Tuesday, November 19, 2013

Cintaku Untukmu 2




“Macam mana dengan rumah ni?” tanya Rafiq. Mereka baru pindah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat ini. Kini, dia dan Safiyya sedang duduk berehat di sofa kulit yang terletak di tengah-tengah ruang tamu setelah penat memunggah barang dan menyusunnya ke dalam rumah itu.

“Ermm…rumah ni cantik. Tema dia pun warna biru. Abang suka warna biru, eh?” tanya Safiyya. Setahunya, Rafiq gemar warna hijau. Usah diragukan lagi, lihat sahaja aksesori kereta, rim kereta, pencil case, serta barang-barang peribadi Rafiq. Hampir kesemuanya berwarna hijau.

“Eh, tanya abang pulak. Biru tukan warna favourite sayang.”

“ Mana abang tahu favourite colour Sha warna biru?” tanya Safiyya lembut. Terasa hangatnya pelukan suaminya. Tangan Rafiq melingkar kemas di pinggang Safiyya manakala Safiyya melentokkan kepalanya ke dada bidang suaminya. Senyuman terukir pada kedua-dua pasangan tersebut.

“Mana abang tahu? Ermm… kalau abang cakap yang… abang tahu semua pasal sayang, sayang percaya tak?” Rafiq berkata seolah-olah bermain tarik tali bersama isterinya.

“Hah? Tipulah. Macam mana abang tahu? Sha mana pernah cakap apa-apa kat abang.” Safiyya mengangkat kepalanya memandang wajah tampan di sebelahnya.

“Okay… sayang tak percayalah ni? Cuba test tanya abang.” Rafiq berkata yakin.

“Okey. Ermm… apa makanan favourite Sha?”

“Asam pedas ikan pari dengan ayam masak merah.”

“Favourite drink?”

“  air Laici”

“Hobi?”

“Baca novel.”

“Cita-cita Sha masa kecil? Mesti abang tak tahu, kan?”

“Cita-cita sayang masa kecik nak jadi doctor, kan? Lepastu bila dah besar, tup…tup tak kerja lagi. Hahaha…”

“Ala…abang ni.. Bukan Sha tak nak kerja lagi. Lagipun Sha muda lagi baru 25 tahun. Abang tu yang dah tua. Sha baru graduate bulan lepas. Bila baru nak cari kerja, tup..tup ada orang masuk meminang. Hahaha…”

“Eleh, kenakan abang baliklah ni. Hello, abang tua tiga tahun je dari sayang. Tak ada lah tua sangat kot.”

Gelak tawa mereka meriuhkan suasana rumah yang sunyi.

“Ermmm….apa lagi nak tanya, eh?” Selepas tawa mereka sudah reda, Safiyya bertanya lagi kepada Rafiq. Masih tidak berpuas hati sebenarnya. Safiyya sudah buntu hendak tanya apa. Semua jawapan yang diberikan suaminya sangat tepat.

“See? Abang dah cakap. Abang tahu semuanya. Kalau sayang nak suruh abang ceritakan pasal sayang pun, abang boleh buat karangan 10 muka surat tau.” Ujar Rafiq.

Kening Safiyya terjongket.

“Apa? Sayang tak percaya lagi? Okey.. abang cerita, eh?” Tangan Rafiq makin erat memeluk pinggang Safiyya. Ubun-ubun isterinya dikucupnya sekilas.

“Sayang pandai masak makanan Melayu tapi sayang paling takut nak siang ikan keli dengan ikan haruan. Sayang mudah cemburu, penyayang, setia, suka ketawa dan buat orang ketawa, susah nak tengok sayang menangis, sayang akan jadi pendiam bila sayang merajuk. Ermm… apalagi?”

“Okey, Sha tak nafikan apa yang abang cakap semua tu betul. Tapi mana abang tahu semua benda ni?” giliran Safiyya bersuara. Masih musykil bagaimana suaminya boleh tahu tentang keperibadiannya. Mereka pun baru dua hari bernikah. Satu tempoh yang sangat baru bagi mereka.

“Sebenarnya, abang tanya kat ibu dengan ayah. Mula-mula dia orang pelik juga. Tapi, lama-lama dia orang yang buka cerita. Abang dengar ajelah.” Ujar Rafiq.

“Sayang, hari ni kita makan kat rumah, ye. Abang teringin nak makan masakan sayang. Mesti sedap, kan? Barang-barang dapur semua abang dah penuhkan kat dapur tu. Cakap aje nak apa. Ayam? Udang? Ikan? Semua ada.” tutur Rafiq. Dikerling jam di dinding yang menunjukkan pukul 6.35 petang.


******************************


Safiyya terjaga dari tidur pada pukul 6 pagi seperti biasa. Tangan Rafiq melilit kemas pinggangnya. Dia juga tidak sedar  tangannya juga melingkar pada pinggang suaminya. Hela nafas Rafiq tenang. Safiyya langsung tidak sedar bila Rafiq tidur di sebelahnya kerana malam semalam dia tidur awal kerana terlalu mengantuk manakala suaminya masih menghadap laptop bagi menyelesaikan tugasan kerjanya.

Mereka sangat rapat ketika ini kerana hanya beralaskan bantal yang sama. Perlahan-lahan, tangan Rafiq yang melingkar di pinggang Safiyya dilurutkan. Dia perlu mandi sekarang.
Oleh sebab Rafiq yang masih diulit lena, Safiyya tidak membawa baju untuk ditukarkan ke dalam bilik air seperti biasa yang dilakukan di rumahnya.

Selesai mandi, Safiyya hanya keluar dari bilik air di dalam biliknya dengan hanya bertuala. Rambutnya masih lembab. Satu tabiat dia adalah mesti syampu setiap hari supaya rambut tidak diserang kelemumur.Tadi, dia tersilap mengambil tuala. Sepatutnya tuala yang besar patut dicapainya tapi dia terambil tuala yang singkat.

Tuala tersebut hanya menutupi dari dadanya hingga ke paras setengah pehanya. Tersangatlah malu tetapi memikirkan Rafiq yang masih tidur, digagahkan jua kakinya keluar dari bilik air. Langkahnya terus ke almari baju tanpa sempat mengerling ke arah Rafiq.

Dalam kelam kabut mencari pakaian dari dalam almari, tiba-tiba terasa ada tangan sasa melingkar di pinggangnya. Tangan Safiyya terus berhenti bergerak. Badannya seakan terkena renjatan elektrik. Kaku.

“Sayang…” serak suara Rafiq menandakan dia baru bangun dari tidur.

Desah nafas Rafiq agak laju dan kasar juga dirasai oleh Safiyya. Terasa tengkuk dan bahunya dicumbui Rafiq. Tuala putih yang membaluti tubah Safiyya sudah terlucut dari badannya dan kini tiada Seurat benang pun ada pada badannya. Safiyya sudah kecut perut namun dia juga seperti merelakan perbuatan Rafiq ke atasnya. Adakah sekarang dia perlu menyerahkan dirinya?

Perlahan-lahan Rafiq menariknya menuju ke katil. Badannya dihempas lembut ke atas katil. Rafiq menindih badan Safiyya sambil tengkuk dan dada Safiyya yang putih dan gebu diciumnya. Bibirnya memaut lembut bibir mungil Safiyya.

Safiyya yang tersedar bahawa dia dan juga Rafiq masih belum menunaikan solat subuh, terus menghalang Rafiq. Tangannya menolak Rafiq lembut namun Rafiq masih meneruskan perbuatannya. Lalu, Safiyya tiada pilihan lain terus mengigit tangan Rafiq yang singgah di bibirnya.

Rafiq termangu-mangu apabila terasa perit jarinya akibat digigit Safiyya.
“Kenapa sayang? Sayang tak selesa ke?”

“Bu..bukan. Tapi, ki..kita tak solat subuh lagi.” Safiyya membalas soalan Rafiq tergagap-gagap.

“Oh…kalau macam tu abang mandi dululah.” Tutur Rafiq perlahan. Nada suaranya jelas menunjukkan bahawa dia sungguh kecewa dengan penolakan isterinya. Ah, aku yang mendesak sangat. Mungkin dia belum bersedia, desis hati Rafiq.

Usai Rafiq mandi, Safiyya sudah bersedia dengan telekungnya dan sejadah sudah terhampar mengikut arah kiblat. Rafiq terus mencapai baju melayu hijau dan kain pelikat yang telah disediakan oleh Safiyya untuknya. Dilihat katil juga telah kemas.

Safiyya menunggu Rafiq di atas tikar sejadah sambil berzikir. Hatinya masih berdebar kencang apabila mengingatkan peristiwa tadi. Tidak tahu bagaimana hendak bereaksi selepas ini.

“Abang, kita berjemaah ye.” Safiyya menutur lembut sambil mengerling sekilas wajah Rafiq.

Rafiq hanya mengangguk. Lantas mengambil tempatnya di hadapan Safiyya lalu mula iqamat.


****************************






Safiyya teringat akan pesanan Ustaz Hamidi semasa menghadiri kursus pra-perkahwinan lepas. Hak suami wajib ditunaikan oleh sang isteri setelah si suami sudah mencukupi segala tanggungjawabnya terhadap sang isteri. Bukanlah hak dari segi zahir sahaja malahan juga hak dari segi batin.

Memang Rafiq tidak pernah memaksa tapi dia pula rasa serba salah. Dia tahu kadang kala Rafiq terlepas laku dalam tak sedar. Peristiwa pagi tadi bagaikan diulang tayang dalam kotak memorinya.

“Abang, abang marah ke pasal tadi.” Tanya Safiyya sambil memasukkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Sebenarnya dirinya masih malu tetapi dia tidak senang dengan perangai suaminya yang pendiam sejak pagi tadi. Terasa sangat janggal sekali . Pagi ini dia hanya sempat memasak nasi goreng ‘campak’ sahaja. Itu sahaja yang dirasakannya cepat dan senang.

“Hah? Eh, tak adalah.”

“Dah tu kenapa abang senyap aje dari tadi.”

“Tak ada apa nak cakap. Kejap lagi abang nak keluar jumpa kawan sekejap. Sha nak ikut tak?” tanya Rafiq melencongkan perbualan dia dan isterinya.

“Tak pelah. Sha duduk rumah aje. Kemas apa yang patut.”


**************************


“Woi, kau kenapa? Dari tadi mengelamun aje. Takkan tak sampai seminggu kahwin dah gaduh kut?” sergah Daniel dari belakang Rafiq. Tadi, Rafiq ada menelefonnya meminta untuk berjumpa di tempat biasa pagi-pagi buta. Tapi, tak adalah buta sangat, dah pukul 9 pagi sebenarnya.

“Kau ni…nasib baik tak terburai isi perut aku. Kau kenapa tetiba datang dari belakang ni? Bukan pintu masuk restoran di kat depan ke?”

“Memanglah. Dah aku panggil kau banyak kali, kau tak dengar aku tepuklah belakang kau. Itupun nak sentap. Relaks sudah…”

“Wei…kau kenapa ni? Aku ingat kau honeymoon lagi dengan Safiyya tu, Kaukan cuti seminggu. Sekarang ni aku tengok muka kau macam ada masalah je ” Daniel mula serius tatkala melihat wajah Rafiq yang tiada perasaan. Biasanya mereka akan berlawan kata sehinggalah mereka berdua sama-sama gelak. Tapi, lain pula hari ini.

“Tak adalah.”

“Dah tu? Kau gaduh dengan Safiyya?” Daniel bertanya sambil matanya tidak lepas memandang Rafiq. Suasana hening tatkala pelayan menghantar minuman mereka.

“ Aku tak tahulah nak cakap macam mana. Nak kata bergaduh, tak ada pulak. Tapi…… entahlah. Serabut kepala aku pikir” Rafiq mula bersuara apabila pelayan tadi pergi jauh dari mereka.

“Kenapa? Apa masalahnya sekarang? Cuba cerita slowly kat aku.” Daniel pelik dengan sahabatnya ini. Sudah lama dia kenal dengan Rafiq semenjak dari university lagi. Mereka berdua mengambil jurusan electric engineering di university yang sama. Sejak itu  mereka berdua rapat sehingga tiada rahsia lagi antara mereka. Semua rahsia Rafiq, Daniel tahu dan juga sebaliknya,.

 “Okey firstly, aku tak ada masalah pun dengan Safiyya tu tapi …… entahlah. Aku keliru. Sebenarnya aku kahwin dengan dia sebab aku suka dia ke sebab aku tercabar dengan sikap Alisha tu….. pun aku tak tahu. Okey, terus terang aku cakap memang aku suka dengan Safiyya. Sikap dia…telatah dia… aku suka. Tapi, sekarang ni aku jagi berbelah bahagi.” Luah Rafiq segala-galanya. Dia percaya pada Daniel. Jadi, tiada masalah jika dia berkongsi dengan Daniel.

“Wow…wait a minute. Alisha cabar kau? Aku tak tahu pun!”

“Oh..yang tu pun satu hal jugak. Memang aku tak cerita kat kau. Kau ingat masa dia nak minta cerai kat aku?” Rafiq mula membuka cerita lama.

“Okey.. Tu aku tahu kau ada cerita. Dia minta cerai sebab nak ikut  ex-boyfriend dia balik. Tu je yang kau cerita.” Ujar Daniel memberi respons.

“ Lepastu aku cakap kat dia apa kata kita bincang dulu. Tapi, dia terus keluar dengan bawak beg bagasi dia. Aku cuba tahan dia. Pujuk dia. Tapi, dia cakap dia dah tak sanggup nak hidup dengan aku. Katanya, bosan asyik disuruh itu ini. Kau pun tahu kan, aku bukannya suruh dia duduk rumah jadi suri rumah pun, just cuba balik kerja awal uruskan makan minum aku dengan Qaira tapi apa dia buat? Dia pulak suruh aku cari pembantu rumah. Okey, pasal tu aku mengalah. Lepastu bila aku suruh dia jaga pemakaian, lagilah dia melenting. Aku bukan suruh dia pakai tutup litup macam mak arab tu, tak. Aku suruh jaga je. Tapi, makin ditegur, makin singkat skirt dia, makin jarang baju dia, makin terdedah sana sini. Aku pun bukanlah alim sangat dalam bab agama ni. Tapi, aku setakat halal haram tu aku pass lah. Then, Alisha cakap, aku macam nak kongkong hidup dia. Dia cakap, tak ada perempuan pun yang sanggup kahwin dengan aku kalau aku terus dengan sikap aku yang macam tu. Lepas kita orang bercerai, dia cabar aku, dia nak tengok aku kahwin dengan perempuan yang macam mana. Hak penjagaan Qaira pun dia nak juga. Aku ni ayah Qaira langsung dia tak kasi jumpa. Sekarang ni kat mana pun aku tak tahu. Merata aku cari. Aku pun dah malas nak cara dah.” Rafiq meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

“Habis tu, apa kena mengena pulak dengan cabaran dia dengan perkahwinan kau dengan Safiyya?

“Kau pun tahukan, aku kahwin dengan Safiyya tak sampai setahun aku bercerai dengan Alisha. Sebenarnya mula-mula masa aku nak berkenalan dengan Safiyya, aku tengok dia macam ada rupa macam isteri yang Alisha cabar aku masa tu. Ala-ala suri rumah, pandai serba- serbi, pakaian pun bertutup. Aku pun cadang nak ambil Safiyya jadi isteri. Bila dah dekat hari perkahwinan kami, aku pun post kad kahwin aku pada Alisha. Aku pasti dia terima sebab aku hantar email lepas tu aku hantar kat kampung di kad kahwin tu. Aku nak dia tahu yang aku pun boleh hidup tanpa dia.” Rafiq berkata sambil meraup mukanya.
“Kau ni beratlah. Aku tahu kau ni orang yang pantang dicabar, tapi takkanlah pasal benda kecil macam ni pun kau nak…… main-main.”

“Sebab tu lah aku serabut sekarang ni”

“Okay, macam ni. Kau kan baru lima hari kahwin, tapi aku nak kau jujur dengan aku. Kau dengan Safiyya dah …… ehemm…. Ermm…yelah...aaa”

                                                                                                 

No comments:

Post a Comment