enam pagi. Masih terlalu awal
untuk bangun pada hari minggu. Rafiq mengusap lembut mata tertutup Safiyya.
Safiyya menggerakkan sedikit badannya apabila terasa ada
sentuhan pada bahagian wajahnya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Matanya
disajikan dengan wajah tampan suaminya yang sedang tersenyum manis. Apabila
Safiyya teringatkan peristiwa hangat semalam, dia jadi malu sendirian. Selimut
ditarik hingga menutupi wajahnya yang berbahang.
Rafiq tertawa kecil tatkala melihat sekilas wajah Safiyya
yang memerah. Mungkin malu dengan apa yang terjadi malam tadi. Rafiq menarik
lembut selimut ingin melihat wajah Safiyya. Kata orang, cantik sekali apabila
melihat wajah orang tersayang bangun dari tidur.
Safiyya terus menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya.
Bibirnya mengorak senyuman.
“Sayang… kenapa ni? Malu……?” ujar Rafiq lalu tertawa kecil.
Matanya tidak lepas memandang wajah Safiyya.
Perlahan-lahan Safiyya menurunkan tangannya tetapi matanya
masih tertutup rapat. Senyumannya disembunyikan. Aci tak kalau dia pura-pura
tidur?
“Sayang ni… comellah. Tak nak pandang muka abang yang
handsome ni ke? Tak apalah kalau macam tu abang pergi dulu…”
Suasana hening dirasakan oleh Safiyya. Mungkin Rafiq pergi
mandi agaknya. Perlahan-lahan matanya dibuka. Terkejut dirinya tatkala melihat
Rafiq yang elok berbaring menghadapnya. Mata Rafiq juga tidak lepas
daripadanya.
“Yay… akhirnya sayang bangun
jugak… Sayang ingat senang nak tipu abang? Ha?” Rafiq mengoyakkan
senyuman. Tangannya mencari sasaran iaitu di pinggang Safiyya. Baru kini dia
tahu bahawa Safiyya amatlah sensitive di bahagian pinggang dah leher.
Bilik tidur yang tadinya sunyi riuh dengan tawa riang
Safiyya dan Rafiq.
“Sayang… thanks pasal semalam. Abang happy sangat. Dahlah,
dah lewat ni nak solat subuh. Abang nak mandi. Wanna join me?” tanya Rafiq
sambil menunjukkan senyuman nakalnya.
“Tak naklah. Abang mandi dulu. Sha nak kemas bilik dulu.”
“Okaylah kalau macam tu. Jangan lupa kutip baju yang ada kat
bawah katil tu, ye?” tutur Rafiq lantas tertawa kecil apabila melihat wajah
memerah Safiyya. Laju sahaja Rafiq masuk ke dalam bilik mandi tatkala melihat
Safiyya yang sudah bersedia dengan bantal kecil di tangan. Pasti hendak baling!
Tawa Rafiq kedengaran lagi di dalam bilik
mandi.
Apabila Rafiq sudah masuk ke dalam bilik air, Safiyya terus
bangun sambil membalutkan badannya dengan selimut. Langkahnya dituju ke almari
untuk mengambil baju dan kain batik untuk dipakai sementara menunggu Rafiq siap
mandi. Bolehlah dia mengemas apa yang patut dalam bilik tidur mereka.
***********************
“Sayang lepas ni jom kita pergi shopping barang-barang
dapur, nak? Lepastu belilah apa yang sayang nak sekali.” Kata Rafiq selepas
bersarapan bersama isterinya. Hari ini hari minggu bolehlah dia spent time
dengan ister tercinta.
“Okay… kejap ek. Sha siap dulu”
Setibanya mereka di Carefour di Subang Jaya mereka terus
pergi ke tempat yang menjual barang-barang dapur. Rafiq menolak troli dengan
sebelah tangan manakala sebelah tangannya lagi bersulam dengan jemari Safiyya.
Safiyya hanya membiarkan.
Rafiq hanya mengangguk apabila Safiyya bertanya hendak
mengambil itu ini. Baru kini dia tahu bahawa Safiyya seorang yang berjimat
cermat. Sungguh berlawanan betul sifat Safiyya dengan bekas isterinya dulu.
Safiyya juga akan mengambil apa yang dia suka sahaja dan jika Safiyya tidak
tahu hendak pilih yang mana, Rafiqlah yang menjadi memilihnya.
“Sayang nak makan dekat mana hari ni?” tanya Rafiq setelah
mereka berdua habis membeli barang dapur. Tidaklah banyak mana kerana hanya
mereka berdua sahaja yang tinggal di rumah.
“Dekat mana-manalah. Sha tak biasa lagi dekat area Subang
ni.”
“Okay… kalau macam tu sayang nak makan makanan macam mana?
Masakan Melayu? Italian? Western?” tanya Rafiq prihatin.Tangan kirinya turun
dari stereng kereta lalu mengusap lembut tangan Safiyya lantas dibawa tangan
Safiyya ke bibirnya.
“Ermm… Sha tak selera sangat dengan western ni. Masakan
Melayu ajelah. Abang macam mana?” ujar Safiyya membiarkan tanggannya dalam
genggaman Rafiq. Sudah berbuih mulutnya menegur perbuatan Rafiq yang ini,
sungguh membahayakan untuk pemanduan. Namun Rafiq hanya mendengar sahaja,
buatnya tidak.
“Abang kalau ada Sha, dekat mana-mana pun abang sanggup
makan.”
Setelah sampai di Restoran Garden Height di Subang Jaya
mereka memesan makanan. Mereka mengambil tempat yang agak tersorok. Rafiq duduk
berhadapan dengan isterinya. Tidak banyak yang mereka pesan, Tom Yum campur,
sotong kangkung, telur bungkus dan nasi putih bersama air Laici tentunya untuk
Safiyya manakala Rafiq memesan air tembikai susu.
Mereka berdua makan sambil diiringi dengan gelak tawa.
Safiyya tidak malu apabila Rafiq menarik lembut tangan Safiyya dan mengucupnya.
Rafiq memang gemar begitu. Safiyya juga tiada halangan untuk itu.
“Sayang nak shopping baju ke apa?” tanya Rafiq selepas
mereka habis makan.
“Tak apalah. Sha tak ada apa nak beli. Kita balik ajelah.
Dah masuk zohor pun. Nanti lewat, siapa susah?” kata Safiyya membalas
pertanyaan suaminya. Lagipun, dia bukanlah seorang yang suka shopping atau
seangkatan dengannya. Hanya akan shopping apabila perlu sahaja. Baginya,
shopping adalah satu pembaziran. Satu, membazir duit. Dua, membazir masa dan
tenaga. Nampak tak banyak pembaziran di situ?
“Betul ni? Abang nak belanja tau.” Beria-ria Rafiq bertanya.
Baginya, sangatlah pelik jika seorang wanita menolak apabila diajak
membeli-belah terutama apabila sudah ada ‘banker’ di sebelah.
“Betul! Dahlah jom balik.”
“Betul? Are you sure? Abang belanja ni… Belilah baju ke
tudung ke? ” Rafiq tanya lagi.
“Ya… sangat-sangat sure. Nanti bila Sha nak, Sha mintalah.
Masa tu kalau abang tak bagi… siap abang!” balas Safiyya. Ayat terakhirnya
diakhiri dengan tawa kecil. Bukanlah permintaan sebenarnya, hanya untuk
mengambil hati suaminya sahaja.
“Okay…kalau macam tu kita balik jelah. Betul ni?” Rafiq
tanya lagi. Meminta kepastian sekali lagi.
“Kita balik, okay…”
********
Hari ini genaplah 5 bulan usia perkahwinan mereka. Hari-hari
yang dilaluinya sungguh membahagiakan. Walaupun ada sekali-sekala perselisihan
faham antara mereka suami isteri namun Rafiq memainkan peranan yang sangat
besar dalam mengemudi bahtera perkahwinan mereka berdua. Rafiq pasti berbincang
dengannya dahulu walaupun hanya perkara yang kecil.
Rafiq juga pernah memohon maaf kepadanya kerana tiada masa
untuk membawanya pergi berbulan madu. Tetapi, bagi Safiyya cukuplah mereka
berdua bahagia bersama. Itupun sudah cukup.
Jam di dinding baru menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.
Safiyya sabar menanti suaminya untuk makan tengah hari bersama. Memang
sepanjang tempoh perkahwinan mereka, Rafiq pasti akan makan tengah hari di
rumah melainkan Rafiq ada meeting dengan clientnya, barulah Safiyya akan makan
seorang di rumah. Lagipun, jarak perjalanan dari pejabat Rafiq ke rumah mereka
hanya mengambil masa selama 15 minit perjalanan.
Hidangan sudah tersedia di atas meja makan. Hari ini dia
memasak lauk kegemaran Rafiq iaitu ikan keli masak lemak cili api. Pada mulanya
dia agak gentar untuk dia menyiang ikan keli yang masih nyawa-nyawa ikan itu.
Sudah dibiarkan ikan itu di dalam singki hampir dua jam, namun ikan itu masih
juga hidup lantas dia mengambil keputusan untuk memotong bahagian badan ikan
itu supaya lebih cepat dia mati.
Pernah juga terlintas
di hatinya sebentar tadi untuk memasak ayam sahaja tetapi apabila terbayang
sahaja wajah suaminya, digagahi juga tangannya untuk menyiang ikan itu.
Akhirnya, siap juga ikan keli masak lemak cili api. Selain ikan keli masak
lemak cili api, dia juga ada memasak ayam masak kicap serta sambal belacan. Itu
juga kegemaran suaminya.
Diteleknya sekilas penampilannya sendiri pada cermin besar
yang digantung pada dinding ruang tamu. Dress pemberian suaminya semasa
ulangtahunnya yang ke 25 tahun ini. Dress berwarna pink lembut ini panjangnya
separas paha, berlengan pendek dan mengikut bentuk badan. Dia hanya berani
untuk memakainya di rumah sahaja oleh sebab perwatakan wanita muslimah yang
sering dibawanya apabila keluar dari rumah.
Penat menanti di meja makan, Safiyya mengambil keputusan
untuk duduk di ruang tamu untuk menonton televisyen sementara menunggu suaminya
pulang. Sepatutnya waktu sebegini, suaminya pasti sudah pulang ke rumah.
Ah, mungkin abang tersangkut dalam jammed kot, telahnya. Lama-kelamaan,
kepala Safiyya semakin menunduk lalu tertidur di atas sofa akibat terlalu lama
menunggu kepulangan suaminya.
*****************************
Rafiq mengerling jam di tangannya, sudah menunjukkan jam
1.45 petang. Dia baru selesai solat zohor. Dia sudah terlewat untuk makan
tengah hari di rumah. Tadi, dia ada perbincangan dengan Encik Firdaus, CEO
syarikat Berjaya Holdings, tempat bekerjanya. Walaupun usia CEO syarikatnya
masih muda daripadanya namun dia tidak dapat menafikan kredibiliti Encik Firdaus
memang mengagumkan.
Nampaknya makan di kedai bawah sahajalah dia hari ini. Sudah
beberapa kali dia menelefon isterinya di rumah namun semua panggilannya tidak
berjawab. Setelah puas mencuba, Rafiq langsung menghantar mesej kepada
isterinya mengatakan bahawa dia tidak dapat makan tengah hari di rumah. Namun
tetap tiada balasan daripada isterinya.
Ah, mungkin Safiyya tengah menunggunya dan telefon pula di
dalam bilik. Fikir Rafiq mahu menyedapkan hatinya.
Rafiq terus ke kedai makan berhampiran dengan pejabatnya.
Nampaknya dia seorang sahaja yang masih belum makan. Terpaksalah makan seorang
diri. Makanan di situ boleh tahan sedapnya namun tetap tidak boleh melawan
masakan isterinya yang tercinta.
Nasi campur menjadi pilihan Rafiq. Rafiq duduk di tempat terbuka
oleh sebab tempat itu sahaja yang masih kosong. Rafiq makan tanpa menghiraukan
sekelilingnya.
“Abang…”
Rafiq mengangkat kepalanya tatkala terdengar ada orang
seperti memanggilnya. Terhenti suapan Rafiq tatkala melihat tubuh itu di
hadapannya.
“Alisha?”
best.....
ReplyDeleteAGEN JUDI BOLA,CASINO DAN SLOT ONLINE TERPERCAYA
ReplyDeleteJangan menunda kesempatan untuk jadi jutawan, join sekarang juga !!!
Pastikan bergabung bersama kami di www.goal88.com
Daftarkan diri anda dan raih bonus menariknya
- Welcome Bonus 30% semua permainan
- Bonus Setiap Deposit 5%
- Bonus 100% Untuk Game Slot Joker123
- Lose Cashback 15% Sportbook
- Cashback Live Casino 0.8%
- Cashback Slot 1%
- CASHBACK VIRTUAL GAMES & ROYAL CASINO 0,8%
Website : www.goal88.org
Call Center : +85589506882
Line : CS.GOAL88
Wechat : CS.GOAL88
Skype : CS.GOAL88
Situs judi
judi online
bandar bola
agen bola
website judi
daftar judi bola
judi bola indonesia
situs bola
joker123
situs slot
Casino Online
sabung Ayam
Slot Joker123
goal88
Artikel Prediksi Dan Berita Bola:
https://goal88sbobet.blogspot.com